Saturday, December 22, 2012

Cara menguji madu asli atau tidak


 

Petani Kerjaya Terbaik Dalam Islam?



Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A'raf ayat 58, yang bermaksud: " Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur."

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 266, yang bermaksud: "Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya."

Di zaman serba moden ini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kemajuan kerjaya lain yang telah berkembang maju dan mendapat pulangan yang lumayan. Namun sektor pertanian adalah antara yang tertua dan paling kurang berisiko. Di sana ada tiga profesion yang popular dilakukan oleh manusia kini iaitu pertanian, perdagangan dan sektor pembuatan perindustrian. Demikian menurut pendapat Imam Al-Mawardi.

Para ulama' berselisih pendapat tentang manakah yang paling baik dari ketiga-tiga profesion ini. Mazhab As-Syafei berpendapat bahawa pertanian adalah yang paling baik. Sedangkan Imam Al-Mawardi dan Imam An-Nawawi berpendapat bahawa bercucuk tanam yang paling baik kerana alasan berikut:

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan* Promosi RM50 selama setahun!(Sah sehingga 30 Jun 2011)
PERTAMA
Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari disebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. " Dan yang benar adalah apa yang dinaskan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercucuk tanam adalah profesion terbaik dan paling utama kerana merupakan dari hasil tanaman sendiri.

KEDUA
Bercucuk tanam memberikan manfaat yang umum kepada ummah, khususnya kaum muslimin bahkan juga bidang ternakan. Kerana menurut hukum, manusia bergantung sumber kehidupan kepada pertanian dan penternakan. Makanan tersebut tidaklah diperolehi melainkan dari hasil tanaman, tumbuhan dan ternakan. Dalam hadis riwayat Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penamamnya menjadi sedekah."
Dalam hadis riwayat Muslim yang lain menyebut, ertinya: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat." Dalam riwayat lain disebutkan: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman dan pohon kemudia dimakan oleh manusia, haiwan atau sesuatu melainkan penanamnya menjadi sedekah."

KETIGA
Bercucuk tanam lebih dekat dengan tawakal. Ketika seseorang menanam tanaman maka sesungguhnya dia tidaklah berkuasa atas sebiji benih yang dia semaikan untuk tumbuh, dia juga tidak berkuasa untuk menumbuhkan dan mengembangkan tanaman itu menjadi tanaman. Tidaklah dia berkuasa membungakan serta membuahkan hasil tanaman tersebut. Kesemua urusan ini terletak di dalam kekuasaan Allah. Disini nampaklah nilai tawakal manusia kepada Allah Azza Wajalla.

As-Syeikh Zakaria Al-Ansari berkata: Mata pencarian yang paling utama ialah bercucuk tanam kerana lebih dekat dengan nilai tawakal dan ianya juga memberikan manfaat yang umum bagi semua makhluk dan secara umumnya manusia amat memerlukan kepada hasil pertanian. Al-Zarkasyi mengatakan bahawa semua manusia memerlukan kepada makanan dan tidak ada kehidupan tanpa makanan.
*Sumber: petikan dari buku Bertani Satu Ibadah
- Artikel iluvislam.com

Jelaslah Kita Berada Di Akhir Zaman


 73 Kesemuanya jika ditambah dengan ASWJ



Seringkali kita mendengar tokoh-tokoh tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang mendabik dada dengan pengikutnya yang ramai mendapat sokongan yang kuat seolah-olah hendak membuktikan bahawa mereka berada di landasan yang benar. Tetapi kita perlu ingat bilangan yang ramai itu tidak semestinya menunjukkan kita berada di pihak yang benar. Allah tidak menilai dan memandang kuantiti yang ada pada kita tetapi melihat kepada kualiti iman dan amalan kita. Jika kita membaca hadith-hadith Nabi s.a.w kita akan dapati bahawa pihak yang benar di akhir zaman nanti ialah pihak yang sedikit bilangannya berbanding pihak yang berada di jalan yang salah. Hadith daripada Thauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut.” (H.R. Muslim)
Hadith ini jelas membuktikan bahawa pada akhir zaman nanti pejuang-pejuang kebenaran dan mereka yang menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran bukan daripada kalangan yang ramai tetapi terdiri daripada kumpulan yang kecil. Mereka akan berjuang menegakkan kebenaran, mengajak kepada berpegang dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan As-sunnah, bersabar di atas segala celaan dan hinaan dan tidak takut kepada ancaman.

Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan kepada kita mengenai tibanya zaman di mana Islam dianggap asing oleh masyarakat sekeliling sebagaimana zaman permulaan Islam dahulu. Pada masa itu orang yang mengamalkan Islam dianggap asing. Orang yang menyeru kepada kebaikan dianggap ketinggalan zaman, orang yang mencegah kemungkaran dianggap menjaga tepi kain orang atau tuduhan-tuduhan seumpamanya. Pada hari ini kita telah merasai keasingan Islam itu. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing sebagaiman ia bermula maka beruntunglah orang yang asing. Sahabat-sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah orang asing itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Orang yang melakukan pembaikan (islah) ketika rosaknya manusia, tidak bersengketa dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan orang yang berada pada tauhid disebabkan dosa.” (H.R. Muslim)
Terdapat pelbagai riwayat yang menjelaskan maksud ghuraba’ (asing) sebagaimana yang terdapat dalam hadith ini antaranya ialah golongan soleh yang bilangannya sedikit dalam kumpulan ramai yang melakukan kejahatan. Antara sifat ghuraba’ ialah tetap berpegang dengan ajaran Islam ketika masyarakat dalam keadaan rosak. Perkara ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadithnya yang bermaksud:
“Telah berpecah Yahudi kepada 71 kumpulan dan telah berpecah Nasrani kepada 72 kumpulan dan akan berpecah umatku kepada 73 kumpulan kesemuanya dalam neraka melainkan satu.” Dikatakan siapakah dia wahai Rasulullah (golongan yang satu)? Jawab Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berpegang dengan apa yang aku pegang dan sahabatku.”

Jadi, jelaslah yang kita kini sedang berada di akhir zaman. Jadi, segeralah kembali kepada ajaran sebenar iaitu Al Quran dan Sunnah supaya kita menjadi golongan yang satu itu,golongan yang dijamin Rasulullah SAW ke syurga Allah yang kekal abadi.

