Tuesday, April 15, 2014

Filled Under:

Permohonan dan Borang RMR1M Sabah Sarawak

Ada pengunjung blog ini telah bertanyakan kepada saya mengenai borang khusus untuk penduduk Sabah dan Sarawak bagi membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M). Memandangkan di dalam entri informasi saya sebelum ini berkaitan RMR1M tidak dinyatakan mengenai borang khusus ini, maka entri ini akan memberikan informasi bagi penduduk Sabah dan Sarawak pula.

Tetapi sebelum itu, adalah diingatkan kepada pembaca semua bahawasanya saya bukan agen kepada pihak SPNB yang menawarkan RMR1M ini. Saya tidak mendapat sebarang imbuhan dalam bentuk apa sekalipun daripada SPNB untuk menyiarkan artikel ini. Apa yang saya lakukan adalah memberikan informasi kepada anda menerusi blog serta laman sosial bagi membolehkan mereka yang layak untuk memohon dapat membuat permohonan dengan cara yang betul dan selamat.

Permohonan dan Borang RMR1M (Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia) Sabah dan Sarawak


Borang RMR1M adalah percuma! Maka ia tidak boleh dijual. Menjadi satu kesalahan seandainya mana-mana individu di Malaysia, Sabah dan Sarawak yang didapati menjual borang ini.

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.



Berdasarkan informasi yang telah dipaparkan di laman web SPNB, setakat ini (Feb 2014) permohonan yang telah diterima adalah sebanyak 67, 341 dengan 42, 838 telah pun diluluskan.

Syarat Permohonan RMR1M Penduduk Sabah Sarawak

Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, untuk memohon RMR1M, anda perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Umur 18-60 tahun.
  • Pendapatan kasar seisi rumah dari RM750 hingga RM3000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sedia ada usang atau tidak selesai bina
  • Punyai tanah yang sesuai dan tidak mempunyai sebarang sekatan/cagaran ke atas tanah tersebut.
  • Tapak keluasan minima 2,600 kps.

Kepada mereka yang penuhi syarat di atas, anda adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dan melakukan perkara berikut:

Manakala pihak SPNB hanya akan membantu anda dalam soal berikut sahaja:

Kriteria Rumah Dibina SPNB RMR1M

Rumah yang akan dibina oleh SPNB menerusi RMR1M adalah memenuhi kriteria berikut:
  1. Rumah dibina adalah dengan keluasan 700kps (3 bilik tidur, 2 bili air)
  2. Harga rumah dari RM68,000 - RM79,000
  3. 1/3 pinjaman rumah disubsidikan oleh kerajaan Malaysia
  4. Baki pinjaman adalah pembiayaan tanpa faedah
  5. Tertakluk kepada perubahan SPNB

1/3 Pinjaman Disubsidikan Kerajaan

Jika anda tidak berapa jelas mengenai pinjaman tersebut, saya kongsikan jadual berikut untuk penilaian anda berdasarkan kepada kawasan Sabah dan Sarawak.

Sekarang, saya harap apa yang telah disampaikan agak jelas dan terang buat anda terutama bagi pemohon-pemohon RMR1M Sabah dan Sarawak. Borang RMR1M boleh dimuat turun di pautan ini - Borang Online RMR1M Sabah Sarawak SAHAJA. (klik) (pastikan anda muat turun borang seperti di bawah)

Seandainya informasi diberikan ini masih lagi tidak jelas atau ada sebarang keraguan, anda boleh  hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat di talian 1-300-80-3838 atau 03-2618555.

Informasi terkini mengenai RMR1M juga boleh didapati di laman web SPNB.

Semoga bermanfaat, in Sha Allah.

Untuk penduduk Semenanjung, anda boleh rujuk - Klik Sini.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.