Showing posts with label SEJARAH. Show all posts
Showing posts with label SEJARAH. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Mengantuk adalah anugerah dan karamah bagi Mujahidin

Rasa mengantuk pada dasarnya sesuatu yang bersifat semulajadi yang dialami oleh manusia. Bila berasa mengantuk dalam keadaan berehat atau seseorang menjalani kehidupan normal itu adalah rutin biasa tetapi bagaimana apabila berasa mengantuk itu datang ketika nyawa seseorang dalam keadan terancam? Sebahagian orang akan berfikir mungkin mustahil untuk berasa mengantuk dalam dalam keadaan genting tersebut.


Bagi Allah, tentu tidak ada yang mustahil. Rasa mengantuk yang datang ketika saat genting itu merupakan anugerah atau nikmat bagi hambaNya yang sedang berjihad fi sabilillah.

Allah Ta'ala berfirman dalam surat Ali Imran ayat 154:

ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ

Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa ) mengantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah ...

Di sinilah uniknya, dalam situasi perang yang tidak seimbang dimana kekuatan musuh jauh lebih besar, Allah menganugerahkan ketenangan dan keamanan kepada hamba- hambaNya iaitu berupa mengantuk yang menghinggapi mereka ketika mereka masih memegang  senjata pada saat di mana mereka masih bersedih dan berduka. Rasa mengantuk dalam keadaan demikian itu menciptakan rasa aman.

Al -Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut :

ثم أنزل عليكم من بعد الغم أمنة نعاسا يغشى طائفة منكم

"Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa ) mengantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu. "

Yakni orang-orang yang penuh keimanan, keyakinan, keteguhan dan tawakkal yang sungguh-sungguh. Dan mereka benar-benar yakin bahawa Allah akan menolong Rasul-Nya dan mengabulkan permohonannya.

Sedangkan firman Allah:


وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ

" Sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri."


Iaitu, golongan ini tidak dihinggapi rasa kantuk ( yang melindungi mereka) dari kecemasan, kegelisahan dan ketakutan.

Ayat senada juga Allah firmankan dalam dalam surat Al-Anfal berkenaan dengan kisah perang Badar.

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu). ( Q.S. Al -Anfal : 11) .


Dalam hadis dikisahkan :

حدثنا إسحاق بن إبراهيم بن عبد الرحمن أبو يعقوب حدثنا حسين بن محمد حدثنا شيبان عن قتادة حدثنا أنس أن أبا طلحة قال غشينا النعاس ونحن في مصافنا يوم أحد قال فجعل سيفي يسقط من يدي وآخذه ويسقط وآخذه


Kami mendapati rasa sangat mengantuk pada waktu kami dalam barisan perang Badar, lalu Abu Thalhah berkata, 'sehingga pedangku terjatuh dari tanganku, lalu aku mengambilnya, lalu jatuh kembali dan kembali aku mengambilnya. ' [HR . Bukhari No.4196 ] .


وقال سفيان الثوري , عن عاصم عن أبي رزين , عن عبد الله بن مسعود , رضي الله عنه , أنه قال : النعاس في القتال أمنة من الله , وفي الصلاة من الشيطان .

وقال قتادة : النعاس في الرأس , والنوم في القلب

Sufyan Ats Tsauri berkata dari 'Ashim dari Abu Razin , dari Abdullah bin Mas'ud, bahawa ia berkata; " Rasa mengantuk dalam peperangan adalah rasa aman yang datangnya dari Allah Ta'ala, sedangkan rasa mengantuk dalam solat datangnya dari syaitan. " Qatadah berkata ; " mengantuk itu ada di kepala, sedangkan tidur ada di hati. "


Al -Imam Ibnu Katsir pun kembali menegaskan dalam menafsirkan surat Al -Anfal ayat 11 di atas:


" mengantuk itu telah menimpa kaum mukminin pada perang Uhud dan hal ini sangatlah terkenal, adapun ayat yang mulia ini tidak lain berbicara dalam konteks kisah perang Badar, ini menunjukkan rasa mengantuk terjadi pada perang Badar dan seakan hal ini terjadi pada orang-orang beriman di saat-saat berkecamuknya peperangan, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram dengan pertolongan Allah dan hal ini adalah anugerah , kasih sayang dan kenikmatan dari Allah kepada mereka, sebagaimana firmanNya:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. ( Q.S. Alam Nasyrah: 5-6). "

Subhanallah, ternyata turunnya rasa mengantuk kepada para mujahidin yang sedang berperang tidak hanya berlaku di masa Rasulullah dan para sahabat, tetapi juga berlaku dalam peperangan masa kini.

Hal ini sebagaimana diterangkan oleh Asy Syahid (insya Allah) Sheikh Abdullah Azzam dalam kitabnya yang masyhur, Ayaturrahman fi jihadil Afghan. Beliau menganggap bahawa turunnya rasa mengantuk itu merupakan sebahagian daripada karamah .

