Pastu, masuk fasa baru .... bila si isteri dan suami dah ada pewaris. Anak yang comel ditatang bagai minyak yang panas penuh. Ikatan cinta terbina telah sah menjadi semakin kukuh dengan kelahiran anak sulong. Seronok bukan main lagi .... macam2 dibelikan. Yelah ... anak ...... mesti nak diberikan kasih sayang sepenuhnya. Ini satu anugerah, bukan pergi vending machine, masukkan duit lalu keluar .... tidak begitu.
Kemudian, anak membesar, dapat lagi zuriat atas izin Tuhan. Makin ceria dan bertambah mesralah hubungan sesama isteri dan suami. Anak dah kiri kanan .... alhamdulillah, ini merupakan pemberian hebat dari Tuhan.
Lalu, tatkala ini ... bila berjalan, suami tidak lagi memegang tangan isteri, dan isteri pula tidak lagi memegang tangan suami .... dah penuh .... semuanya dah tak terpegang. Tangan anak-anak dah mengambil tempat. Jadi, adakah ini tanda hubungan itu sudah tidak mesra lagi?
Hmmm .... ohh tidak, cuba perhatikan pasangan yang berkeluarga ini. Menurut Ustaz Asmungi Sidek, kenal tak? ala ustaz yang tulis buku tentang bab-bab kawin ni. Tentu perasan banyak buku pasal kebahgiaan rumahtangga yang ditulis olehnya. Kata Ustaz Asmungi:
"Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan"
So, kalau ada isu pasal mengapa tidak pegang tangan suami .. dek kerana udah full dok pegang tangan anak-anak .... jadi lihatlah keadaan di atas ... :)
0 comments:
Post a Comment