Wednesday, October 24, 2012

Filled Under:

Menghidu Jejak Ya’juj dan Ma’juj




Dari penakwilan Imran Hosein, dijelaskan bahawa Ya’juj dan Ma’juj se cara langsung atau tidak langsung berperanan dalam membantu kembalinya Bani Israil ke Jerusalem setelah mereka berdiaspora. Menentukan apakah Ya’juj dan Ma’juj itu sesungguhnya kaum yang kini menyebut dirinya sebagai warga negara Israel yang menguasai Palestin, perlu penafsiran yang lebih luas lagi dengan melihat peristiwa sejarah dari sejak zaman Nabi hingga sekarang.

Ibn Katsir dalam kitab tafsirnya menyebut bahawa Ya’juj dan Ma’juj adalah keturunan Adam, ertinya mereka memang manusia, bukan makhluk lain. “Mereka adalah keturunan dari Nabi Nuh melalui anaknya Yafith (Japheth) yang kemudian menjadi bapak dari bangsa Turki. Bangsa Turki inilah kaum yang ditinggalkan di belakang tembok penghalang yang dibina oleh Zulkarnain, “tulis Ibn Katsir.

Bila merujuk Ibn Katsir, tentu kita tak boleh menyebut bahawa bangsa Turki yang dimaksudkan adalah mereka yang kini menghuni ne gara Turki moden kerana Turki merupakan sebuah bangsa nomad yang dahulu menghuni kawasan yang sangat luas dari sekitar Laut Hitam sampai padang savana di Asia Tengah. 

Suku-suku Turki yang terkenal di antaranya adalah Hun yang pernah menguasai Bulgaria dan pernah memorakporandakan Empayar Rom, Pecheneg yang menguasai Eropah Timur, dan Khazar yang menguasai wilayah Laut Hitam dan Kaukasia. Suku-suku Turki yang lain juga banyak yang tinggal di wilayah timur meliputi Asia Tengah hingga China, misalnya, suku Kimak dan Kipchak.

Raja Khazar Joseph Ben Aron dalam suratnya kepada Hasdai Ibn Shaprut, setiausaha urusan luar negeri kekhalifahan di Cordoba, Sepanyol, pernah menyebut menge nai asal usul mereka. Dalam surat-menyurat yang berlaku pada abad ke-10 itu, Joseph menyebut bahawa bangsa Turki adalah ke turunan dari Japheth putra Nuh, lewat putra Gomer, lalu putra Togarmah. 

Menurut Joseph, dalam buku genealogi bangsanya, Togarmah punya 10 putra, iaitu ujur (Agior-Uyghur), Tauris (Tirosz), Avar (Avor), Uauz (Ugin-Oghuz), Bizal (Bizel-Pecheneg), Tarna, Khazar, Janur (Zagur), Bulgaria (Balgor-Bulgar), dan Sawir (Szavvir / Szabir-Sabir).

Ibn Shaprut merupakan Yahudi Sepanyol yang menjadi pegawai tinggi kekhalifahan Umayyah. Dia berkirim surat kepada raja Khazar bukan tanpa alasan kerana saat itu Joseph memang memeluk agama Yahudi. Sejak abad ke-9, ketika di bawah kepemimpinan Raja Bulan, suku Khazar memutuskan untuk memeluk agama Yahudi. 

Saat itu, kedudukan mereka tersepit antara Empayar Rom Timur di Constantinople yang memeluk agama Kristian dan Kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad yang memeluk agama Islam. Sebagai jalan tengah menghadapi dua ke kuatan raksasa itu, Raja Bulan akhirnya memilih memeluk agam Yahudi diikuti seluruh penduduknya.

Pelbagai teori sejarah menyebutkan bahawa suku Turki Kha zar inilah yang akhirnya menye bar ke seluruh Eropah setelah kerajaan mereka runtuh pada abad ke-12 di tangan Abbasiyah mahupun kerajaan kerajaan asal Rusia. Mereka kemudian membentuk komuniti Yahudi terbesar di luar keturunan Israel. Lalu, apakah suku Khazar inilah yang disebut sebagai Gog Magog?
sumber republika.co.id

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.