Showing posts with label KONGSI. Show all posts
Showing posts with label KONGSI. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Inilah makanan istimewa Ramadan di Mekah dan Madinah

Mekah


Beriklim panas kering, adat masyarakat di mekah telah menyekat pelbagai jenis makanan. Namun, secara beransur-ansur mulai berubah ketika ramai jemaah yang datang dari pelbagai negara di seluruh dunia. Masing-masing mempunyai hidangan tradisional mereka tersendiri dan secara tidak langsung  memperkenalkan pelbagai masakan kepada masyarakat Makkah.

Ketika ini banyak negara terutama dari Afrika dan Asia tinggal dan bekerja di Mekah. Banyak restoran dan warung makanan telah tumbuh di seluruh bandar dengan selera yang pelbagai. Sebahagian besar hidangan mengandungi daging, beras, gandum, sayur-sayuran dan rempah ratus dengan resipi dan rasa khas.

Sambousek (jenis-jenis kuih yang bergoreng), al-Mandi (kambing panggang), Shawarma dan Soubiya (minuman gandum dicampur dengan gula, susu, dan kayu manis) adalah beberapa makanan kegemaran masyarakat Mekah pada masa bulan Ramadhan.

Ada Tradisi khusus masyarakat Mekah pada malam Ramadhan iaitu minum Kopi Arab. Kopi Arab sering dihidangkan oleh semua kedai yang menjual daging panggang. Biasanya penyediaan kopi ini bermula dengan menyejukkan dan menggiling biji kopi. Selepas itu air mendidih dituangkan dan kemudiannya disajikan dengan kurma segar. Perlu disebutkan di sini bahawa lelaki dan wanita duduk berasingan semasa mereka duduk menikmati kopi bersama dengan rakan-rakan atau keluarga.
dates
Madinah

Berkat kebun Kurma dan sayur-sayuran yang banyak, Madinah mempunyai bekalan makanan melimpah sejak dari zaman kuno.

Hal ini menjadikan Madinah sebuah kota yang unik dan berbeza dengan wilayah Al-Hijaz di mana ramai penduduknya menderita akibat kemarau. Kurma menjadi komoditi perdagangan bagi penduduk Madinah pada waktu itu.

Mereka menjual Kurma untuk kafilah yang melalui sepanjang laluan komersial dari bahagian selatan Semenanjung Arab.

Pada masa sekarang ini kira-kira 120 jenis kurma telah ditanam di Madinah. `Ajwa adalah salah satu jenis kurma yang paling popular. Kurma adalah bahan utama dalam kebanyakan makanan pencuci mulut.

Salah satu makanan penutup seperti yang terkenal di Madinah adalah kuih panggang yang disebut "Souiyka" yang dibuat dari Kurma Ajwa dan tepung gandum.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Senjata Paling Kejam Milik Israel dan Amerika

The White Phosphorus

senjata

Fosforus putih bukanlah senjata baru, malah ia sudah digunakan sejak Perang Dunia lagi.

Bagaimana ia berfungsi?
Ia akan bereaksi (chemical reaction) dengan oksigen, dan akan terbakar apabila dengan sendirinya di udara
senjata

senjata

Maka apabila terkena manusia, mangsa seolah-olah dipanggang terus hingga ke tulang. Gas yang dilepaskannya juga beracun. Apabila bom tersebut dilepaskan, ia akan menghasilkan debu-debu putih yang berterbangan (jangan keliru antara asap dengan debu). Apabila kulit anda terkena debu putih tersebut, kulit anda akan melecur secara tiba-tiba. Fosforus putih mampu membakar kulit dan daging anda terus sehingga menampakkan tulang.
Depleted Uranium
Ini juga bukanlah senjata baru. Ia telah digunakan oleh Amerika puluhan tahun dahulu.Sebenarnya Depleted Uranium bukanlah sebuah bom atau peluru, sebaliknya ia adalah logam yang di”attach” sekali dengan mana-mana peluru dan bom yang sedia ada. Kesannya, peluru tersebut mampu menembusi besi-besi yang keras dan tembok-tembok yang kebal.
senjata
senjata Depleted Uranium diletakkan dimuncung sebuah mortar
Namun, Uranium yang digunakan itu tidak berhenti di situ sahaja. Ia mampu meninggalkan sisa berradioaktif yang mampu merosakkan tubuh manusia, sama ada mati atau cacat. Malah kesannya lebih teruk kepada janin yang masih berada di dalam perut ibunya (proses perkembangan janin terganggu akibat sinaran radioaktif menyebabkan bayi akan lahir dalam keadaan yang sangat teruk).Kesannya terhadap manusia boleh dilihat apabila kebanyakan bayi yang lahir di Iraq selepas pencerobohan Amerika lahir dengan kecacatan yang begitu teruk sekali. Kadar kecacatan adalah begitu tinggi.
Gambar-gambar di bawah adalah kesan apabila sel badan manusia berubah apabila terkena pancaran radioaktif daripada Uranium.

