Thursday, April 17, 2014

Ahli sihir semakin bertambah

Riyadh: Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman Saudi menunjukkan peningkatan kegiatan perbomohan dan amalan sihir di Saudi.
Menurut kenyataan jabatan itu, amalan ilmu hitam itu dipraktikkan oleh sebahagian besar pekerja asing.

“Kami menerapkan prosedur dan sistem tertentu menangani kes ilmu sihir di negara ini,” kata jurucakap Jawatankuasa Pencegahan Maksiat, Haia.
Peringatan Haia dibuat selepas statistik terbaru jabatan Kehakiman Saudi menunjukkan peningkatan kejadian ilmu sihir di Makkah dan Madinah. - Agensi

Pelatih polis termengandung dan terberanak di hospital

Kuala Lumpur: Seorang kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) terkejut apabila terserempak seorang pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur baru melahirkan bayi perempuan di dalam tandas di hospital berkenaan.
Dalam kejadian jam 11.40 pagi kelmarin, pelatih berusia awal 20-an itu dipercayai cuba merahsiakan kehamilan dialami sebelum melahirkan bayi itu di dalam tandas berhampiran Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur di sini. 
Sumber polis berkata, pelatih terbabit kemudian diberikan bantuan kecemasan sebelum diselamatkan bersama bayinya oleh kakitangan hospital. 

Menurutnya, pelatih wanita itu dan bayinya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di zon merah Jabatan Kecemasan HKL.

BERITA - Dibunuh akibat seks

Kuala Lumpur: Misteri kehilangan seorang bekas penuntut universiti warga Sri Lanka terjawab apabila mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh di sebuah unit kondominium di Taman Desa, di sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian kira-kira jam 10 pagi disedari seorang rakan mangsa yang datang ke rumah itu selepas mangsa yang berusia 34 tahun tidak kelihatan sejak beberapa hari lalu.
Sebaik tiba di rumah, rakan mangsa terhidu bau busuk sebelum meminta bantuan pengawal keselamatan kondominium memecahkan pintu rumah. Rakan mangsa terkejut apabila menemui mayat mangsa terbaring di atas katil dengan keadaan sudah mereput dan berbau busuk.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu mempunyai unsur jenayah berikutan ada kesan geledah dan pergelutan.
Foto
ANGGOTA polis memeriksa lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut menemui alat sokongan hubungan kelamin iaitu sejenis minyak pelincir untuk melakukan hubungan seks di bawah katil bilik lokasi mayat ditemui.

Terkini - Karpal Singh maut kemalangan

TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. 


Wednesday, April 16, 2014

TERKINI - AMERIKA NAFI TERLIBAT MISTERI KEHILANGAN MH370



Amerika Syarikat (AS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan percubaan menutup misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu, lapor New Straits Times.


Pihak Washington berkata, tuduhan yang tersebar di media sosial yang mengatakan AS terlibat dalam misteri tersebut merupakan 'teori konspirasi yang tidak berasas'.

Menerusi sebuah kenyataan yang diemel kepada akhbar tersebut, pihak Kedutaan AS turut berkata bahawa dakwaan pesawat MH370 sedang disembunyikan di pangkalan tentera Diego Garcia, adalah satu tuduhan yang liar.

"Ini adalah teori konspirasi yang tidak berasas dan telah pun didedahkan seluruh dunia, dan Setiausaha White House telah pun memaklumkannya secara terperinci pada 18 Mac," kata jurucakap kedutaan AS, Harvey Sernovitz yang dipetik dari New Straits Times.

Sebuah teori telah mengatakan bahawa seorang penumpang AS, Philip Woods telah memuatnaik gambarnya menerusi telefon bimbitnya, dimana gambar tersebut dikatakan dikesan diambil di Diego Garcia.

"Laporan ini palsu sama sekali. MH370 tidak mendarat di Diego Garcia. Ini teori konspirasi tidak berasas," kata Sernovitz.

Selain itu, AS turut menafikan dakwaan bahawa mereka telah menyembunyikan maklumat dari Kuala Lumpur yang dikatakan boleh membantu siasatan.

Katanya AS merupakan antara yang pertama memberi respon dan yang pertama sampai di Malaysia bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Saya galakkan kamu bertanya sendiri kepada kerajaan Malaysia untuk menerangkan mengenai bantuan yang telah diterima dari kerajaan AS dan syarikatnya," tegas Sernovits.

