Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Wednesday, October 1, 2014

Kurangkan Ketawa Banyakkan Menangis



Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: “Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia).” Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: “Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?”

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.


Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti ‘Rajalawak’/'Lawaking’ yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah – Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.”



Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.



Amanah Daripada Allah

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti ?Jomheboh? dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.



Yang Pahit Itu..

Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat.”

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

Sumber:akuislam.com

Thursday, June 5, 2014

MH370 - Konspirasi Sebenar Didedahkan Pegawai Tertinggi



Sekali lagi maklumat bocor.... pendedahan oleh seorang pegawai tertinggi India yg mengatakan bahawa media rasmi di sini diarah oleh kedutaan Amerika agar menafikan penduduk Maldivies melihat pesawat yg menyerupai MH370 terbang rendah selitar jam 6.15 pagi menuju keselatan kepulauan hindi.

Susulan daripada bukti ini penyiasat dan pakar-pakar penerbangan menyimpulkan bahawa radar yg dikesan oleh Inmarsat yg mengatakan MH370 berakhir dilautan Hindi adalah teori rekaan semata-mata bagi mengalihkan perhatian dunia yg sebenarnya pesawat MH370 sudah lama mendarat di Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah !!!.

Okey ikuti perkembangan terbaru pendedahan demi pendedahan MH370 dibawah ini bersama pakar-pakar penerbangan dlm dan luar negara serta beberapa penyiasat terkenal.

Mengapa satelit Inmarsat mengatakan lokasi terakhir MH370 dikesan ialah berada ditengah-tengah lautan hindi. Adakah ianya teori ataupun konspirasi jahat Amerika yg sengaja diwujudkan bagi menyakinkan dunia ianya telah berakhir di situ. Yang sebenarnya Amerika memilih lautan Hindi kerana semua sedia maklum lautan ini merupakan lautan yg paling dalam di dunia dan paling ganas sekali.

So jika MH370 terhempas dilautan hindi adalah agak mustahil utk pasukan yg menyertai SAR mengesannya sbb mungkin sudah tenggelam dan hanyut dipukul ombak yg mmg kuat. Pasal itu penyiasat menyimpul bahawa negara yg menyertai misi SAR terpaksa memberhentikan misi mencari MH370 setelah menemui jalan buntu dan sebaliknya mereka (Amerika) sebenarnya sedang berunding dengan negara-negara berkenaan bagi mencipta teori bagaimana utk mewujudkan MH370 terhempas atau sebagainya setelah segala teori yg mereka cipta gagal dibuat kerana Allah s.w.t telah menggagalkan perancangan mereka. teruskan berdoa kerana Perancanggan Allah adalah sebaik-baiknya dan tepat.

Baru tadi penyiasat mendedahkan bahawa kedudukan terkini penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di Diego Garcia telah dipindahkan ke sebuah pulau yg terdapat di negara India. Mereka semua ditempatkan di suatu lokasi rahsia.

Manakala sumber risikan yg mungkin berpaling tadah telah mendedahkan lokasi kesemua penumpang MH370 berada di negara ini tetapi enggan mendedahkan lokasi terperinci. Susulan pendedahan pegawai tertinggi di India itu terus mendapat respon dari penyiasat yang menyimpulkan teori utk mewujudkan MH370 terhempas ataupun berakhir dilautan hindi adalah rekaan semata-mata bagi mengelakkan ianya dikesan oleh dunia dan mengalihkan pandangan dunia bahawa yg sebenarnya pesawat MH370 sudah lama mendarat pada pagi kejadian.

Sofia tertarik dgn seorang hamba Allah yg telah mengemail sofia utk dikongsikan di wall ini yg berbunyi: " Obama berjaya dlm misinya setelah melawat Malaysia dan beberapa negara Lain. China dapat dijinakkan hasil lawatan rasmi PM M'sia. Rusia dapat ditundukkan. Amerika dan Yahudi masih terasa tersepit dan takut akibat hamas dan fatah bergabung membentuk kerajaan Perpaduan di Palestin "

Penyiasat melaporkan rentetan peristiwa kehilangan MH370 yg sebenarnya ada kaitan yg berlaku di washington DC (11 Sept.) bagi mengaitkan Islam dgn keganasan walaupun sehingga kini Amerika tiada lagi bukti yg kukuh peristiwa sept. itu didalangi oleh ekstremis Islam dan hanya menuduh al-Qaeda utk menunjukkan pada dunia yg Islam ini mmg jahat.