Inilah yang dilakukan oleh para pengganas dunia yang sebenar. Mereka menguji senjata-senjata mereka ke atas kaum muslimin yang mereka jajah. Bayangkan bagaimana senjata itu terkena ayah anda? atau ibu anda? atau anda sendiri?Bagaimana jika fosforus putih terkena kulit anda dan membakar daging anda terus ke tulang hidup-hidup?
Atau bagaimana jika adik atau anak anda lahir dalam keadaan cacat yang terlampau teruk?
sabda Nabi SAW yang bermaksudbarangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka. 
*Sumber dari akuislam.com

Orang kafir bersujud bila Rasulullah baca Surah Fushshilat


Suatu ketika, Rasulullah keluar di bulan Ramadhan menuju Masjidil Haram. Ketika itu Masjidil Haram dipenuhi oleh sekumpulan orang Quraisy yang ramai jumlahnya. Di antaranya terdapat para tokoh dan pembesarnya.

Lalu Rasulullah berdiri di tengah-tengah kumpulan ini. Kaki Fatimah tidak berganjak dari tempatnya menyaksikan keberanian ayahnya berada di tengah-tengah sekumpulan besar para musuhnya. Tiba-tiba Fatimah mendengar suara beliau yang keras ketika membaca surah An-Najm. Orang-orang kafir itu sebelumnya tidak pernah mendengar kalam Allah, kerana cara mereka yang turun-temurun adalah mengamalkan apa yang dipesankan oleh sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain.

Di antara ucapan mereka adalah sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Qur'an yang artinya, "Janganlah kalian mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Qur'an ini dan buatlah hiruk pikuk terhadapnya, supaya kalian dapat mengalahkan (mereka)," - (QS Fushshilat (41): 26).

Ketika Rasulullah mendatangi mereka secara tiba-tiba dengan membaca surah ini dan mengetuk telinga mereka dengan kalam Ilahi yang memukau, mereka merasa bingung dengan apa yang mereka alami. Maka masing-masing mereka mendengarkannya dengan baik. Tidak terfikir di benak mereka ketika itu sesuatu selainnya, sehinggakan ketika beliau membaca akhir surah ini seolah-olah hati mereka menjadi terbang. Kemudian beliau membaca ayat yang ertinya, "Maka bersujudlah kalian kepada Allah dan sembahlah (Dia)."

Setelah itu beliau sujud, dan tidak ada seorang pun yang dapat menguasai dirinya sehingga semuanya bersujud.

Fatimah hairan menyaksikan kejadian itu. Ia suatu pemandangan yang indah yang untuk saksikan. Para pemimpin kafir dan pembesar-pembesarnya menjadi bingung berhadapan dengan indahnya kebenaran. Penentangan yang ada di dalam hati mereka yang sombong dan suka mengejek itu pun hilang seketika. Mereka tidak boleh menahan diri untuk bersujud kepada Allah. Tiba-tiba diri mereka menjadi kosong dan sejuk ketika tersentuh oleh arus keyakinan yang timbul dari ayat-ayat Al-Quran yang mulia.

Kejadian ini merupakan petunjuk bagi setiap muslim bahawa sesungguhnya kekuatan keburukan itu, betapa besar pun berkuasanya kejahatan itu, ia tidak akan dapat melawan kalimah-kalimah yang mengandungi cahaya, dan tiang-tiangnya akan hancur apabila tersentuh oleh rahsia yang tersembunyi dalam kalimah -kalimah Allah ini.

Berita tentang kejadian ini sampai kepada orang-orang yang hijrah ke Habasyah, tetapi beritanya sama sekali berbeza dengan keadaan yang sebenarnya. Berita yang sampai kepada mereka adalah bahawa kaum Quraisy telah masuk Islam. Maka kembalilah mereka ke Mekah pada bulan Syawal tahun itu juga.