Sumber Di Olah Daripada: Facebook & Syahirul.Com

Solat cara Nabi Muhammad saw



Berdiri untuk solat
Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan.
Takbiratul ihram
Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tangan dalam solat.
Apabila hendak bertakbiratul ihram, angkatlah kedua belah tangan ke daun telinga sejajar dengan bahu dengan mengarahkan anak-anak kedua tanagn ke kiblat serta mengembangkannya. Sesudah itu ucapkanlah takbiratul ihram: Allaahu Akbar”Allah adalah terbesar dari segala yang besar”.
Setelah selesai ucapan takbir, turunkan tangan dengan perlahan-lahan dan letakkan di atas dada dengan menggenggamkan pergelangan tangan kiri dengan kelingking, jari manis, jari tengah dan ibu jari tangan kanan, serta mengulurkan telunjuk tangan kanan atas tangan kiri itu.
Cara mengangkat tangan ini ada tiga:
1. Mengangkatnya beserta permulaan takbir.
2. Mengangkatnya dengan tidak bertakbir. Sesudah kedua-dua tangan tetap, barulah bertakbir. Sesudah selesai bertakbir barulah tangan diturunkan.
3. Mengangkat tangan beserta permulaan takbir dan selesai mengangkat tangan beserta selesai takbir. Sesudah selesai takbir, barulah tangan diturunkan.
Dari Ibnu Umar r.a. katanya:
“adalah Rasulullah apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau mengangkat kedua tangannya, kemudian baru bertakbir.” [Shahih Muslim]
Rasulullah apabila berdiri untuk solat, beliau mengucapkan Allahu Akbar, beliau tidak mengucapkan apa-apa sebelumnya dan tidak pula melafalkan niat. Beliau tidak mengucapkan: usalli-lillahi-kadza-mustaqbilal qiblati-arba’a raka’atin-imama/makmuma-ada’an-qadhaan-fardhal waqti. Kata-kata ini bidaah. Tidak ada seorangpun menukilkan dari Rasulullah s.a.w. baik dengan sanad sahih, daif, musnad atau mursal. Demikian juga tidak dinukilkan dari seorang sahabat. Hal itu juga tidak dipandang baik oleh seseorang Tabi’in dan tidak pula oleh imam empat. Hanya sebahagian ulama mutaakhirin salah memahamkan pendapat As-Syafie yang mengatakan bahawa:
Solat tidak sama dengan puasa. Tiap-tiap orang yang masuk ke dalam solat dengan ucapan zikir.”
Mereka menyangka bahwa yang dimaksudkan dengan zikir ialah melafalkan niat oleh mereka yang hendak bersolat itu. Sebenarnya As-Syafie bermaksud dengan zikir ialah ucapan takbiratul ihram. Beliau juga tidak menyukai susuatu yang tidak pernah dilaksanakan Rasulullah s.a.w. walupun dalam satu solat saja tidak pula dilakukan oleh seorang Khilafa ataupun oleh salah seorang sahabat.
Yang lebih buruk lagi ialah mengulang-ulangi lafal niat hingga terkadang memakan masa satu rakaat solat dan mengganggu orang di sekelilingnya.
Iftitah dalam solat
Raulullah s.a.w.setelah takbiratul ihram, berdiam agak lama tidak terus membaca Al-Fatihah. Di dalam diam itu baginda membaca iftitah.
Tasbih iftitah
Sub-haanakallahumma wa bihamdika wa tabaa rakasmuka wa ta’aala jadduka wa laa ilaaha ghairuka.
“Maha suci Engkau wahai Tuhanku, serta aku memuji-Mu. Sungguh Maha Berbahagia nama Engkau, Maha Tinggi Kebesaran Engkau dan mengaku benar-benar bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau.”
[HR Muslim]
Doa iftitah
Allaahumma baa’id baini wa baina kha-thaayaa ya kamaa baa-atta bainal masy-riqi wal maghribi. Allaahumma naqqinii min kha-thaayaa ya kamm yunaqqats tsaubul abya-dhu minaddanasi. Allaahummaghsil nii min kah-thaayaa ya bil wats tsalji wal baradi.
“Wahai Tuhan-ku! Jauhkanlahantaraku dan antara kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau telah jauhkan antara Masyriq (tempat terbit matahari) dan dari kesalahan-kesalahanku, sebagaimana orang membersihkan kain putih dari pencemaran.Wahai Tuhan-ku! Basuhkanlah kesalahan-kesalahanku dengan air, dengan salji dan dengan air batu dengan sebersih-bersihnya.”
[HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.]
Allaahumma rabba jib-riila wa miikaa-iila wa is-raafiila faa-thiras samaawaati wal ar-dhi ‘aalimal ghaibi wasy syahaa dati anta tahkumu baina ‘baadika fiima kaanuu fiihi yakhtalifuuna ihdinii limakh tulifa fiihi minal haqqi bi-idznika fa innaka tahdii man ta-syaa-u ilaa shiraatim mustaqiim.