"Adapun dengan rasa mengantuk yang muncul, itu adalah untuk memberikan waktu rehat bagi jiwa dan menumbuhkan rasa tenang di dalam hati mereka serta mengukuhkan kaki-kaki mereka. Allah SWT berfirman ,

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

(Ingatlah ), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penentramanan daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan- gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu). (QS. Al Anfal : 11)

Berapa ramai mujahidin Afghanistan yang bercerita kepada saya bahawa dia tertidur di bawah peluru-peluru yang menyerbu dari senjata-senjata berat dan juga bom yang dilemparkan dari pesawat-pesawat pejuang. Kemudian setelah itu dia bangun dengan semangat baru dan cita- cita yang tinggi serta seketika itu rasa sedih dan takut hilang, padahal sebelumnya menyelimuti hati mereka!

Allah SWT menguatkan hati mereka dengan karamah-karamah yang turun . Cubalah perhatikan ayat di dalam firman Allah SWT, pada kalimat :


وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ


... Dan untuk menguatkan hatimu ...


Hati ini seakan-akan sedang memikul beban berat tanpa ada pengikat dan penukuh beban tersebut yang semestinya dibawa oleh seekor unta atau haiwan tunggangan. Kemudian karamah-karamah itu datang menguatkan dan meneguhkan hati kami sehingga hilang rasa takut dan gelisah. " Demikian kata-kata Sheikh Abdullah Azzam, sang perintis jihad abad 20.


Tak diragukan lagi, rasa mengantuk yang kadang-kadang dianggap sebagai fenomena biasa , naluri bahkan dianggap remeh itu merupakan rahmat dari Allah kepada para mujahidin dan tentu tidak setiap orang Allah kurniakan rasa mengantuk tersebut kecuali mereka yang dikehendakiNya. Semoga ulasan singkat ini boleh diambil hikmahnya. Wallahu a'lam .

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com

Inilah makanan istimewa Ramadan di Mekah dan Madinah

Mekah


Beriklim panas kering, adat masyarakat di mekah telah menyekat pelbagai jenis makanan. Namun, secara beransur-ansur mulai berubah ketika ramai jemaah yang datang dari pelbagai negara di seluruh dunia. Masing-masing mempunyai hidangan tradisional mereka tersendiri dan secara tidak langsung  memperkenalkan pelbagai masakan kepada masyarakat Makkah.

Ketika ini banyak negara terutama dari Afrika dan Asia tinggal dan bekerja di Mekah. Banyak restoran dan warung makanan telah tumbuh di seluruh bandar dengan selera yang pelbagai. Sebahagian besar hidangan mengandungi daging, beras, gandum, sayur-sayuran dan rempah ratus dengan resipi dan rasa khas.

Sambousek (jenis-jenis kuih yang bergoreng), al-Mandi (kambing panggang), Shawarma dan Soubiya (minuman gandum dicampur dengan gula, susu, dan kayu manis) adalah beberapa makanan kegemaran masyarakat Mekah pada masa bulan Ramadhan.

Ada Tradisi khusus masyarakat Mekah pada malam Ramadhan iaitu minum Kopi Arab. Kopi Arab sering dihidangkan oleh semua kedai yang menjual daging panggang. Biasanya penyediaan kopi ini bermula dengan menyejukkan dan menggiling biji kopi. Selepas itu air mendidih dituangkan dan kemudiannya disajikan dengan kurma segar. Perlu disebutkan di sini bahawa lelaki dan wanita duduk berasingan semasa mereka duduk menikmati kopi bersama dengan rakan-rakan atau keluarga.
dates
Madinah

Berkat kebun Kurma dan sayur-sayuran yang banyak, Madinah mempunyai bekalan makanan melimpah sejak dari zaman kuno.

Hal ini menjadikan Madinah sebuah kota yang unik dan berbeza dengan wilayah Al-Hijaz di mana ramai penduduknya menderita akibat kemarau. Kurma menjadi komoditi perdagangan bagi penduduk Madinah pada waktu itu.

Mereka menjual Kurma untuk kafilah yang melalui sepanjang laluan komersial dari bahagian selatan Semenanjung Arab.

Pada masa sekarang ini kira-kira 120 jenis kurma telah ditanam di Madinah. `Ajwa adalah salah satu jenis kurma yang paling popular. Kurma adalah bahan utama dalam kebanyakan makanan pencuci mulut.

Salah satu makanan penutup seperti yang terkenal di Madinah adalah kuih panggang yang disebut "Souiyka" yang dibuat dari Kurma Ajwa dan tepung gandum.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Tuesday, September 30, 2014

SEJARAH PERMINDAHAN 2 MAKAM SAHABAT RASULULLAH S.A.W





 Pada tahun 1932 (atau tahun 1351H), raja Iraq yang bernama Shah Faisal I bermimpi dimana dalam mimpinya ia ditegur oleh Huzaifah Al-Yamani (salah seorang sahabat Nabi) yang berkata:

“Wahai raja! Ambillah jenazahku dan jenazah Jabir Al-Ansari (juga salah seorang sahabat nabi) dari tepi sungai Tigris dan kemudian kuburkan kembali di tempat yang aman kerana kuburku sekarang dipenuhi oleh air; kubur Jabir juga sedang dipenuhi oleh air.”

