Thursday, September 20, 2012

Filled Under:

Innocence of Muslims - Apa Kesudahannya?



Beberapa hari lalu, sebuah filem yang menghina Islam diterbitkan. Nilai filem sampah tersebut adalah sebanyak 5 juta USD dan dikatakan ditaja oleh 100 orang Yahudi. Filem tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam sedunia dan kekecohan telahpun berlaku.

Filem tersebut bukan saja menghina batang tubuh Nabi Muhammad SAW, bahkan filem tersebut juga menghina agama Islam dan para sahabat. Antaranya adalah tuduhan dan fitnah adalah:
1. Nabi Muhammad SAW sebagai pedophile
2. Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar r.a. sebagai gay
3. Islam menghalalkan pembunuhan sesuka hati
4. melakonkan adengan persetubuhan Nabi yang sangat mengjengkelkan
5. melakukan rompakan
6. melanggar perjanjian, dan banyak lagi fitnah dan tuduhan tanpa bukti.

FIlem fitnah ini sama sekali telah mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia. Ada yang melakukan protes mengikut emosi, dan ada juga yag melakukan protes dengan lebih intelektual dengan mengedarkan buku untuk menangkis semula tuduhan dan fitnah yang telah dilemparkan.


Nak dijadikan cerita, konsulat Amerika di Libya telah mati dibunuh oleh penunjuk perasaan. Secara tak langsung, umat Islam sendiri telah 'membenarkan' isikandungan yang terkandung dalam video tu. Dalam filem tu, mereka menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pembunuh, dan 'telah digambarkan' secara real oleh umat Islam di alam realiti. Ternyata mereka telah membunuh orang yang salah dan memberi impak negatif terhadap Islam. Ada yang menyatakan, "filem tidak membunuh, tetapi umat Islam membunuh orang".

Jadi, apa sebenarnya yang kita dapat hasil daripada filem ni sebenarnya?

1. umat Islam terus dilabel pengganas dengan insiden-insiden mengikut emosi
2. isu perang di Syria dilupakan dan Bashar al-Asad terus membunuh
3. menunjukkan media Yahudi berjaya membuat umat Islam mengikut rentak emosi

Sebenarnya, isu penghinaan terhadap Islam telah lama berlaku. Yang bertindak hanyalah rakyat yang begitu cintakan Rasulullah SAW. Para pemerintah hanya sekadar bertindak mengikut haluan defensif, bukan ofensif. Mereka hanya sekadar mengutuk, mengecam, dan menyekat video tersebut di laman YouTube. Jadi, adakah masalah ini selesai hingga ke akar umbi?

Dengan kekuatan tentera yang ada, para pemimpin umat Islam hari ini hanya berdiam diri dan tidak melancarkan jihad sebagai jawapan. Sedangkan, hanya jihad (perang) adalah satu-satunya jawapan untuk menjawab penghinaan terhadap Islam. Segala kelengkapan perang hanya disimpan dan untuk dipamerkan semasa ada pertunjukan sahaja. Alahai jumudnya pemikiran ni! Buat satu analogi, Real Madrid membeli Cristiano Ronaldo dari Manchester United, tapi hanya meletakkan beliau di bangku simpanan. Bukankah itu satu tindakan bodoh yang langsung tidak berfungsi untuk merobek-robek gawang pihak lawan? Macam tu lah situasi yang berlaku hari ini. Apabila Islam dihina, para pemerintah hanya berdiam diri dan hanya tahu untuk mengutuk saja.

Lembaran sejara telahpun menukilkan, Sultan Abdul Hamid dengan tegasnya akan menjawab penghinaan terhadap Nabi SAW hanya dengan jihad:

Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut.

Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!”. Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari ‘cakap besar’nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa‘ie, No. 31, 2003].

Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam. [Sumber dan cerita penuh]

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.