Teori utk mengaitkan MH370 telah dihijacked oleh kumpulan militan Islam (Al-Qaeda) sedang dicipta oleh Amerika Laknatullah plus Israel Yahudi jika rundingan akhir gagal disepakati.

Ketibaan Barack Obama ke Malaysia dgn pesawat rasminya Air Force One di Lapangan terbang Subang baru-batu ini. Fakta menarik yg semua rakyat Malaysia mungkin tidak tahu dibelakang takbir iaitu

(i) 2 pesawat Amerika telah landing di Subang dan satu stanby di KLIA dan dikawal rapi oleh tenteranya dan tidak boleh mana-manapun termasuk tentera Malaysia mahupun PDRM menghampiri pesawat yg berada di subang mahupun di KLIA.

(ii) Apa yg menarik dan peliknya pesawat yg stanby dan berada di landasan KLIA diletakkan dibahagian Kargo MAS dan pintu utama kapal terbang ini menghala ke arah penerbangan bukan sebaliknya yg berlaku ke atas mana-mana kapal terbang di dunia jika selamat mendarat.

(iii) Kesemua remote control kereta yg diparking dilandasan kargo MAS KLIA berdekatan pesawat US ditempatkan gagal berfungsi dan mereka semua terpaksa membuka dan menutup pintu kereta secara manual.

(iv) Kereta yg Barack Obama dtgnya khas dari US sendiri bukannya kereta yg berada di Malaysia. Manakala tempat tinggal Obama bukannya dihotel 5 star sebaliknya dirumah mewah milik warga negara Amerika sendiri. Dimaklumkan juga sekitar rumah tersebut sepanjang Obama menginap dijaga sendiri oleh tentera yg dtgnya dari Amerika sendiri.

Pendek cerita all made in Amerika not Malaysia. Kesimpulannya penyiasat telah merumuskan bahawa kedatangan Obama ke Malaysia dan negara-negara yg dilawatinya adalah satu sandiwara dan lakonan semata-mata .Sebaliknya adalah utk memaklumkan bahawa pesawat MH370 berada di dlm keadaan selamat dibawah tentera Amerika.

Penyiasat mengatakan bahawa kerajaan India sebenarnya mempunyai bukti yg kukuh malah radar negara tersebut sebenarnya telah mengesan terlebih dahulu pesawat MH370 lalu di situ kerana ugutan dan campur tangan kedutaan Amerika yg berpangkalan di sana akhirnya kerajaan India terpaksa akur dan menafikan penduduknya nampak MH370 terbang rendah menuju keselatan kepulauan lautan hindi sekitar jam 6.15 pagi.

Ini dikukuhkan lagi dengan terbocornya maklumat dari agen risikin yg mengatakan pegawai tertinggi India sendiri telah mendedahkan hal yg sebenarnya berlaku. Mereka merancang... Allah juga merancang.... tetapi perancangan Allah lagi tepat.........

Dipetik dari facebook Sharifah Sofia Syed Rashid

Wednesday, May 28, 2014

PENGKHABARAN DUKACITA D.Y.M.M SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT - AL-FATIHAH



Alfatihah, menurut sumber..Baginda Sultan Perak mangkat jam 1.30 petang tadi..

Semoga Allah merahmati Baginda..aminn..

Wednesday, May 21, 2014

Pelajar Malaysia Dirogol Berkumpulan Di Bandung



PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut Universiti Padjajaran di Indonesia yang merupakan mangsa rogol berkumpulan Sabtu lalu, dijangka pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Ketika kejadian pelajar tersebut dilaporkan meninggalkan rumah sewanya di Bandung, yang terletak  tidak jauh daripada kampusnya di Jatinagor, untuk mengeluarkan duit apabila tiba-tiba seorang lelaki menekup mulut dan menariknya ke dalam kereta.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan tempat letak kereta yang terletak kira-kira 40 kilometer dia diculik.  Menurut laporan itu, pelajar berkenaan berada dalam keadaan trauma dan kini dirawat di Hospital Hasan Sadikin di Bandung.

Ketua Polis Cimachi, Erwin Kurniawan berkata  empat lelaki telah menculiknya, tiga daripada mereka telah merogolnya secara bergilir-gilir.

"Hanya pemandu kereta tersebut tidak merogolnya," katanya.