Mimpi yang sama terjadi berulang-ulang pada malam-malam berikutnya akan tetapi raja Faisal I tidak memperdulikan mimpi itu kerana ia merasa ada hal-hal lain yang jauh lebih penting dalam kehidupannya yang berupa urusan-urusan kenegaraan. Pada malam ketiga Huzaifah Al-Yamani hadir dalam mimpi Mufti Besar Iraq. Huzaifah Al-Yamani berkata dalam mimpi Mufti itu:

“Aku telah memberitahu raja dua malam sebelumnya untuk memindahkan jenazahku akan tetapi nampaknya ia tidak peduli. Beritahulah kepada raja agar ia mahu sedikit bersimpati untuk memindahkan kuburan-kuburan kami.”

Lalu setelah mendiskusikan masalah ini, raja Faisal, disertai oleh Perdana Menteri dan Mufti Besar berhajat untuk melaksanakan tugas ini. Diputuskan bahawa Mufti Besar akan memberikan fatwa mengenai hal ini dan Perdana Menteri akan memberikan pernyataan kepada umum supaya semua orang tahu tentang rencana besar ini. Kemudian diumumkan kepada umum bahawa rencana ini akan dilangsungkan pada tanggal 10 zulhijjah setelah solat zuhur dan Ashar. Kuburan kedua sahabat Nabi itu akan dibuka dan jenazahnya (atau mungkin kerangkanya) akan dipindahkan ke tempat lain.

Kerana pada waktu itu sedang musim haji, maka para jemaah haji juga ikut berkumpul di kota Mekah. Mereka meminta Raja Faisal I untuk menunda rencana itu selama beberapa hari agar mereka juga dapat melihat dengan mata kepala sendiri proses pemindahan dari kedua tubuh sahabat nabi itu. Mereka ingin agar proses pemindahan itu ditunda hingga mereka selesai beribadah haji. Akhirnya Raja Faisal setuju untuk menangguhkannya hingga tanggal 20 zulhijjah.

Setelah solat zuhur dan Ashar, pada tanggal 20 zulhijjah tahun 1351 (Hijriah) atau tahun 1932 Masehi, orang ramai berkumpul ke kota Baghdad. Yang datang bukan saja kaum Muslimin malahan juga kaum Non-Muslim. Mereka berkumpul di kota Baghdad hingga penuh sesak. Ketika kubur Huzaifah al-Yamani dibuka segera mereka melihat bahwa kubur itu dipenuhi air di dalamnya. Tubuh Huzaifah al-Yamani diangkat dengan  sangat hati-hati agar tidak rosak dan kemudian jenazah yang nampak masih sangat segar itu dibaringkan di sebuah tandu. Kemudian Raja Faisal beserta Mufti Besar, Perdana Menteri dan Pangeran Faruq dari Mesir mendapatkan kehormatan untuk mengangkat tandu itu bersama-sama dan kemudian meletakkan jenazah segar itu ke sebuah peti kaca yang dibuat khusus untuk menyimpan jenazah-jenazah itu. Tubuh Jabir bin Abdullah Al-Ansari juga dipindahkan ke peti kaca yang sama dengan cara yang sama hati-hatinya dan dengan segenap penghormatan.

Pemandangan yang sangat menakjubkan itu sekarang sedang dilihat oleh ramai orang laki-laki dan perempuan, muda dan tua, miskin dan kaya, Muslim dan Non-Muslim. Kedua jenazah suci dari sahabat sejati Nabi yang kurang dikenal kaum Muslimin ini kelihatan masih segar dan tak tersentuh bakteri pengurai sedikit pun.

Suasana menjadi haru biru. Mereka seolah tidak percayai atas apa yang mereka saksikan pada hari itu.

Selain tubuh keduanya yang nampak segar bugar, pakaian yang mereka kenakan pada saat dikubur semuanya utuh dan kalau dilihat sekilas seolah-olah kedua sahabat nabi dan pahlawan Islam ini masih hidup dan hanya terbaring saja.

Kedua jasad suci ini akhirnya dibawa dan dikebumikan kembali di kubur yang baru tidak jauh dari kubur sahabat sejati nabi lainnya iaitu Salman Al-Farisi yang terletak di SALMAN PARK kurang lebih 30 batu jauhnya dari kota Baghdad. Kejadian ajaib ini sangat mengundang kekaguman para ilmuwan, kaum filsafat, dan para doktor. Mereka yang biasanya sangat sering memberikan analisa sesuai dengan bidangnya masing-masing, kali ini tertunduk bisu terkesima dengan kejadian yang teramat menakjubkan ini.

