Thursday, January 3, 2013

Doa Permudah Segala Urusan



Oh Lord, make things easier for me and do not give hardhips; And make my end one of khair

Tuesday, January 1, 2013

50 Tanda Orang Munafik dan Azabnya


50 Tanda Orang Munafik dan Azabnya?? Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Jom kita kenali dan ketahui 50 Tanda Orang Munafik dan Azabnya!
Kita tidak sedar yang kita dikelilingi oleh orang-orang munafik. Orang munafik ini sangat ramai dan hanya berkeliaran di samping kita. Untuk mengetahui ciri-ciri orang munafik ini, jom kita lihat senarai di bawah.
Anda diingat, sekiranya diri kita juga tergolong dalam salah satu ciri-ciri yang bakal disebutkan di bawah, segeralah bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah. Supaya kita diselamatkan dari siksaan azab Api Neraka nanti.
50 Tanda Orang Munafik :
1.Malas Beribadah Kepada Allah s.w.t
2.Lupa Kepada  Allah s.w.t
3.Melalaikan Solat Fardhu
4.Mempercepatkan Mengerjakan Solat
5.Gemar Meninggalkan Solat Berjemaah
6.Meninggalkan Solat Jumaat
7.Melakukan Dosa Dan Kemungkaran Secara Sembunyi
8.Menyuruh Yang Mungkar Dan Melarang Yang Makruf
9.Menyembunyikan Ilmu Pengetahuan
10.Mengamalkan Riak
11.Hasad Dengki
12.Dusta
13.Mungkir Janji
14.Bakhil
15.Fitnah
16.Mencaci Maki
17.Mengumpat
18.Mengungkit Kembali Pemberian Kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya
19.Mengingkari Takdir Allah s.w.t
20.Mempersenda Kesucian Agama
21.Enggan Berjihad Di Jalan Allah s.w.t
22.Menghina Sahabat Rasulullah s.a.w
23.Menyembunyikan Persaksian Pada Jalan Yang Benar
24.Menangguh Pembayaran Hutang
25.Menipu Dalam Jual Beli
26.Ghasab(Mengambil Tanah Orang Lain Tanpa Hak)
27.Bergaul Dengan Orang Yang Memperolok Al-Qur’an
28.Memakan Harta Anak Yatim
29.Membuka Rahsia Orang Lain
30.Berasa Aman Daripada Murka Allah s.w.t  Apabila Melakukan Dosa
31.Memanggil Orang Dengan Gelaran Buruk Yang Tidak Disukai
32.Menghalang Orang Daripada Mengamalkan Ajaran Islam
33.Suka Kepada Kesesatan Dan Menyesatkan Orang
34.Bermuka Dua
35.Menyanjung Dan Memuji Orang Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya
36.Sombong Di Antara Sesama Manusia
37.Suka Membantah Dan Bertengkar Sesama Muslim
38.Melampaui Batas Yang Digariskan Oleh Allah s.w.t
39.Berputus Asa Dalam Menghadapi Cabaran Hidup
40.Membazir Dalam Memanfaatkan Nikmat Allah s.w.t
41.Keluh Kesah Apabila Ditimpa Musibah
42.Mengkhianati Sesuatu Amanah
43.Memutuskan Silaturrahim
44.Memecah-belahkan Perpaduan Kaum Muslimin
45.Menghalalkan Perkara Yang Haram
46.Membuat Kerosakan DiMuka Bumi
47.Menuduh Orang Beriman Bodoh
48.Mengubah Dan Menyalahgunakan Ayat-ayat Allah s.w.t
49.Bersumpah Dengan Selain Nama Allah s.w.t
50.Berasa Gembira Apabila Musibah Menimpa Orang Beriman.
Haa, macam mane? Adakah kita tergolong dalam salah satu daripada 50 tanda di atas?
Adakah masih yang belum takut dengan azab Allah? Nak tahu apa siksaan bagi orang-orang munafik?
Petak pertama neraka di duduki oleh kaum Yahudi Laknatullah
Petak kedua di duduki oleh Fir’aun
Petak ketiga pula diduduki oleh pemerintah yang zalim
Kemudian, Peniaga yang menipu.
Di manakah tempat orang-orang munafik? adakah di petak kelima, keenam, atau ketujuh? SALAH!!
Orang-orang MUNAFIK akan menduduki petak yang paling bawah sekali!! Jika Yahudi di petak yang pertama, golongan ini akan berada lebih bawah dari kaum Yahudi! Kaum munafik ini diibaratkan sebagai ranting yang digunakan untuk menyalakan api.
MasyaAllah!! semoga kita semua tidak tergolong dalam golongan munafik ini.. Nau’zubillah..

Copyright @ 2013 INSANI.