Polis kini menunggu laporan perubatan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.  (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sampailah masanya kerajaan umat Islam di dunia perlu mengkaji dan membongkar balik sistem perundangan Islan yang bagaikan mutiara hilang, apabila melihat kegagalan sistem perundangan yang ada sekarang

Tuesday, May 6, 2014

WANITA BERJUBAH HITAM BERTUDUNG MERAH DIPERCAYAI CAMPAK BAYI DALAM 'BEG JKR'



Kota Bharu : Polis sedang mengesan seorang wanita yang dipercayai mencampak bayi lelaki yang baharu dilahirkan ke dalam tali air di Jalan Dusun Muda di sini, kelmarin. 

Mayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut tuala dan dimasukkan ke dalam beg kain berwarna jingga, ditemui orang awam kira-kira jam 6 petang kelmarin. 

Difahamkan, bayi berkenaan dilahirkan sekitar jam 12 tengah hari dan ibunya dipercayai sempat menyusukan anaknya berdasarkan laporan bedah siasat sebelum dicampak ke tali air berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, berkata bayi berkenaan dipercayai mati selepas ditinggalkan di lokasi terbabit akibat lemas. 

Katanya, berdasarkan maklumat orang awam, seorang wanita berjubah hitam dan bertudung merah, berada di kawasan berkenaan sambil memeluk sesuatu dipercayai bayi malang itu, sekitar jam 5 petang. 

Bayi itu dilahirkan dalam cukup sifat dan mengalami sedikit pendarahan di belakang kepala, dipercayai akibat dicampak ke kawasan tali air itu, katanya di sini, semalam, Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk bedah siasat. - BH

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG INSIDEN PENCULIKAN PENGURUS LADANG TERNAKAN IKAN DI SILAM, LAHAD DATU, SABAH




Pada 6 Mei 2014 antara jam 0245 – 0255 pagi, sekumpulan lima (5) lelaki telah memasuki Ladang Ternakan Ikan Wonderful Terrace Sdn Bhd di Silam, Lahad Datu, dan telah menculik pengurusnya, Yang Zailin, 34 tahun, seorang warganegara China.

Dua daripada penculik berkenaan berpakaian ala tentera serta bertopeng, manakala tiga selebihnya tidak bertopeng, hanya dua daripada mereka bersenjata, dipercayai jenis M-16.

Pihak polis telah memburu kumpulan penculik berkenaan dan berlaku insiden tembak-menembak di perairan berhampiran Pulau Mataking. Walau bagaimanapun, mereka berjaya membolos diri dan menghala ke arah negara jiran.

Pihak polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan kumpulan terbabit serta membebaskan pengurus syarikat yang diculik.

MH370: ISTERI PRAMUGARA YAKIN INSIDEN MH370 SATU KOMPLOT

#MH370: ISTERI PRAMUGARA LUAH PERASAAN, YAKIN INSIDEN SATU KOMPLOT | KUALA LUMPUR: Selepas lebih 40 hari kehilangan pesawat MH370, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan atau lebih dikenali dengan nama Rain, Maizura Othaman hari ini sekali lagi meluahkan perasaannya secara terbuka melalui rangkaian media sosial, Instagram. 


Bagaimanapun, kali ini apa yang ditulisnya lebih bermotifkan mencari kebenaran yang didakwa disembunyikan oleh pihak tertentu kepada waris keluarga penumpang pesawat penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas. 


Maizura Othaman dan Hazrin Mohamed Hasnan 


“Hati saya kuat mengatakan suami saya dan yang lain-lain diculik… oleh sebuah kuasa besar,” tulisnya. 


Intan sebelum ini pernah meluah perasaan menerima kehilangan Rain yang beliau sifatkan “masih ada” dan menyimpan harapan bahawa suatu hari nanti suaminya akan pulang. 



Pada 27 Mac lalu, iaitu 2 hari selepas Intan meluah perasaannya di dalam media sosial, Astro Awani melaporkan keperitan Intan untuk menerangkan keadaan kepada anaknya yang bertanya bilakah bapanya akan pulang. 



Dalam pada itu, Astro Awani turut dihubungi oleh seorang waris penumpang MH370 yang dipanggil untuk satu pertemuan bersama Kementerian Luar dan pihak berkuasa pada Ahad, 20 April lepas. 