Salah satu dari mereka ialah seorang ahli fisiologis dari Jerman yang kelihatan sekali sangat tertarik dengan fenomena ini. Ia sangat ingin melihat keadaan tubuh jenazah kedua sahabat nabi itu yang pernah dikuburkan selama kurang lebih 1300 tahun lamanya. Oleh kerana itu, ia serta merta mendatangi Mufti Besar Iraq. Sesampainya ia di tempat dimana peristiwa akbar itu terjadi, ia langsung memegang kedua tangan sang Mufti dengan eratnya sambil berkata:

“BUKTI APALAGI YANG LEBIH MENGUATKAN BAHAWA ISLAM ITU BENAR. AKU SEKARANG AKAN MASUK ISLAM DAN TOLONG AJARI AKU TENTANG ISLAM”

Di hadapan orang ramai beribu-ribu jumlahnya yang menyaksikan dirinya, doktor dari Jerman itu menyatakan keIslamannya. Melihat kejadian itu ramai orang lainnya yang beragama Kristen atau Yahudi turut juga menyatakan diri sebagai Muslim pada saat itu kerana mereka telah melihat bukti yang sangat nyata dipampangkan di depan mereka. Ini bukan yang pertama dan terakhir. Masih banyak lagi kaum Nasrani dan Yahudi serta dari agama lain yang berbondong-bondong masuk Islam kerana telah menyaksikan atau turut mendengar kejadian aneh dan menakjubkan.

Sumber: Suratkhabar “Daily Jung” edisi tanggal 7 Juni 1970.

Thursday, July 3, 2014

Fakta Sebenar Binaan Kota A Famosa, Anda Pasti Tidak Akan Melawatnya

Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana asal usul Kota A Farmosa dan bagaimana ianya didirikan.

Bangunan yang sangat terkenal diseluruh dunia ini menjadi kemegahan rakyat Negeri Melaka dan menjadi tumpuan pelancong samada dari dalam dan luar negara saban tahun.

Kota A Famosa yang kini menjadi tumpuan pelancong





















Tetapi bagi mereka yang tahu asal usul bagaimana bangunan tersebut dibina mungkin tidak akan melawatnya dan mungkin juga akan membencinya terutama kepada mereka yang beragama Islam.

Mengikut sejarah seperti yang diceritakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) Saudara A. Karim, A Farmosa adalah simbol kekejaman penjajah Kristian.

Beliau yang juga lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebelum melanjutkan pengajian ke Southern Illinois University Carbondale dan seterusnya di University of Illinois di Amerika Syarikat berkata, sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511.

“Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan PENGGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.

“Betapa jahatnya PENGGANAS-PENGGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambil batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini iaitu Kota A’Famosa.

“Jika tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut segala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh-sungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.


“Jika tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni, katanya.

Tuesday, June 17, 2014

KISAH IBU NABI ISA DIKEBUMIKAN MALAIKAT DAN BIDADARI SYURGA


Nabi Isa adalah nabi yang dilahirkan tanpa ayah dengan izin Allah dan Maryam adalah ibu yang telah melahirkan, menjaga dan mendidik Nabi Isa dengan penuh kasih sayang. Suatu hari Nabi Isa telah bekata kepada ibunya, “Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah dan sesungguhnya akhirat itu adalah kampung yang kekal, oleh itu, marilah ibu besama saya”.

Setelah berkata demikian, maka berangkatlah mereka menuju ke gunung Lebnon. Apabila sampai di gunung tersebut, maka Nabi Isa dan ibunya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat di malam hari. Makanan mereka terdiri daripada pohon kayu dan meminum air hujan sahaja.

Setelah sekian lama Nabi Isa dan ibunya tinggal di gunung tersebut, maka suatu hari Nabi Isa turun dari gunung tersebut untuk mencari daun kayu untuk mereka berdua berbuka puasa. Setelah Nabi Isa turun ke bawah, datanglah malaikat menghampiri Maryam dan berkata, “Assalamualaiki ya Maryam, orang yang sangat patuh mengerjakan puasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari”.

Sebaik saja Maryam melihat orang yang memberi salam itu, maka Maryam berkata, “Siapakah kamu ini? Badan dan seluruh anggotaku menggeletar dan berasa takut mendengar suaramu”. Malaikat tersebut menjawab, “Aku adalah malaikat yang tidak mempunyai belas kasihan kepada sesiapa pun baik anak kecil, orang tua atau sebagainya sebab aku adalah malaikat pencabut nyawa (Izrail)”.

Mendengar penjelasan malaikat maut, maka Maryam bertanya, “Wahai malaikat maut, apakah tujuan kamu ke sini? Adakah kamu mahu menziarahi aku atau pun mencabut nyawaku?” Izrail menjawab, “Wahai Maryam, kedatanganku adalah untuk mencabut rohmu”. Maryam yang mengetahui ajalnya sudah hampir berkata lagi, “Wahai malaikat maut, apakah kamu tidak mahu memberikan peluang sehingga anakku yang menjadi penawar mengubati kerisauan hatiku?”

