Bismillah.. salam..
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah bahawa pada masa itu masjid Rasulullah SAW beratap batang pokok tamar. Jika Rasulullah SAW berkhutbah baginda berdiri di atas salah satu batang pohon tamar. Kerana jumlah umat Islam bertambah, maka dibuatlah mimbar agar jemaah majlis yang berada di belakang dapat melihat Rasulullah SAW ketika berkhutbah. Para sahabat pun membuat mimbar dari kayu. Setelah beres Rasulullah SAW datang ke mimbar untuk berkhutbah.
Namun ketika naik mimbar terdengarlah rintihan seperti rintihan unta dan goncangan tanah yang terus bergetar sehingga para sahabat pun bertanya-tanya.
Rasulullah SAW tersenyum. Rasulullah SAW turun dari mimbar dan mendatangi pohon tamar yang tidak jauh dari mimbar tersebut. Rasulullah SAW meletakkan tangan baginda pada batang pokok tamar dan mengusap-usap dengan perlahan-lahan.
Rasulullah SAW berkata pada pohon tamar itu, "Jika engkau mahu, aku akan jadikan engkau dinding masjid ini, akarmu tumbuh lagi, tubuhmu hidup lagi dan engkau berbuah lagi. Atau jika engkau mahu, engkau aku tanam di syurga supaya para wali Allah boleh memakan buah-buahmu."
Batang kurma itu menjawab, "Saya memilih untuk ditanam di syurga sehingga wali-wali Allah dapat memakan buahku dan saya berada di tempat di dalamnya saya kekal."
Goncangan tanah dan suara rintihan pun berhenti. Rasulullah SAW kemudian kembali pada mimbar dan menyampaikan kejadian tersebut kepada para sahabatnya. Rasulullah SAW berkata, "Ia (pokok tamar) memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana!"
Inilah kisah batang kering dari pohon tamar yang menangis kerana rindu kepada Rasulullah SAW. Bayangkan sebatang pokok tamar tidak mahu jauh dari Rasulullah SAW padahal cuma terletak beberapa meter tapi pokok tamar tidak mahu jauh dari Nabi Muhammad SAW.

0 comments:
Post a Comment