Ketika mereka telah berada di Mekah pada siang hari dan barulah mereka mengetahui masalah yang sebenarnya, mereka pun kembali ke Habasyah. Tidak ada yang masuk ke Mekah di antara mereka kecuali secara sembunyi-sembunyi atau dengan perlindungan seorang musyrik Quraisy, seperti Al-Walid bin Al-Mughirah dan Abu Talib bin Abdul Muththalib.

Diterjemahkan Oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Video Kesabaran Ayah Solat Dipuji Media Barat



"Inikah ayah paling sabar di dunia?" Demikian judul yang dipilih oleh sejumlah media Inggeris ketika merilis video seorang muslim sedang menunaikan solat dan "diganggu" oleh anaknya yang masih kecil.

Sekurang-kurangnya, the Mirror dan Englishnews adalah contoh dua media yang memberikan judul yang sama: Is this the most patient dad ever? Naughty kid interrupts father 's prayer time in mosque.

Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat ini tampak seorang ayah muslim sedang menunaikan solat di masjid. Namun, anaknya yang masih kecil terus mengganggunya. Mulai dari merempuh badannya ke tubuh ayah, menyeruduk punggung ayah dengan kepala, hingga kemudian ia naik ke punggung ayah saat sang ayah berdiri. Jadilah sang anak bergelantungan di pundak sang ayah.

Sebahagian orang yang menyaksikan video ini mungkin akan bimbang bila anak tersebut jatuh. Sebab ia terus terusan berada di atas ayahnya ketika sang ayah ruku ', i'tidal dan sujud. Sang anak kelihatan tidak takut. Ia bahkan sesekali memegang papan sekatan di depannya ketika sang ayah sujud.

Menjelang selesai solat, datang dua orang ke masjid tersebut. Mereka sempat berusaha mencegah bocah tersebut agar menghentikan tindakannya. Namun sang bocah terus 'mengganggu' ayahnya.

Kesabaran sang ayah kelihatan jelas bukan hanya dari bagaimana ia meneruskan shalatnya. Tetapi yang paling istimewa adalah di bahagian akhirnya. Lelaki itu tidak marah, ia justru mengajak anaknya berdoa. Masya Allah ...
Video ini mengingatkan pada sebuah hadis yang merakam keteladanan dari Rasulullah.

Dari Abu Qatadah al-Ansari radhiyallahu anhu, ia berkata: saya melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam shalat mengimami para sahabat sambil menggendong Umamah bin Abi al Ash, anak Zainab putri Nabi ahallallahu' alaihi wa sallam, di atas bahunya. Ketika ruku ', Beliau meletakkannya dan apabila selesai sujud Beliau menggendongnya kembali. (HR. Al Bukhari)

Beliau juga pernah ketika mengimamkan solat, sujudnya sangat lama. Selepas setelai solat sebahagian sahabat bertanya, mengira tadi ada sesuatu atau wahyu turun. Rasulullah pun menjelaskan bahawa Hasan dan Husain naik ke punggung Rasulullah ketika beliau sujud. Oleh itu beliau terus bersujud hingga kedua cucu beliau itu turun.

Thursday, January 22, 2015

KISAH WANITA MANDIKAN MAYAT PELACUR

Gambar hiasan
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :

"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN :

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat,negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Tuesday, November 11, 2014

16 KEMATIAN YANG DIINGINKAN



1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Friday, October 31, 2014

MENARIK : Bicara Cinta Antara Hati Dan Akal



Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...


Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa? 

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta? 

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Kisah Taubat Seorang Lelaki


Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar. Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah.

Orang itu berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini sampai engkau mati kelaparan.”

Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.

“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.

“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang itu.

Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar lainnya.

“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.

“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”

“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,” kata Zun Nun.

“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?” kata orang itu.

“Boleh juga,” kata Zun Nun.

“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan itu,” kata lelaki itu.

.

Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila, sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.

Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya, timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk mengejarnya dari belakang.

Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah tiga puluh tahun engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar perempuan jahat itu.”

Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar dari tempat ibadahnya.

“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu.

“Maka dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”

.

Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang yang mengetahuinya.

Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.

*begitulah taubat para orang yang alim, merasakan setiap setiap kesalahan yang kita anggap ringan, sebagai suatu perkara yg menghalang dari syurga. Jadi dimanakah tahap kita? adakah syurga itu sudah terjamin untuk kita?

Copyright @ 2013 INSANI.