Malaikat maut memperjelaskan perintah Allah yang memerintahkannya untuk menjemput roh Maryam dan beliau tak dapat mengsia-siakan walau satu saat. mendengar penjelasan Izrail, dengan hati yang ikhlas, Maryam berkata, “Wahai malaikat maut, kamu telah menerima perintah Allah, oleh itu laksanakanlah perintah itu dengan segera.” Izrail segera mendekati Maryam dan mencabut rohnya.

Selesai waktu Isyak yang akhir, Nabi Isa pulang dengan mendaki gunung tersebut dan membawa bekalan berbuka puasa. Beliau melihat ibunya sedang berada di tempat solat dan menyangka bahawa ibunya sedang sembahyang. Beliau meletakkan bekalan makanan untuk berbuka puasa dekat dengan ibunya lalu beliau berdiri menghadap kiblat. Setelah sekian lama, beliau memanggil ibunya untuk berbuka puasa dan mengerjakan ibadah tanda syukur kepada Allah, namun beliau melihat tak sedikit pun makanan terusik oleh ibunya walau dua pertiga malam telah berlalu.

Nabi Isa memanggil lagi ibunya, “Assalamualaiki ya Ummaahu”. Oleh kerana fajar telah menjelma dan ibunya tidak lagi bangun, maka beliau menghampiri ibunya dan meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata, “Assalamualaiki ya Ummaahu. Malam telah berlalu dan fajar telah menjelma, ini adalah masa untuk menunaikan fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah”.

Setelah Nabi Isa berkata demikian, maka menangislah para malaikat dan para jin yang berada di sekitarnya dan bergoncanglah gunung di bawahnya. Kemudian Allah mewahyukan kepada para malaikat, “Apakah yang menyebabkan kamu semua menangis?” Para malaikat berkata, “Tuhan kami, Engkau Maha Mengetahui”. Setelah itu tiba-tiba kedengaran satu suara berbunyi, “Wahai Isa, angkatlah kepalamu itu, sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia dan Allah telah melipatgandakan pahalamu”.


Sebaik sahaja Nabi Isa mendengar suara tersebut, maka beliau sambil menangis berkata, “Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam ibadahku?” Kemudian Allah mewahyukan kepada gunung yang bermaksud, “Wahai gunung, nasihatilah Ruh-Ku (Isa A.S.)”.

Berkata-katalah gunung tersebut dengan izin Allah, “Wahai Ruh Allah, apakah erti kesusahanmu itu, ataukah kamu mahu Allah sebagai pendampingmu yang menggembirakan?” Setelah mendengar nasihat gunung, lalu Nabi Isa turun ke sebuah desa tempat tinggal Bani Israil dan meminta pertolongan mereka untuk menguruskan jenazah ibunya. Namun mereka tak mahu menolong Nabi Isa kerana takut pada ular-ular besar yang ada di gunung tersebut.

Nabi Isa dengan perasaan hampa naik kembali ke gunung dan beliau melihat dua orang pemuda yang sangat kacak rupa parasnya lalu beliau memberi salam dan meminta pertolongan mereka untuk memakamkan jenazah ibunya. Lalu berkata salah seorang dari pemuda itu, “Aku ini sebenarnya adalah malaikat Mikail dan sahabatku ini adalah malaikat Jibril. Aku ada membawa ubat tubuh dan kain kafan dari Tuhanmu dan para bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu”.

Setelah itu, malaikat Jibril pun menggali kubur di atas gunung. Selesai sahaja kerja memandi dan mengkafankan dilakukan oleh para bidadari syurga, mereka menyembahyangkan jenazah Maryam dan mengebumikannya. Lalu Nabi Isa berdoa kepada Allah, “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui tempatku dan Engkau mendengar kata-kataku dan tidak sedikit pun urusanku yang tersembunyi dariMu. Ibuku telah meninggal dunia sedang aku tidak menyaksikannya sewaktu dia wafat. Oleh itu izinkanlah dia berkata sesuatu kepadaku”.

Kemudian Allah mewahyukan kepada Nabi Isa, “Sesungguhnya aku telah memberi izin kepadanya”. Nabi Isa lalu pergi ke kubur ibunya dan berkata, “Assalamualaiki ya ibu, bagaimanakah dengan tempat pembaringanmu dan tempat kembalimu dan bagaimanakah pula kedatangan Tuhanmu?” Dengan izin Allah Maryam berkata, “Tempat pembaringanku dan tempat kembaliku adalah sebaik-baik tempat, sedang aku mengadap kepada Tuhanku, aku tahu bahawa Dia telah menerimaku dengan rela”.