Dalam pada itu, AS juga berjanji akan terus membekalkan bantuan dari segi maklumat, analisis, teknikal, penyiasatan dan pencarian seperti yang diminta oleh kerajaan Malaysia.

Menurutnya, fokus pihak AS adalah sentiasa untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Di bawah kerjasama Malaysia dan Australia, kapal tentera laut AS, 7th Fleet sedang bekerjasama dengan 26 lagi buah negara untuk mengesan pesawat tersebut.- Astro

TERKINI - PENCARI BANGKAI YAKIN LOKASI TEPAT PESAWAT MH370 TERHEMPAS SUDAH DI TEMUI.



Seorang pemburu bangkai yakin pasukan mencari sudah menemui kawasan di mana pesawat Malaysia Airlines MH370 terhempas dan kotak hitam dipercayai akan dikesan tidak lama lagi, lapor Sydney Morning Herald (SMH).
 

Pengarah Blue Water Recoveries, Davied Mearns, dalam program 7.30 ABC semalam, berkata beliau yakin berdasarkan kepada kekuatan mereka, empat ping yang dikesan kapal tentera laut Australia, Ocean Shiled minggu lalu adalah dari kotak hitam.


“Saya fikir, pada asasnya mereka sudah menemui kawasan bangkai,” SMH memetiknya sebagai berkata dalam program berkenaan.



“Mereka terima empat pengesanan yang sangat baik dengan spectrum bunyi yang tepat datang dari mereka dan ia tidak boleh daripada benda lain,” katanya.


Mearns, seorang warga Amerika, dianugerahkan pingat Order of Australia kerana berjaya menemui bangkai kapal HMAS Sydney pada 2008, iaitu 66 tahun selepas ia hilang di Lautan Hindi ketika Perang Dunia Kedua.


Beliau juga membantu dalam operasi mencari bangkai pesawat Air France 447 di Lautan Atlantik pada 2011, lapor SMH.


Mearns berkata, pegawai mencari mengambil sikap berhati-hati demi menjaga perasaan keluarga pesawat dan anak kapal sementara mereka menunggu kenderaan robotik dasar laut (AUV) Bluefin-21 untuk membawa pulang bukti bergambar bangkai pesawat itu.


Kapal selam mini itu dihantar lagi malam tadi dari Ocean Shield selepas tidak ada apa-apa yang menarik ditemui daripada data terkumpul dari misi pertamanya pada Isnin, menurut kenyataan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) di Perth, hari ini.


Setiap misi AUV mengambil masa 16 jam.

Perkakas sonar itu mengambil kira-kira dua jam untuk turun ke kedalaman 4,500 m sebelum mengimbas kawasan pencarian antara seluas 5km x 8 km persegi. Ia kemudian akan kembali ke kapal Ocean Shield untuk menukar bateri. 


Data dari perkakas itu mengambil masa sehingga empat jam untuk dianalisis.


Kapten tentera laut Amerika Syarikat, Mark Matthews memberitahu Fairfax Media, Bluefin-21 mengkaji kemungkinan kawasan serpihan dan mengukur kepadatan objek berkenaan untuk mengenal pasti jika sesuatu itu kelodak atau kilauan logam, yang boleh memberi petunjuk bangkai pesawat.


Sebaik sahaja objek buatan manusia dikenal pasti, pengendali operasi mencari boleh memprogramkan semula Bluefin-21 untuk mengumpul imej beresolusi tinggi.


“Anda kemudian boleh menukar sistem sonar dengan sistem pengimejan, sistem kamera, untuk mengambil gambar kawasan serpihan bagi membolehkan anda mengenal pasti secara positif ia adalah bangkai pesawat atau benda lain,” kata Matthews.


Beliau berkata, pencari mempunyai “beberapa petunjuk positif” di kawasan yang sebenar, termasuk mengesan empat isyarat akustik sonar dan tumpahan minyak yang ditemui pada Isnin.


Mearns berkata, kejayaan dalam siasatan itu datang bersama analisis laluan penerbangan MH370, yang memperincikan kawasan carian.


“Di satu tempat, pecahan kebijaksanaan yang hebat disatukan untuk benar-benar mengecilkan kawasan pencarian, itulah caranya pencari dan penyiasat dapat mencarinya dengan cepat,” katanya dalam program ABC itu.