“Wahai Tuhan-ku! Tuhan dari Jibril, Mikail, dan Israfil, Tuhan yang menjadikan langit dan bumi, Tuhan yang Maha Mengetahui alam yang tiada didapati pancaindera dan alam yang nyata, Engkau yang memberi putusan antara hamba-hamba Engkau, dalam segala rupa hal yang mereka perselisihkan, dengan izin-Mu, kerana sesungguhnya Engkau-lah sendiri yang menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki kepada jalan yang lurus.”
[HR Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abdur Rahman ibn Auf ra.]
Doa tawajjuh
Wajjahtu waj-hiya lillazii fa-tharas samaawaati wal ar-dha haniifam muslimaw wamaa ana minal musy-rikiin. Inna shalaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi rabbil ‘aalamiin. Laa syariika lahuu wa bi-dzaalika umirtu wa ana minal mus-limiin. Allahumma antal maliku laa ilaaha illa anta anta rabbii wa ana ‘abduka zhalamtu nafsii wa’taraftu bi-dzambii faghfir lii dzunuubii jamii’aa. Fa innahuu laa yahdii li ahsanihaa illaa anta wash-rif ‘annii sayyi-ahaa laa yash-rifu ‘annii sayyi-ahaa illa anta, labaika wa sa’daika wal khairu kulluhu fii yadaika, wasy syarru laisa ilaika, ana bika wa ilaika tabaarakta wa ta’aalaita, astaghfiruka wa atuubu ilaika.
“Saya hadapkan diriku kepada Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, hal keadaanku seorang yang condong benar kepada kebenaran lagi seorang yang menyerahkan diri, tunduk dan patuh, dan sekali-kali aku bukan orang yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah .Bahwasanya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah , Tuhan yang memelihara alam, tidak ada sekutu bagi-Nya, demikianlah aku diperintahkan Allah, dan adalah aku salah seorang dari orang-orang, yang mula-mula menyerahkan diri, jiwa dan raga untuk Allah (untuk berjihad di jalan-Nya). Wahai Tuhan-ku! Engkaulah Raja yang memerintah! berkuasa! Tidak ada tuahn selain Engkau, Engkau Tuhan-ku dan aku hamba-Mu. Aku telah menzalimkan diriku, aku mengakui dosaku, maka ampunilah segala dosa-dosaku, sesungguhnya tidak ada yang dapat (sanggup) mengampuni dosa-dosaku selain Engkau. Dan tunjukanlah daku kepada sebaik-baik perangai, tidak ada yang dapat (sanggup) menunjukankan daku kepada sebaik-baik perangai, selain Engkau sendiri.Palingkanlah (jauhkanlah) daripadaku pekerti-pekerti yang buruk, tidak ada yang dapat (sanggup) memalingkan daku dari pekerti-pekerti yang buruk itu, selain Engkau sendiri.Aku penuhi seruan Engkau, aku tunduk patuh di bawah perintah Engkau segala rupa kebajikan di tangan Engkau, segala rupa kejahatan tidak ada pada Engkau, Aku dengan Engkau dan kepada Engkau.(saya memperoleh taufiq dengan limpah kurnia Engkau dan memohon perlindungan kepada Engkau.)Maha Berbahagia Engkau dan Maha Tinggi. Aku memohonkan ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Engkau.”
[HR Ahmad, Muslim, Ar-Tirmidzi, Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w. (dalam satu lafal: wa ana awwalul muslimin= “dan akulah orang yang mula-mula menyerahkan diri kepada Allah“]
Takbir ifitah
1. Allahu Akbar. Kabiiraw wal hamdu lillaahi ka-tsiiraw wa subhaanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.
“Allah adalah yang paling besar dari segala yang besar, sedang Dia Tuhan yang senantisa besar, segala puji hanya kepunyaan Allah, pujian yang banyak, dan Maha Suci Allah (aku akui kesucian) pada tiap-tiap pagi dan petang.”
[HR Muslim dari Ibnu Umar]
2. Allahu Akbar. Allahu Akbar..Laa ilaaha illaa anta. Sub-haanallaahi wa bihamdihi Sub-haanallaahi wa bihamdihi.
“Allah adalah yang teramat besar, bagi Allah yang teramat besar, tidak ada Tuhan selain Engkau, tidak ada Tuhan selain Engkau!Saya akui kesucian Allah serta dengan memuji-Nya Saya akui kesucian Allah serta dengan memuji-Nya”
[Takbir ini disebutkan dalam Ibnul Qayyim dalam kitab Ash Shalah wa Ahkamu Tarikiha.]
3. Allahu Akbar kabiiraa. Allahu Akbar kabiiraa. Allahu Akbar kabiiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Alhamdu lillaahi ka-tsiraa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa. Sub-haanallaahi buk-rataw wa a-shiilaa.A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliimi minasy syai-thaanir rajiimi wa naf-khihi wa nafa-tsihi.
“Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Allah adalah yang terbesar dari segala yang besar, sedang Dia yang senantiasa Besar. Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Segala puji kepunyaan Allah, pujian yang banyak, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang, Saya akui kesucian Allah pada tiap-tiap pagi dan petang. Wahai Tuhan-ku, saya berlindung kepada Engkau dari setan yang terkutuk, dan gurisan-gurisannya dan tiupan-tiupannya dan hembsan-hembusannya.”
[HR Ahmad, Abu Daud dari ibn Jubair ibn Muth’im dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahu akbar, sub-haanallaah, al hamdulilaah, laa ilaaha illaallaah, astaghfirullaah, allaahummaghfir lii war hamnii war zuqnii, alaahumma innii a’uu-dzubika min dhiiqil maqaami yaumal qiyaamah.
“Allah adalah yang terbesar dari segala yang Besar-Aku mengakui kesucian alla. Segala puji kepunyaan Allah. Tidak ada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah selain Allah.Wahai Tuhan, ampunilah daku, rahmatilah daku dan rezekikanlah daku. Wahai Tuhan-ku sesungguhnya akau berlindung kepada Engkau dari kesempitan tempat berdiri pada hari kiamat.”
(masing-masing dari takbir, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar dan dua rangkaian doa ini dibaca 10 kali)
[HR Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Majah dari Ashim ibn Humaid dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
Ta’awwudz dalam solat
1. Asta’ii-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiim.
“Saya memohon pertolongan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”
2. A’uu-dzu billaahi minasy syai-thaanir rajiimi min hamzihi wa nafkhihi wa nafa-tsihi.
“Saya berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk, dari goresannya, dari tiupan-tiupannya dan dari hembusan-hembusannya.”
3. A’uu-dzu billaahis samii’il ‘aliim minasy syai-thaanir rajiim.
“Saya berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang kena rejam”
4. Alaahumma innii a’uu-dzubika minasy syai-thaanir rajiimi min hamzihi wa nafkhihi wa nafa-tsihi”
“Wahai Tuhan-ku! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari syaitan yang terkutuk, dari gurisannya, dari tiupan-tiupannya dan dari hembusan-hembusannya.”
* Adalah Rasulullah membacanya pada rakaat pertama sahaja
Membaca basmalah dalam solat
Baca dengan merendahkan suara, jangan mengeraskannya.
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi”
Membaca Al-Fatihah dalam solat
Alhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin. Arrahmaanir rahiim. Maaliki yaumiddin. Iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin. Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.. Shiraa-thal la-dziina an’amta ‘alaihim ghairil magh-dhuubi ‘alaihim wa ladh dhaalliin.
“Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan. Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan. Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”
Berta’min dalam solat
Abu Hurairah ra. menerangkan: “bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila imam membaca amin, hendaklah kamu membacanya, kerana seseorang yang bersamaan aminnya dengan amin malaikat, diampunilah dosanya yang telah lalu.” [HR Al-Jamaah]
Panjangkan bacaan aamiin.
[HR Ahmad, Abu Daud, dan At-Tirmidzi]
Membaca surah dalam solat
1. Rasulullah s.a.w. terkadang-kadang membaca surah yang panjang, terkadang yang sederhana, terkadang yang pendek apabila dikehendaki oleh keadaan.
2. Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca surah pada awalnya, tidak memulai dari pertengahan atau akhirnya.
3. Rasullulah s.a.w. pernah membaca surah Al A’raf di solat maghrib, sebahagian di rakaat pertama dan sebahagian di rakaat kedua.
4. Rasullulah s.a.w. pernah membaca Surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh.
5. Rasullulah s.a.w. pernah membaca dua-dua surat dari surah Al Mufashshal di satu-satu rakaat.
6. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan surat di solat Subuh.
7. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan di solat Subuh pada tiap-tiap hari, lebih panjang daripada segala solat fardhu yang lain pada hari itu.