Berkata Nabi Isa lagi, “Wahai ibu, bagaimanakah rasa sakitnya mati?” Ibunya menjawab, “Demi Allah yang telah mengutuskanmu sebagai nabi dengan sebenar-benarnya, belum hilang lagi rasa pedihnya mati, demikian juga dengan rupa malaikat maut yang belum hilang dari pandangan mataku. Alaikas salam wahai kasih sayangku sampai hari kiamat“.

Tuesday, June 3, 2014

Hukum Islam Telah Dijalankan Pada Zaman Dahulu di Tanah Melayu

Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu? Saya pasti masih ramai yang tak tahu dan tak percaya. Tetapi ketahuilah bahawa inilah kebenaran dan sejarah berdasarkan fakta-fakta yang ada dan logik akal.

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini. Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslam kan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. HUkuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. HUkum kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.

Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini. Kita telah ditakut-takutkan oleh musuh Islam kepada hukum yang dicipta oleh pencipta segala sesuatu ini. Allah menciptanya dan sudah tentulah ia adalah BEST OF THE BEST law.

Malangnya umat Islam sekarang ini bukan sahaja takut dengan hukum agama sendiri, malah ada juga yang merendah-rendah dan memperli HUKUM ALLAH, astaghfirullah. Ketahuilah Hukum Islam ini adalah wajib sepertimana solat, zakat dan sebagainya kerana ia terkandung dalam ayat berbentuk perintah dalam Al Quran. Contohnya seperti ayat 2 Surah An Nur ini yang bererti, “Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”

Sejarah Kemasukan Kristian di Kepulauan Melayu

Agama Kristian berasal dari Palestine, di Timur Tengah. Agama Kristian mula tersebar luas di tiga buah benua iaitu Afrika, Eropah dan Asia.  Di Afrika, Kristian menjadi agama rasmi negara Habsyah dalam abad ke 4. Daerah Asia terutamanya Asia selatan dan Asia Timur menerima Kristian agak terlewat sedikit. Perluasan besar Kristian berlaku di Eropah, kemudian ia menular ke bahagian-bahagian lain dunia.

Kedatangan Kristian ke daerah nusantara Melayu (Malaysia, Filipina dan Indonesia) sangat rapat hubungannya dengan gerakan perluasan daerah Portugal, Sepanyol dan Belanda. Pada tahun 1511, orang-orang Portugis telah menawan kota dan pelabuhan Melaka, dan menjadikannya sebagai pusat kegiatan mereka. Kemudian mereka menyelinap masuk ke Maluku, Tiongkok dan Jepun. Di mana sahaja mereka membuat kolonisasi yang tetap , mereka mengubah agama penduduk-penduduknya menjadi Kristian dan memperkenalkan bahasa Portugis.

Asas kemasukan Kristian ke kepulauan Melayu ini pun nyata sudah berbeza dengan Islam.  Kristian masuk melalui penjajah yang dengan rakusnya menjajah negara orang lain, sedangkan Islam hanya masuk melalui pedagang2 Arab, India dan beberapa bangsa lagi dengan cara perdagangan. Mereka berdagang dan sambil-sambil itu mereka mendakwah agama Islam dengan cara yang baik, alhamdulillah.

Sementara orang-orang Portugis meluaskan daerahnya ke Timur, orang-orang Sepanyol pula meluaskan daerahnya ke arah Barat. Mereka menakluki daerah yang luas  di benua Amerika dan dari Amerika kemudiannya ke Lautan Teduh. Filipina merupakan daerahnya yang paling utama di Lautan Teduh dan di sana mereka bertapak secara kekal sejak tahun 1565. Undang-undang Sepanyol dan undang-undang Portugis terhadap perkara agama, bahasa dan kebudayaan pada umumnya sama dengan Portugis. Malah sebenarnya sejak tahun 1580 hingga ke tahun 1640 setelah Portugal ditakluki oleh Philip II, Raja Sepanyol (1527 – 1598) yang juga telah memberikan namanya kepada Filipina,  maka Sepanyol dan Portugis telah disatukan di bawah pemerintahan Sepanyol yang tunggal.

Philip II telah tercatat dalam sejarah sebagai seorang pembela kepercayaan  Roman Katolik yang berani. Dia menganggap orang-orang Moor dan orang-orang Kristian Protestant sebagai musuhnya yang utama. Dia telah menentang Kristian Protestant terutama sekali di negeri Belanda yang di bawah pemerintahannya. Negara tersebut telah memberontak terhadapnya dengan berhasil sekali. , dan kejadian ini bukan sahaja penting ertinya bagi Eropah, kerana peperangan Hispano-Portugis menentang ‘Moor’ dan Protestant itu tidak terbatas di Eropah dan daerah Laut Tengah yang berjiran dengannya sahaja, tetapi juga telah dilanjutkan hingga ke Asia Tenggara.

