Wednesday, October 24, 2012

Filled Under:

4 Kelebihan Buat Lelaki Kahwini Wanita Lebih Berusia

As-Salam. Hmm ... tentu anak-anak gadis resah gelisah bila mana ramai jejaka di luar sana lebih suka memilih wanita yang berusia sebagai pasangan hidup. Nak tak nak .. terpaksalah si wanita berdahi licin, yang bergetah super power ini mencari lelaki yang berusia ...huhuhuhu....

Ya, memang semakin ramai lelaki yang muda memilih wanita yang lebih tua sebagai pasangan hidup. Mengapa dan kenapa ... ini mungkin sebabnya.

Memetik dari Mingguan Wanita:
Ramai yang memandang semacam bila seorang wanita bersuamikan lelaki muda. Pelbagai tanggapan termasuklah si lelaki diguna-gunakan, tak kurang juga berkata si suami hanya berkehendakan harta. Tanggapan serong ini mungkin lebih hebat lagi jika masyarakat melihat beza usia si antara keduanya agak jauh misalnya lebih 10 tahun.

4 Kelebihan Mengahwini Wanita Lebih Berusia


Lebih menikmati seks
Wanita yang lebih tua sering kali lebih terbuka dalam masalah seks. Mereka juga lebih menikmatinya daripada wanita muda. Berdasarkan beberapa kajian, puncak tenaga seksual wanita dicapai pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an.

Hasrat seks ini akan lebih besar jika wanita itu sudah memiliki karier yang bagus dan mapan secara kewangan. Wanita berusia ini dikatakan merupakan pasangan seks yang tepat bagi lelaki muda yang hasrat seksnya cukup tinggi pada usia muda.

Lebih bijak dan positif
Melalui pengalaman, isteri yang lebih berusia memiliki pandangan dan sikap yang lebih positif serta lebih bijak daripada gadis muda yang baru mengenal dunia. Sikap ini sangat menguntungkan lelaki muda yang sedang berkobar-kobar semangatnya mengejar impian.

Mereka memerlukan seseorang untuk mendengar harapan, pandangan serta memberi simpati dan sokongan ketika dia berdepan dengan kegagalan.

Lebih menghargai cinta
Pertambahan usia selalu mengingatkan seseorang betapa dekatnya mereka dengan saat akhir dalam hidupnya. Keadaan ini membuatkan isteri yang lebih berusia makin menghargai kehidupan dan setiap perkara yang dilaluinya.

Mereka juga akan lebih menghargai cinta yang diberikan pasangannya apa lagi jika usianya lebih muda. Dia akan membalasnya dengan sepenuh hati. Biasanya wanita muda tidak punya fikiran yang sama, mereka takkan dapat membalasnya seperti wanita yang lebih matang usianya.

Punya pengalaman luas
Tidak dinafikan isteri yang lebih berusia terutama sekali pernah melalui alam perkahwinan sebelum ini lebih mahir dalam aspek layanan seks untuk suami. Kelebihan ini memang tidak boleh dipertikaikan.

Pengalaman lalu tentunya mengajar isteri ini memberi layanan yang lebih mantap pada suami. Sementelah mereka tahu apa yang suami inginkan, termasuklah dalam hal pemanasan dan cara untuk memberi kepuasan seks yang lebih pada suami. Maka beruntunglah lelaki yang memiliki isteri berusia.

sumber: Mingguan Wanita

**p.s: tua lebih beberapa bulan pun leh ambil kira .... hehehehe

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.