Thursday, October 25, 2012

Filled Under:

Rahsia no 13 dan kaitannya dengan Yahudi



Angka 13 adalah angka "sial" bagi kebanyakan bangsa tetapi angka inilah yang paling bagus bagi Yahudi.

Sebagai contoh, bangunan-bangunan tinggi di China dan Malaysia, tidak ada tingkat 13 kerana menurut kepercayaan mereka angka 13 tidak membawa tuah. Kalau di perhatikan no-no didalam lift bangunan tinggi di dunia, biasanya selepas nombor 12, lansung ke tingkat 14 atau 12A. Fanomena ini terdapat di banyak negara dunia termasuk Malaysia.

Bagi puak Yahudi, nombor 13 mempunyai keistimewaannya tersendiri dan merupakan salah satu angka suci yang mengandungi daya magik, keagamaan bersama-sama nombor 11 dan 666. Sebab itu, dalam pelbagai simbol berkaitan kabbalisme, nombor 13 sentiasa hadir.

Kalau diperhatikan The Seal of United State of America terdiri dari dua sisi (Burung Elang dan Piramida Illuminati) dengan angka 13.

 

1. 13 bintang di atas kepala burung helang membentuk Bintang David.
2. 13 garis perisai atau tameng burung
3. 13 daun zaitun di kaki kanan burung
4. 13 butir zaitun yang tersembul di celah-celah daun zaitun
5. 13 anak panah
6. 13 bulu di ujung anak panah
7. 13 huruf yang membentuk kalimat "Annuit Coeptis"
8. 13 huruf yang membentuk kalimat "E Pluribus Unum"
9. 13 lapisan batu yang berbentuk piramid
10. 13 kali 9 titik yang mengelilingi Bintang David di atas kepala Helang.

Apakah ini secara kebetulan atau sememangnya dibuat begitu.

Selain itu, banyak logo-logo perusahaan besar juga mempunyai nombor 13 seperti McDonnalds, Westel, Startrek.Com dan Arbyss. Malahan Markas Besar Microsoft juga dikenali sebagai The Double Thirteen.

Bagi pihak kristian angka 13 di anggap sial kerana Yudas menduduki kerusi yang ke 13 dan dia menjual Yesus tepat jam 13.

Masyarakat China pula mengangap 13 adalah sial kerana jika di jumlah angka 13, hasilnya 4 yang memberi makna mati

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.