“Ocean Shield hanya baru beberapa hari di situ dan mereka dapat menemui sesuatu. Ia adalah kejayaan yang baik dan keajaiban,” katanya.


Sebanyak 11 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 11 kapal akan membantu dalam operasi mencari hari ini, kata JACC.


Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia merancang kawasan pencarian visual kira-kira 55,151 km persegi.


Pusat kawasan mencari terletak kira-kira 2,000km barat laut Perth.

Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru

Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru - Saya nak buat satu segmen ringkas, khas untuk blogger-blogger baru daripada platform blogspot. Blogger dari platform lain seperti wordpress, lain kali saya buat. Sebuah segmen untuk berikan sedikit pendedahan, promosi dan nak perkenalkan blogger-blogger blogspot yang baru nak bertatih.

Cukup mudah nak sertai segmen ini. Anda hanya perlu letakkan doodle yang disediakan di bawah dalam entri, dan link ke entri ini. Senang je kan? Tajuk seperti di atas - "Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru"

Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru


Namun, untuk tidak membiarkan entri penyertaan jadi kosong, saya sarankan kepada blogger-blogger baru yang join untuk sertakan sedikit sebanyak info mengenai diri dan blog.
  • Berikan nama blog, url blog dan nama blogger anda.
  • Nyatakan umur anda, dan umur blog anda.
  • Jika ada bilangan follower, nyatakan juga bilangan follower blog anda.
  • Cerita serba ringkas mengenai apa yang anda ceritakan dalam blog.

Dah siap, tinggalkan url entri blog di ruangan bahagian komen di bawah ini. 

Dan sebelum meninggalkan blog ini, harap sudi untuk jadi follower samada di twitter, instagram atau blog ini.

Tutup: 16 April 2014 

Imbuhan Khas

Sebagai satu pemangkin, saya akan pilih secara rawak daripada senarai peserta atau blogger baru ini untuk menang hadiah topup atau wang tunai sebanyak RM10 bagi 3 orang blogger baru.

Satu segmen mudah dengan sedikit imbuhan dan galakan diberikan. Saja nak seronok-seronok dan bagi membolehkan ramai blogger baru join segmen ini.

Ingat ehh, yang nak join segmen ini mestilah blogger blogspot baru ... bagaimana nak dianggap blogger baru, anda sendiri tahu siapa anda, mohon jujur.  Itu sahaja. 

Selamat bersegmen.

Baca Selengkapnya - Segmen: Hasrul Hassan Perkenal Blogger Blogspot Baru http://www.hasrulhassan.com/2014/04/hasrul-hassan-perkenal-blogger-baru-blogspot.html#ixzz2z23QebHr
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

Peluang kepada 1,167 kakitangan awam miliki rumah PPA1M


PUTRAJAYA: Cabutan undian Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) siri ketiga hari ini menyaksikan 1,167 kakitangan awam ditawarkan peluang memiliki rumah di Pangsapuri Jintan, Presint 16 dan Pangsapuri Melinjau, Presint 11, di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata cabutan undian PPA1M siri ketiga itu termasuk di bawah projek pembangunan PPA1M Fasa 1, yang menetapkan untuk membina 10,639 unit pangsapuri di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, dalam jangka masa lima tahun bermula tahun ini hingga 2018.



Tuesday, April 15, 2014

Best Giler Tiada Speed Limit - Pecutlah Sesuka Hati Di Lima Lebuh Raya Ini..