Dia yang enggan dikenali menyatakan, keluarga waris seakan-akan tidak boleh mengawal perasaan dan menjerit-jerit sepanjang Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin menjelaskan situasi dan langkah susulan yang akan diambil berhubung insiden MH370 ini. 



“Waktu mesyuarat dengan Hamzah itu memang teruk, gaduh jerit-jerit di dalam dewan itu,” ujar waris berkenaan. 




Luahan Maizura Othaman 




Katanya, waris juga tidak bersetuju mengenai isu bantuan kewangan dan sijil kematian yang dikemukakan kementerian. 



“Keluarga mahu bukti fizikal, walau jumpa satu `body’ pun jadilah. 



“Pada masa itu Intan bangun dan kata, bagaimana hendak percaya, tidak ada satu bukti langsung. Intan tanya apakah benar pesawat itu jatuh ke dalam laut dan semua pihak berkenaan senyap seribu bahasa,” jelasnya. 



Waris itu turut berada dalam pertemuan tertutup selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur itu bersama 40 waris. Sesi penerangan itu juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. 


“Saya tak tahan dengar dan terus balik,” katanya. 



Pada sidang media selepas pertemuan itu, Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 berkata, pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Waris Penumpang berhubung bantuan kewangan yang diperlukan dalam masa terdekat. 



Hamzah berkata, perkara itu adalah antara isu utama yang dibangkitkan dalam pertemuannya dengan waris yang dilakukan pada sebelah pagi. 



Beliau juga mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan satu tarikh untuk mengumumkan pengesahan beberapa isu melibatkan penumpang dan anak kapal pesawat itu. – ASTRO AWANI




Sisi: Jika Terpilih Takkan Ada Ikhwanul Muslimin di Mesir


Bekas panglima tentera Mesir dan calon presiden Abdul Fattah al-Sisi, Senin (5/5) mengatakan, gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipimpin Muhammad Mursi telah 'tamat' di Mesir dan tidak akan kembali jika dia terpilih.

Selepas tentera yang dipimpin Sisi menggulingkan Mursi Julai 2013 lalu, Ikhwanul Muslimin telah dilarang. Tak hanya melarang, para pemimpinnya juga ditangkap dan lebih dari 1,400 orang, sebahagian besar penyokong Mursi, tewas dalam pertengkaran-pertengkaran protes.
"Saya tidak menyelesaikannya, anda rakyat Mesir yang menamatkannya," kata Sisi dalam wawancara TV pertama sejak mengumumkan pencalonannya, ketika ditanya apakah Ikhwanul telah 'tamat'.

Ditanya sama ada dia mengatakan (Ikhwanul Muslimin) tidak akan ada di bawah kepimpinan beliau, dia menjawab: "Ya." Sisi berkata, rakyat Mesir telah menolak ideologi kumpulan dan tidak akan membiarkannya untuk kembali. [ROL / bersamadakwah]

Friday, May 2, 2014

Bantah GST, Siapa Berpakaian Hitam Bertopeng Buat Provokasi?


Foto KUMPULAN individu menggelarkan diri sebagai ‘Antifa Malaysia’ melakukan tindakan ganas di hadapan Dataran Merdeka, semalam.

Kuala Lumpur: Suasana aman perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bertukar kecoh dengan tindakan agresif sekumpulan pemuda yang cuba mencetuskan provokasi melampau dan membakar suar.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, kumpulan kira-kira 20 individu berpakaian hitam dan bertopeng itu mula menyalakan suar ketika semua peserta perhimpunan mula meninggalkan kawasan depan Dataran Merdeka di sini.

Kumpulan ini yang berarak sejauh kira-kira 100 meter mula mencetuskan provokasi dengan memaki hamun, mencarut selain menunjukkan isyarat lucah kepada petugas media.

Mereka yang turut dihalang oleh Unit Amal PAS bagaimanapun berdegil dan turut membaling kayu sepanduk kepada wartawan, jurugambar dan jurukamera media yang merakam gelagat mereka di lokasi sama.

Kumpulan itu yang turut disertai beberapa wanita dilihat mengibarkan bendera dengan tulisan ‘Antifa Malaysia’ atau Anti Fasis turut membakar sekurang-kurangnya tiga suar sebelum dan ketika memulakan perarakan. (myMetro)

Reaksi Hudud Di Brunei, Dari Seorang Paderi Kristian.


