LONDON - Fenomena bulan purnama menyinari langit lebih daripada sekali dalam sebulan dapat dilihat di serata dunia kelmarin.
Menurut akhbar MailOnline, bulan mengambang penuh pada 2 dan 31 haribulan sepanjang Ogos lalu.
Dikenali sebagai bulan biru, fenomena yang berlaku sekali setiap 2.7 tahun itu telah menarik perhatian ahli astronomi dan orang ramai di seluruh dunia.
Kejadian luar biasa itu diramalkan berlaku sekali lagi pada Mei 2015.
Menurut akhbar berkenaan, nama bulan biru tiada kaitan dengan keadaan fizikal bulan dengan maksud istilah tersebut hilang ditelan zaman.
Warna biasa bulan semasa bersinar di langit adalah putih. Namun, bulan pernah berwarna biru selama dua tahun apabila Gunung Berapi Krakatoa meletus di Indonesia pada 1883.
Warna biru tersebut ekoran abu mikroskopik gunung berapi yang melitupi angkasa dan hanya membenarkan sebahagian gelombang cahaya menembusi atmosfera bumi. - Agensi
Gambar-gambar Fenomena bulan purnama yang sempat dirakamkan di seluruh dunia:
Blue Moon Di Evergreen Valley, Olympia
Blue Moon Di Paris
Blue Moon Di Portland
Blue Moon Di Hawai
Blue Moon Di Minot, SD
Blue Moon Di New York
Blue Moon Di Osaka
0 comments:
Post a Comment