Bagi sesetengah pemandu yang berasakan mereka amat cekap di jalanraya, dapat menekan minyak sesuka hati tanpa bimbang disaman kerana melanggar undang-undang had laju adalah mimpi jadi kenyataan.
Jika ini adalah impian anda, maka lima lebuhraya di bawah adalah tempat yang pasti membuat anda gembira.
1) Autobahnen, German
Walaupun pemandu digalakkan tidak menekan minyak melebihi 130km/j ketika melalui lebuhraya sepanjang 12,845km ini, pemandu tidak akan ditahan jika memandu lebih laju. Sememangnya di kebanyakan tempat di German had laju cuma dikuatkuasakan di sesetengah kawasan sahaja kerana faktor tertentu yang kadangkala cuma sementara. Sebagai contoh apabila jalan terbabit terlalu terdedah pada risiko kemalangan, dalam proses pembinaan atau pembaikian atau ketika cuaca buruk.
2) Lebuhraya Wilayah Utara, Australia
-40-4002-4E4WF00Z
Tak kisahlah apa pun had laju yang ditetapkan, ia tiada gunanya jika tiada kamera atau anggota polis yang memerhati. Di lebuhraya ini, anda tidak perlu risau ada polis ketika memandu laju dan kenderaan pun jarang-jarang lalu tapi mata mesti dibuka luas kerana takut ada kanggaro atau haiwan liar tiba-tiba melintas. Dalam erti kata lain kalau terjadi kemalangan atau apa-apa pada anda, maka ia mungkin lewat sikit disedari.
3) Pulau Man, Britain
Di pulau kecil yang ditadbir sendiri British Crown dan terletak di pantai antara Great Britain dan Ireland ini, pecutlah sesuka hati tapi pastikan anda sentiasa cermat dan hati-hati. Sebab walaupun tiada had laju kebangsaan, pulau ini masih mempunyai undang-undang berkaitan memandu secara cuai dan berbahaya.
4) India
Tiada had laju ditetapkan di lebuhraya India yang terletak di Andhra Pradesh dan Maharashtra. Tapi pastikan anda hati-hati kerana sejarah pada 2012 menyaksikan 26 maut manakala beberapa yang lain cedera apabila sebuah kereta yang dipandu laju bertembung dengan bas.
5) Emiriyah Arab Bersatu (UAE)
odd_dubai_police_ferrari_1
Secara teknikalnya had laju ditetapkan adalah 121km/j tetapi polis biasanya tidak akan menahan kecuali jika anda memandu melebihi 140km/j. Walaupun hebat di jalanraya jangan sekali-kali terfikir untuk lari daripada polis jika disuruh berhenti sebab polis UAEdikenali antara pasukan polis yang memiliki kenderaan paling laju di dunia. Pasukan polis sana dibekalkan dengan kereta seperti Nissan GT-R, Mercedes-Benz SLS, Bugatti Veyron, Aston Martin One-77, Lamborghini Aventador dan Ferrari FF.
**Mukadimah entry ni mcm sindir aku jer..hahahaha..ape-ape je la..yg penting selamat..

INFO - 12 Nama Tempat Pelik Yang Benar-Benar Wujud Di Malaysia

1. Kampung Bogel, Terengganu

Last updated by farouqjohari 13 days ago
  • Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

    • Image
  • Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata dia tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk kampung memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.

2. Batak Rabit, Perak

Last updated by farouqjohari 13 days ago
  • Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.

    • 1cb1
  • Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah.

3. Kampung Dada Kering, Pahang


    • 7e41
  • Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

    • Big thumb 3666
  • Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.

4. Desa Temu Jodoh, Johor


    • Big thumb 082d
  • Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.
    2741

  • Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.

    • Big thumb dec8

5. Kampung Imam Lapar, Terengganu


    • Big thumb 1f39
  • Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

    • B49d
  • Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

6. Kampung Seronok, Pulau Pinang


    • Big thumb db8a
  • Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.

    • Ab2c
  • D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

7. Kampung Baru Jumpa, Sabah


    • Big thumb 1090
  • Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

    • Big thumb 9b4a

8. Kampung Atas Tol, Terengganu


  • Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air.

    • Big thumb 6c46
  • Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

9. Mambang Di Awan, Perak


    • Big thumb b9c2
  • Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

    • 2b52
  • Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.

    • Big thumb a3b5

10. Kota Sarang Semut, Kedah


    • Big thumb 26da
  • Riwayat menceritakan bahawa terdapat seorang raja bernama Raja Sulaiman telah lalu di tempat ini dengan sekumpulan lelaki dan juga gajah.

    • 4eab
  • Semut, yang takut busut mereka akan dimusnahkan oleh kumpulan itu, menangis simpati dan didengari oleh Raja Sulaiman. Beliau kemudian memberi amaran kepada rombongannya agar tidak memusnahkan busut tersebut.

11. Kampung Penajis, Negeri Sembilan


    • Big thumb 5ee6
  • Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh.

    • C116
  • Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

12. Batang Melaka, Melaka


    • Big thumb 2142
  • Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan
     wikipedia.org
    • 5828
  • Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960'an.

Copyright @ 2013 INSANI.