Apabila orang-orang Sepanyol sampai di Mindanao di Filipina, setelah mengelilingi setengah bulatan dunia ini dari arah barat, mereka telah berhadapan dengan musuh tradisinya di bahagian paling timur, iaitu orang-orang Islam. Orang2 Islam ini mereka sebut juga sebagai orang2 ‘Moro’. Dalam abad ke 17, didapati bahawa orang2 Belanda bekerjasama dengan orang2 Islam / Moro ini dalam perjuangannya menentang Sepanyol, dan kekuasaan Sepanyol hampir menemui nasib yang sama dengan nasib orang2 Portugis di Asia Tenggara.

Pada tahun 1602, Syarikat Hindia-Timur yang terkenal dengan nama V.O.C (Verenigde Oostindische Compagnie) telah ditubuhkan.  Syarikat ini bukan sahaja bertindak sebagai syarikat dagang tetapi juga menerima hak2 kekuasaan. Syarikat ini diberi izin untuk mengikat perjanjian dan persekutuan dengan pengiran2 dan lain2 raja yang berkuasa atas nama negara Belanda, dan juga untuk mendirikan perbentengan dan mengambil serta mengangkat pegawai2 pentadbir, hakim2 dan askar2 tetapi semuanya itu harus mengangkat sumpah taat setia kepada pemerintahan negara Belanda.

Dalam masa abad ke 17, kekuasaan orang2 Portugis di Asia Tenggara telah pecah, dan pemerintahan orang2 Sepanyol hanya terbatas kepada Filipina sahaja. Jatuhnya Melaka (1641) secara khusus telah menguntungkan kedudukan perdagangan di Betawi yang menjadi pusat kekuasaan Belanda di Asia. Akhirnya satu sahaja daerah yang menjadi milik orang2 Portugis dan dalam hal ini, kepulauan timur Portugis mempunyai kedudukan yang sama di Asia Tenggara seperti Makao di Asia Timur.

Kekuasaan Eropah di Asia Tenggara dalam abad ke 17 dan ke 18 tidak bertambah dari keadaannya dalam abad ke 16. Kemerosotan kekuatan Sepanyol juga secara umum telah mula dirasai di Filipina. Daerah jajahan Belanda terdiri dari beberapa pusat yang kuat, biasanya di pesisir dan dari pesisir daerah pengaruhnya mencapai masuk ke pedalaman atau di sepanjang jalan kapal. Dalam abad yang ke 18, pengaruh Belanda bertambah kuat lagi di Jawa, tetapi gambaran pada umumnya ialah bahawa daerah di bawah V.O.C itu masih dan tetap menjadi sebuah koloni perdagangan.

Pada kebanyakan tempat, terutama di Maluku, penggantian pemerintahan Portugis dengan pemerintahan Belanda melibatkan pula satu penggantian agama Kristian dari mazhab Roman Katolik menjadi mazhab Protestant. Akan tetapi sebuah pertubuhan dagang seperti V.O.C tidak begitu berminat untuk menukar agama di tempat2 miliknya dan daerah2 pengaruhnya seperti negara2 Portugal dan Sepanyol. Malah sebenarnya setelah kegiatan misi2 Roman Katolik menggelombang naik pada pertengahan abad ke 16 , maka kemerosotan telah berlaku dalam masa 25 tahun yang terakhir dalam abad itu, sehingga yang demikian tidaklah dapat dilihat sesuatu kemajuan agama Kristian yang nyata di daerah2 tersebut.

Pada akhir abad yang ke 18 dan permulaan abad ke 19, beberapa peristiwa telah berlaku seperti pembubaran V.O.C, masa peralihan yang singkat di bawah pemerintahan Inggeris, dan pembentukan Hindia-Timur Belanda di bawah pemerintahan Belanda. Daripada sebuah koloni dagang menjadi sebuah koloni pertanian, yang berpusat di Jawa. Daerah ini tidak meliputi Melaka, yang ditakluk oleh Inggeris pada 1824.

Masa permulaan 25 tahun dalam abad ke 19 merupakan satu masa pengawasan negara dan perencanaan negara secara tersusun. Raja William I (yang memerintah dari 1813-40) menjadi penganjur siasah tersebut. Dia meneruskan kegiatan2 gereja zaman V.O.C dalam ‘Gereja Protestant di Hindia Belanda’. Gereja ini telah didirikan tersendiri dari gereja protestant di negeri Belanda.

V.O.C telah mempengaruhi pihak2 gereja yang berkuasa dalam hal memilih kaum pendeta Protestant untuk bekerja di timur, dengan jalan membuat tuntutan2 istimewanya sendiri, tetapi sekurang2 nya pemilihan itu pada saat terakhirnya tetap merupakan perkara dalam lingkungan kuasa gereja. Pemilihan di negara Belanda telah ditugaskan kepada sebuah jawatankuasa yang diangkat oleh raja, dan di dalam jawatankuasa ini hanya satu atau dua orang2 terkemuka gereja yang menjadi anggota kerana kedudukannya itu.