 Reaksi hudud di Brunei
Peguam Negara Brunei, Hayati Pehin  Mohd Salleh  

BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kod Panel Syariah diperkenalkan di Brunei tidak menggalakkan penindasan atau kekejaman. Kenyataan itu disampaikan mufti negara itu, Awang Abdul Aziz selepas ia diumumkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam.

“Memotong tangan, rejam atau sebat tidak dilakukan sebarangan. Ada syarat yang adil sebelum dilaksanakan,” katanya kepada The Brunei Times.

Pelaksanaan hukuman itu turut diterima seorang paderi Kristian yang berharap, undang-undang itu tidak dilaksanakan terlalu ketat seperti dalam undang-undang bertulis.

Sementara itu, Peguam Negara, Hayati Pehin  Mohd Salleh mengingatkan rakyat supaya tidak memberi tumpuan kepada hukuman kerana itu bukan matlamat hukuman syariah.

“Ia penting kepada masyarakat untuk memahami perbezaan antara keterangan saksi, qisas dan tiada percanggahan fakta,” katanya.

Beliau berkata, kod itu mengambil kira hak-hak mangsa atau warisan mangsa termasuk ahli keluarga.

“Hukuman untuk membunuh adalah hukuman mati, sebelum ia dilaksanakan waris mangsa boleh memaafkan (qisas) atau meminta pampasan (diyat) dan mahkamah atau kerajaan tidak boleh mencampuri urusan ini. Bagi hukuman sebatan, ia sama seperti dilakukan oleh mahkamah sivil,” katanya.

Pelaksanaan hudud sebelum ini mendapat kritikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antarabangsa apabila menyifatkan hukuman itu sebagai satu bentuk penyeksaan. (SH)

683 anggota Ikhwanul Muslimin dihukum mati


BEBERAPA ahli keluarga anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin menangis di luar sebuah mahkamah di Mesir selepas hakim menjatuhkan hukuman ke atas anggota kumpulan berkenaan. - AFP


KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohameed Badie dan 682 pengikutnya atas tuduhan membunuh serta cubaan membunuh anggota polis.
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dua sesi ringkas perbicaraan yang diboikot oleh barisan peguam bela tertuduh.
Mahkamah yang sama pada Mac lalu turut menjatuhkan hukuman mati terhadap seramai 529 pengikut pergerakan tersebut.
Bagaimanapun, hukuman terhadap 492 tertuduh ditukar kepada penjara seumur hidup.
Dalam perbicaraan yang berlangsung semalam, hanya 50 orang termasuk Badie yang berjaya ditangkap, manakala selebihnya masih bebas.
Hakim Said Youssef Sabry yang mempengerusikan perbicaraan itu akan mengesahkan hukuman berkenaan pada 21 Jun depan.
Mengikut undang-undang di Mesir, hukuman mati yang dijatuhkan perlu dirujuk dan mendapat nasihat daripada Ketua Agama Islam sebelum ia disahkan.
Mahkamah tersebut juga boleh meringankan hukuman sebelum ia boleh dicabar di mahkamah rayuan.
Kesemua tertuduh didakwa membunuh dan cuba membunuh beberapa anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu. - AFP

Potong telinga, hidung ulama

Baghlan (Afganistan):Sepasang suami isteri menghiris telinga dan hidung seorang ulama tempatan hingga putus sebagai membalas dendam terhadap serangan seksual ke atas anak perempuan mereka.


Abdul dan Sultana Qahar dari wilayah Baghlan, utara Afganistan mengumpan ulama berkenaan ke rumah mereka untuk makan malam.

Mereka kemudian mengikat dan menghiris muka mangsa.

“Saya memotong telinga dan hidungnya,” Qahar memberitahu Reuters di pejabat ketua polis wilayah, tempat dia ditahan.

“Saya tidak tahu jika kucing sudah memakan telinganya, tetapi hidungnya jatuh ke dalam longkang,” katanya.

Ketua Hal Ehwal Wanita wilayah itu, Khadija Yaqeen berkata, remaja berusia 14 tahun itu memberitahu ibu bapanya mengenai serangan berkenaan empat bulan lalu.

Sultana menjemput ulama itu ke rumah mereka untuk makan malam, kata polis.



Kedua-dua mereka ditahan polis keesokan harinya.

Jurucakap polis Bahglan, Ahmad Jawid Basharat berkata, si bapa mengikat tangan dan kaki ulama berkenaan sebelum melakukan perbuatan ganas untuk membalas dendam.

