Wednesday, May 28, 2014

Cara Samak Jika Termakan Babi Atau Khinzir Dalam Islam

Cara samak jika termakan babi atau khinzir dalam islam. Isu termakan bahan yang diperbuat dari khinzir telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat islam terutamanya. Ini susulan dari isu coklat Cadbury yang didakwa tercemar dengan Porcine DNA Babi dalam kandungannya. Ada segelintir individu mendakwa darah perlu dibersihkan dan mulut perlu disamak jika termakan khinzir tanpa disengajakan. Dalam islam, tiada proses bersih darah atau samak mulut dalam ajaran agama tersebut kerana agama islam cukup mudah. Berikut adalah penjelasan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman mengenai isu umat islam jika termakan babi tanpa sengaja.



TIADA ‘BERSIH DARAH’ & TIADA SAMAK MULUT

Bagi sesiapa yang telah termakan Cadbury berDNA babi secara tersalah atau tidak tahu berkenaan kewujudan unsur babi tersebut. Menurut hukum Islam, mereka TIDAK BERDOSA dan seterusnya TIDAK PERLU membersihkan darah.

Sebagaimana firman Allah swt :
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {الأحزاب: 5}

Ertinya : Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ahzab : 5)

Dan Nabi Muhammad salla ‘allahu ‘alaihi wasallam:

إن الله تجاوز عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه. رواه ابن ماجه وصححه الألباني.

Ertinya: Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau (yang haram atau salah) yang dipaksakan ke atas mereka. ( Riwayat Ibn Majah, sahih)

Justeru, tiada istilah ‘membersihkan darah’, atau seolah DIRI akan ke neraka atau AMALAN LAIN akan DITOLAK kerana coklat terbabit sekiranya darah tidak dibersihkan. Ini semua tidak benar.

Namun, jika ingin diambil SAMAN GANTIRUGI atas kesilapan Cadbury dan kealpaan mereka atau keculasan menggunakan logo halal pada yang tidak halal, itu WAJAR DILAKUKAN namun JANGAN dihujah atas nama ‘membersihkan darah’ seolah ia tuntutan agama.

Juga TIDAK PERLU disamak mulut dan usus dengan air tanah, Islam tidak menuntut sedemikian dalam hal seperti ini. Jangan menyebabkan Islam disalah tanggapi dengan pandangan pelik dan tidak berasas kukuh.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
28 Mei 2014

PENGKHABARAN DUKACITA D.Y.M.M SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT - AL-FATIHAH



Alfatihah, menurut sumber..Baginda Sultan Perak mangkat jam 1.30 petang tadi..

Semoga Allah merahmati Baginda..aminn..

Kenapa Orang Melayu Susah Berjaya Dalam Perniagaan?

Apa yang kami akan kongsi ini ada benarnya dan mungkin ada yang tidak benar. Jika anda seorang peniaga, ambillah mana-mana point yang boleh diambil menjadi pengajaran dan belajarlah dari apa yang kami kongsikan ini.
Mengikut pengalaman penulis sendiri, amat dikesali apabila ada orang melayu yang berniaga hanya mementingkan keuntungan jangka pendek. Akibatnya perniagaan lingkup di tengah jalan.
Saya tak takut dengan persaingan orang Cina. Yang saya takut ialah hasad dengki orang Melayu – Tun Dr. Mahathir Mohamad
Sedangkan bagi orang cina, mereka perlahan-lahan membina kemesraan dan kepercayaan (network) dengan pelanggan dan akhirnya keuntungan akan datang bila pelanggan akan sentiasa kembali berurus niaga kerana selesa untuk berurusan dengan peniaga tersebut.
Sebab itulah saya dapat lihat ramai peniaga cina yang mesra dan baik hati dalam berniaga. Inilah sikap yang orang melayu patut contohi. Sudah banyak kali penulis jumpa peniaga melayu yang berniaga berbekalkan muka 10 sen. Bukan sahaja peniaga tetapi termasuk juga pelayan restoran. Layan pun acuh tak acuh. Kalau macam tu gayanya, macam mana lah rezeki nak masuk. Tak gitu?
Kalau jumpa peniaga macam ini, memang saya angkat kaki je. Bukanlah tanak support orang melayu tapi ikhlaskah dia jika berniaga dengan muka yang langsung tidak mesra alam? Sampaikan kita pun tak ikhlas nak berurus niaga dengan dia. Sebab tulah peniaga yang macam tu, akan buatkan pelanggan susah nak kembali untuk berjual beli.
Selain itu, saya juga ada terbaca satu perkongsian di Facebook tentang sebab kenapa orang melayu kurang berjaya dalam bisnes berbanding orang cina iaitu:
Orang Melayu:
  • untung RM5 kata kecil dan asyik komplen tak boleh nak berniaga
  • berniaga nak mudah semuanya dan nak terus untung
  • malas usaha dan selalu terlibat dengan skim cepat kaya dan MLM
  • lebih banyak merungut dari berusaha
  • suka guna khidmat bomoh, selalu dengki, iri hati jika ada jiran berniaga benda yang sama
  • bangga jawatan dalam business card padahal tak sedar hakikatnya hanyalah seorang kuli
  • sukar tepati janji terutamanya masa
Orang Cina:
  • jual topap untung RM0.50 tak merungut
  • banyak berusaha barulah dapat untung
  • berani berubah
  • masih boleh berniaga walau jiran berniaga benda yang sama. Mereka sebenarnya bukan jual barang tapi berlumba memberikan layanan lebih mesra untuk menarik pelanggan
  • tak kisah jika wujud pesaing
  • tak malu berniaga, anak-anak dari kecil sudah diajar berniaga. Walaupun baju lusuh, tapi duit bertingkek-tingkek di bank kerana sentiasa diajar merendah diri dalam hidup dan berbelanja
  • sentiasa menepati janji
Setujukah anda dengan senarai tersebut? Apa pendapat anda? Apa yang saya dapat katakan, hanya separuh saja yang benar dan selebihnya tidaklah menunjukkan sifat sebenar perniagaan orang melayu. Namun dapat juga kita ambil point di atas untuk dijadikan ilmu dalam perniagaan. Sentiasa amalkan perniagaan yang positif dan halal.
Selain itu, ada juga yang berkongsi tentang penyakit-penyakit melayu di bawah ini. Setujukah anda?:
  • Bila miskin kita dibenci
  • Bila susah kita dikeji
  • Bila meminta kita dicaci
  • Bila kaya kita didengki
  • Bila lebih kita dikhianati
  • Bila diberi kita diumpati
  • Kita dicari bila dihajati
  • Kita mati baru puas hati
Untuk berjaya dalam perniagaan bukanlah mudah. Ianya tidak tercapai dalam satu malam, tidak juga tercapai dengan hanya memetik jari. Untuk mencari kejayaan dalam perniagaan, sentiasalah mencari keberkatan dan berniagalah mengikut landasan Islam. Carilah sumber pendapatan yang halal, takut-takut di akhirat nanti darah daging kita yang terhasil dari sumber yang haram akan menjadi bahan bakar di neraka. Apa pun, zakat pun jangan lupa bayar ye :)
Semoga artikel ini bermanfaat buat semua peniaga untuk bermuhasabah diri. Maaf jika terdapat sebarang kesalahan dalam penyampaian diatas. Jika terdapat sebarang komen, bolehlah tinggalkan komen anda di bawah. TQ!

Copyright @ 2013 INSANI.