Semua penganut Protestant di Hindia-Belanda harus menjadi anggota gereja Protestant di daerah itu, biar apa pun jua bangsa atau kepercayaannya. William I telah memberikan kepada gereja ini konstitusi yang menjunjung dasar bahawa sesuatu hal yang dilakukan di Hindia Belanda haruslah dengan pengetahuan dan campur tangan pemerintah. Majlis gereja Betawi kini secara rasmi telah diberi satu fungsi kepimpinan di dalam gereja, sebagai lanjutan keadaan yang telah berkembang di bawah V.O.C.  Sampai lama dalam abad ke 19 , satu peraturan baru masih terus berlaku bahawa presiden dewan gereja itu mestilah  seorang anggota dewan tertinggi dalam negeri iaitu Dewan Kepulauan Hindia Belanda. Pengangkatan oleh gereja tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan pemerintah.

Apabila tugas2 gereja di timur secara tegas diletakkan di bawah pengawasan pemerintah dalam abad ke 17, maka keadaan itu pada permulaannya telah menimbulkan protes daripada pihak gereja yang berkuasa di negeri Belanda dan juga di Betawi. Kemudian hal itu telah diterima tanpa sungutan , sebagai lanjutan keadaan dalam zaman V.O.C. Pada hakikatnya, pengawasan negara terhadap gereja pada masa itu malah diperkuatkan dari sebelumnya. Dalam zaman V.O.C gereja tidak dapat berkembang sedemikian rupa sehingga menarik perhatian, kerana kepentingan dagang biasanya mengatasi kepentingan gereja tetapi pada dasarnya perluasan daerah gereja telah diakui oleh pihak yang berkuasa.

Sampai di sini dahulu dalam bahagian pertama ini dan dalam bahagian kedua nanti insyaAllah akan diberikan penjelasan  tentang kemasukan Kristian ke Tanah Melayu dan konsep-konsep asas iman mereka. Kesimpulannya, sejarah sendiri telah membuktikan bahawa kemasukan agama Kristian ke kepulauan melayu ini adalah melalui PENJAJAHAN , tidak seperti meluasnya Islam di daerah sini dengan melalui jalan PERDAGANGAN. Maka ini tertolak hujjah-hujjah dari Kristian yang mengatakan bahawa Islam tersebar dengan pedang, sedangkan yang kita dapat lihat agama kristian lah yang tersebar melalui peperangan dan penjajahan.

Ini berbeza dengan apa yang berlaku dalam zaman Nabi Muhammad S.a.w. Islam bukan semata2 tersebar melalui pedang, tetapi kita lihatlah permulaan dakwah Islam itu hanya dengan cara one to one, dan dengan cara yang amat berhikmah. Tetapi setelah Islam diserang, orang2 Islam diseksa dan dibunuh, barulah Allah perintahkan agar Nabi dan para sahabat bersiap sedia untuk berperang. Tetapi lihatlah, peperangan BUKAN dimulakan oleh Islam, malahan Islam terpaksa berperang kerana diserang terlebih dahulu. Bagi mereka yang mempunyai hati yang jernih dan terang, fikiran yang matang dan akal yang waras dapat menilai sendiri tentang perkara tersebut.  Wallahu a’lam

*Sumber dari hikmatun.wordpress.com  

Danau Qarun Lokasi Ditenggelamkannya Qarun

~Menurut bberapa riwayat, lokasi tempat ditenggelamkn Qarun beserta rumahnya ke dlm bumi itu tjadi di daerah al-Fayyum, sekitar 90km @ 2 jam pjalanan dgn menggunakan kereta dr Kaherah, ibu kota Mesir.

~Mnurut pduduk Mesir, di al- Fayyum inilah tempat dimana Qarun tinggal dahulu

~Menurut penduduk setempat, nama danau itu ialah Bahirah Qarun (laut Qarun).

~Disekitar al-Fayyum ini yg tersisa hanyalah berupa serpihan istana Qarun

~Di lokasi ini, tdpt sebuah danau yg sgt luas

~Panjang danau mencecah 30 km dgn lebar danau sekitar 10 km dan kedalaman yg mencecah 30-40 meter

~Danau ini sdh ada sejak dahulu lg sblm Qarun ada

~Danau tsebut dahulunya merupakan sebuah danau kecil yg disebut dgn Munkhafaz al-Lahun

~Stlh melalui pengkajian yg komprehensif, menurut para peneliti dr Eropah berkesimpulan bhwa pd zmn dahulu kala, mmg benar di lokasi itu pernah tjadi bencana berupa gempa bumi yg sgt besar, terutama di bahagian sblh selatan danau Qarun

~Kini, danau Qarun klhtn tenang, meskipun di sebaliknya tsimpan sebuah pengajaran yg sgt bmakna bg manusia iaitu kesombongan dpt mmbinasakn diri sbgmana yg tjadi pd Qarun.

Firman Allah dlm surah al- Qasas ayat 81:

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِنْ فِئَةٍ يَنْصُرُونَهُ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُنْتَصِرِينَ

Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

*Sumber dari ustaznaim.blogspot.com

Copyright @ 2013 INSANI.