Ulama, berusia 32 tahun itu menafikan tuduhan dia menyerang anak pasangan berkenaan.

Polis memberitahu mereka sudah memulakan siasatan terhadap kes itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/02

TERBAIK - Hukum Hudud Mulai Hari Ini!

“Dengan rasa rendah diri dan bersyukur kepada Allah SWT ingin diumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud fasa pertama akan bermula hari ini, 1 Mei 2014 dan fasa berikutnya akan dilaksana secara berperingkat,” katanya dalam ucapan, hari ini.

Pelaksanaan hukum hudud termasuk hukum sebatan, memotong anggota badan dan rejam sampai mati akan dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa berdasarkan jenis jenayah yang dilakukan.



Walaupun ramai majoriti Melayu Islam telah menyuarakan sokongan, langkah tersebut mencetuskan kebimbangan di kalangan ramai rakyat bukan Islam dan membawa kritikan serta menjadi topik hangat di laman sosial.

Bagaimanapun, Sultan bertitah supaya kritikan tersebut dihentikan.

Tuesday, April 29, 2014

TERKINI - MH370; Pendedahan Mengejut Orang Lama MAS



Akhirnya, segala analisis dan pengalaman Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain membawa kita kepada kunci jawapan terhadap misteri kehilangan MH370 yang sudah menghampiri sebulan lamanya.

Sama ada kita suka atau tidak - beliau telah bercakap benar dan jujur, sekali gus melenyapkan seluruh teori berkenaan dakwaan bahawa pesawat MH370 mengalami masalah teknikal atau kerosakan.

Pada peringkat awal kehilangan MH370 - dengan segala data dan bukti yang ada dalam tempoh seminggu sejak peristiwa kehilangan pesawat ini berlaku, Datuk Kapten Nik Huzlan telah membuat beberapa kesimpulan yang lain daripada pakar-pakar penerbangan paparkan.

Beliau seolah-olah lebih cederung mengaitkan kehilangan MH370 dengan perbuatan "yang tidak bertanggungjawab" yang dilakukan secara sangat rapi dan terancang. Antara kesimpulan awal Datuk Kapten Nik Huzlan adalah seperti berikut :

1)Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2)Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3)MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

4)Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurutnya, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

5)Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

6)Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

7)Kapten Nik Ahmad Huzlan sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

8)Datuk Kapten Nik Huzlan juga mendakwa bahawa, radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin ) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

9)Negara seperti Singapura memiliki radar sangat hebat serta mampu mengesan sebarang pesawat sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susur alur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan pesawat adalah stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

10)Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 dirampas, ia tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?
MH370 boleh dirampas dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” yang mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

11)Datuk Kapten Nik Huzlan mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh seseorang yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan daripada dikesan radar.

12)Andaikata MH370 dirampas, ia tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV untuk pilot/co-pilot melihat disebalik pintu tersebut.

13)Tetapi Kapten Nik Huzlan ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah orang yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konspirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 dirampas.

14)Sekiranya berlaku rampasan MH370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

15)Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apakah motif mereka
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhstan, memang boleh mendarat di sana, tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi ke sana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu di sana

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang bolehmengesan MH370, sekiranya pesawat tersebut melakukan "turn over" ke arah Barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, maka barulah kata kapal terbang MH370 hilang, kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.



Jelas, pada awal analisis Datuk Kapten Nik Huzlan - beliau secara sangat berhati-hati menganalisis cara MH370 dikendalikan. Melalui cara itu, maka hipotesis boleh dibuat dengan lebih kemas. Jika MH370 dipandu dengan cara cekap dan profesional semasa ia hilang daripada kawalan rada - maka MH370 sebenarnya tidak mengalami sebarang kerosakan teknikal atau mekanikal - sebaliknya ada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan kita semua.

Terkini, setelah hampir sebulan MH370 tidak ditemui, dan dengan pendedahan data terbaharu berkenaan gambar yang dirakam pada sesi penerangan yang datangnya daripada pihak berkuasa kerajaan Malaysia termasuk Malaysia Airlines kepada keluarga mangsa penumpang di China - telah membawa kita kepada satu tahap kesimpulan yang lebih menyakinkan.

Dan sekali lagi hipotesis Kapten Nik Huzlan menjadi sandara. Sebenarnya secara tidak langsung, Kapten Datuk Nik Huzlan telah pun memadamkan segala teori dan hipotesis sebelum Ini! Sudah lebih 3 minggu berlalu, dan dunia termasuk pakar-pakar yang terlibat terus memerah buah fikiran bagi mencari jawapan disebalik tragedi MH370 yang mengandungi pelbagai persoalan yang terus dibiarkan “tergantung” sehingga ke hari ini.

Dan melihat kepada bukti terbaru ini, maka sekali lagi Kapten Datuk Nik Huzlan mengukuhkan hujahnya seperti berikut :



1-Nampak terang di sini pesawat MH370 kelihatan berpusing disebelah kanan pada kedudukan 270 darjah

2-Kapten Nik Huzlan menilai pusingan pesawat MH370 adalah “pusingan yang sempurna dan tiada cacat celanya” dan terus merentas semula laluan yang pernah dilakukannya sebelum itu dan pusing semula di sebelah kiri dan seterusnya menuju ke arah Pulau Pinang

3-Dan ini bermakna pesawat MH370 tidak mengalami sebarang kerosakan seperti yang dipercayai oleh seorang juruterbang berpengalaman.

4-Kapten Nik Huzlan sendiri terkejut dengan maklumat terbaharu ini dan sekaligus bercanggah dengan informasi dan maklumat yang mengatakan selama ini pesawat MH370 hanya melakukan pusingan kiri sahaja.
Buat pertama kalinya, pesawat MH370 dikatakan telah melakukan pusingan kanan.

5-Kapten Nik Huzlan mengatakan pesawat MH370 melakukan pusingan kanan

6-sebaik sahaja co-pilot Farid mengucapkan perkataaan “Alright, Good Night” dan terus merentasi ke arah Teluk Siam dan terus pergi ke Pulau Pinang.

7-Jikalau pesawat MH370 mahu pulang semula ke Malaysia, MH370 hanya perlu pusing kiri terus ke Malaysia.

8-Jikalau pesawat MH370 dalam keadaan kecemasan mengapa perlu MH370 melakukan satu pusingan disebelah kanan secara perlahan-lahan dan kemudian merentas laluan yang dilakukan sebelumnya? Mengapa?

9-Kapten Nik Ahmad Huzlan merasakan perbuatan dan cara pengendalian MH370 seperti dirancang dengan cukup-cukup teliti.

10-Dan, jikalau ada kecemasan sekalipun, mengapa juruterbang atau pembantunya tidak berhubung dengan mana-mana pusat kawalan trafik udara? Mengapa?

11-Bahkan Kapten Nik Huzlan mengatakan dari IGREX, cara pesawat MH370 terbang pun sangat-sangat meragukan kerana dilihat mahu mengelak Laut Sumawi dan Pulau Nicobar dan memotong jalan merentasi terus ke selatan Lautan Hindi yang mana laluan tersebut adalah merupakan laluan yang tiada satu pun berada di bawah kawalan radar.

12-Cuma Kapten Nik Huzlan mula merasa pelik dan merasakan tidak logik untuk pesawat MH370 sampai ke IGREX pada 2:15 pagi (8 Mac 2014). Pesawat MH370 buat pusingan kanan pada pukul 1:31 pagi. Pergi ke Pulau Pinang dan seterusnya ke VAMPI dan signal point yang terakhir ke IGREX pada pukul 2:15 pagi. Apa jawapan Kapten Nik Huzlan?

Pesawat MH370 tidak akan dapat sampai pada IGREX dalam tempoh hanya sekitar 40 minit sahaja melihatkan tahap kelajuan yang boleh dicapai pesawat MH370 dan juga pusingan kanan dan kiri yang telah dilakukan oleh pesawat MH370 ini. Berdasarkan kajian Kapten Nik Huzlan, kelihatan teori Human Interferance (perbuatan yang disengajakan) amatlah kuat melihatkan pesawat MH370 sebenarnya “under full control” kerana ia mampu membuat corak pusingan kanan dengan baik ditambah pula mampu merentas semula laluan yang perlu dilakukan sebelum itu.

Kapten Nik Huzlan mengatakan dengan pendedahan bukti terbaru ini bakal menghapuskan teori dan hipotesis yang dicanang selama ini kononnya pesawat MH370 mengalami kerosakan tidak benar.

Sumber

Copyright @ 2013 INSANI.