8. Rasullulah s.a.w.pernah membaca dalam solat sir surah yang ada di dalamnya sujud tilawah. Baginda bersujud dan para makmum ikut bersujud.
9. Surah terpendek yang dibaca baginda dalam solat Subuh ialah surah Qaf dan surah-surah yang sepertinya. Lazimnya bacaan baginda 60 hingga 100 ayat pada tiap-tiap rakaat. Pada hari Jumaat Subuh, baginda tetap membaca surah As Sajadah pada rakaat pertama dan surah Ad Dahri/Al Insan.
10. Bacaan pada solat Zohor ialah surah Sajdah atau kira-kira 30 ayat pada tiap-tiap rakaat. Baginda pernah membaca surah Al-A’la dan Al-Lail atau Al-Buruj dan At-Tariq dan surah-surah yang sepertinya. Baginda juga pernah membaca surah Luqman dan Az-Zariyat. Pada suatu masa baginda pernah memanjangkan rakaat solat Zohor yang pertama hingga tidak terdengar suara telapak kaki pun.
11. Rasulullah membaca di solat Jumaat surah Al Jumuah dan Al Munafiqun, ada kala surah Al A’la dan Al Ghasiyah.
12. Rasulullah s.a.w. membaca di solat hari raya ialah Surah Qaaf dan Iqtarabat (Al Qamar) secara lengkap dan ada kala membaca surah Al A’la dan Al Ghasiyah.
13. Rasulullah s.a.w. membaca di solat Asar sekadar 15 ayat pada tiap-tiap rakaat. Tegasnya, sama dengan separuh Zohor jika dipendekkan dan sama dengan Zohor jika dipanjangkan.
14. Rasulullah s.a.w. pernah membaca di solat Maghrib surah Al A’raf, surah Ath Thur, surah Al Mursalat dan surah Ad Dukhan. Riwayat sahih menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Kafirun dan Al Ikhlas dalam sunat Maghrib.
15. Rasulullah s.a.w. pernah membaca dalam solat Isya surah Wat tini dan surah Wasy syamsi wa dhuhaaha dan surah-surah sepertinya.
Sesudah membaca surah berhenti sebentar.
Rukuk dalam solat
Angkat tangan seperti takbiratul ihram lalu tunduk untuk rukuk. Letakkan kedua-dua tangan ke atas kedua lutut, dengan merenggangkan anak jari-jari serta renggangkan kedua-dua siku dari rusuk. Datarkan belakang (punggung) atau menyamakan tinggi kepala dengan dataran belakang itu, jangan ditundukkan dan jangan ditinggikan. Pandangan tidak ditujukan ke kaki, tidak ke muka, namun lurus dengan letak kepala.
Bacaan dalam rukuk
1. Sub-haana rabiyal ‘a-zhiimi.
“Maha suci Tuhan-ku yang Maha Besar”
[H.R. Muslim dan Ashhabus Sunan dari Khudzaifah dari Nabi s.a.w.]
Rasulullah s.a.w. membaca 10 kali tasbih ini dan terkadang lebih dari itu. Paling singkat jika ada keperluan sekadar 3 kali.
2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikati war ruuh.
”Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan Yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara Malaikat dan ruh”
[H.R. Muslim dari Aisyah ra.]
3. Sub-haana dzil jabaruuti wal malakuuti wal kib-riyaa-i wal ‘a-zhamati.
” Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan kemuliaan.”
[H.R. Ahmad, At-Tirmidzi, An Nasa’i dari Auf ibn Malik ra.]
4. Sub-haanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfir lii.
”Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, Ya Allah, ampunilah segala dosaku.”
[H.R. Ahmad dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Allaahumma laka raka’tu, wa bika aamantu, wa laka aslamtu, wa ‘alaika tawakkaltu, anta rabbii kha-sya’a qalbii wa sam’ii wa ba-sharii wa damii wa lahmii wa azhmii wa ‘a-shabii lillaahi rabbil ‘aalamiin.
” Wahai Tuhan-ku! Untuk Engkau aku rukuk, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerahkan diri dan kepada Engkau aku bertawakal, Engkaulah Tuhan-ku. Telah tunduk jiwaku, pendengaranku, penglihatanku, darahku, dagingku, tulangku dan urat nadiku kepada Allah yang memelihara segala alam.”
[H.R. Ahmad, Muslim, Abu Daud dari Ali ra. dari Nabi s.a.w.]
Beriktidal dalam solat
Tegak berdiri lalu mengangkat tangan seperti takbiratul ihram seraya membaca tasmi’:
Sami’allaahu liman hamidah.
“Mudah-mudahan Allah mendengar pujian orang yang memuji-muji-Nya.”
Turunkan tangan dan tegak berdiri membaca puji (tahmid) dan syukur:
1. Rabbanaa lakal hamdu.
“Wahai Tuhan kami, Engkau sendirilah yang memiliki segala rupa puji.”
[H.R. Ahmad,Al Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w.]
2. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu ka-tsiiran thayyiban mubaarakan fiihi.
“Wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami, kepunyaan Engkaulah segala puji-pujian yang banyak, yang baik, lagi yang diberikan berkat kepadanya.”
[H.R. Ahmad, Al Bukhari dari Rifa’ah ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu, mil-as samaawati wa mil-al ardhi wa mil-a maa syi’ta min syai-in ba’du ahluts tsanaa-i wal majdi, ahaqqu maa qaalal ‘abdu wa kullunaa laka ‘abdun, Allaahumma laa maani’a limaa a’thaita wa laa mu’thiya limaa mana’ta wa laa yanfa’u dzal jaddi minkal jaddu.
“Wahai yuhan-ku!wahai Tuhan kami! Dan bagi Engkaulah segala puji, sepenuh langit, sepenuh bumi dan sepenuh yang Engkau kehendaki sesudah itu.Engkaulah yang mempunyai puji dan kebesaran.Itulah yang paling patut menjadi ucapan hamba, semua kai adalah hamba-Mu.Ya Tuhan-ku, tidak ada yang menghalangi pemberian-Mu dan tidak ada yang dapat memberi apa yang Engkau tahankan dan tidak dapat kesungguhan manfaat kepada orang yang bersungguh-sungguh kerana dari Engkaulah segala keberuntungan dan segala kebahagiaan.”
[H.R. Muslim, Ahmad, Abu Daud dari Said Al Khudri dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahumma thahhirnii bits tsalji wal baradi wal maa-il baaridi.alaahumma thahhirnii minadz dzunuubi wal khathaayaa kamaa yunaqqats tsaubul ab-ya-dhu minal wasa-khi.
“Ya Allah, sucikanlah daku dengan air beku, air batu, dan air dingin.Ya Tuhan-ku, sucikanlah daku dari segala dosa dan kesalahan, sebagaimana dibersihkan kain putih dari kotoran.”
[H.R. Ahmad, Muslim dari Abdullah ibn Abi Aura ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Lirabbiyal hamdu lirabbiyal hamdu.
“Untuk Tuhan-ku segala puji untuk Tuhan-ku segala macam puji”
[H.R. Abu Daud dari Hudzaifah -baginda mengulangnya sekadar lama rukuk]
Sujud dalam solat
Bertakbir untuk turun sujud dengan meletakkan lutut sebelum tangan. Diantara kedua-dua tangan letakkan dahi ke tempat sujud (jarakkan sedikit). Boleh juga kepala bersetentang dengan bahu atau daun telinga. Dahi,hidung, kedua-dua telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung jari-jari kaki. Muka (dahi dan hidung) dirapatkan ke tempat sujud dan hujung jari tangan dan kaki dihadapkan ke arah kiblat, dan hendaklah kedua-dua siku diangkat, dan hendaklah kedua-dua tangan direnggangkan dari lambung sehingga kelihatan putih ketiak, dan hendaklah perut direnggangkan dari paha dan hendaklah kedua-dua paha direnggangkan dari betis.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Aku disuruh bersujud atas tujuh anggota: dahi- dan nabi s.a.w. mengisyaratkan juga hidungnya- dan kedua-dua tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua telapak kaki.
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Bacaan dalam sujud
1. Sub-haana rabbiyal a’la
“Aku mengakui kesucian Tuhan-ku, Tuhan Yang Maha Tinggi”
[H.R. Ahmad dan Ashabus Sunan dari Hudzaifah]
Baca sekadar 10 kali atu 3 kali jika dikehendaki oleh keadaan.
2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikatiwaw ruuh.
“Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara malaikat dan ruh”
[H.R. Muslim, Uqbah bin Amir, Abu Daud dan Aisyah]
3. Sub-haana dzil jabaruuti wal kibriyaai wal ‘a-zhamati.
“Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan kemuliaan”
[H.R. Abu Daud dari Auf ibn Malik Al Asja’i
4. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allaahummaghfir lii.
“Maha Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku.”
[H.R. Ahmad, Muslim dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Laa ilaaha illa anta.
” Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau, tidak ada Tuhan yang disembah selain Engkau.”
[H.R. Muslim dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]
Nabi s.a.w. bersabda:
” Banyakkanlah doa di dalam sujud, kerana doa di dalam sujud itu sangat lebih layak diperkenankan.”
[H.R. Ahmad,Muslim dari Abu Hurairah]
Doa dalam sujud semasa solat
1. Allaahummaghfir lii dzambii kulluhu diqqahu wa jallahu wa awwalahu wa aa-khirahu wa ‘alaaniyyatahu wa sirrahu.
“Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku,kecilnya, besarnya, awalnya, akhirnya yang tampak dan yang tersembunyi.”
2. Allaahumma laka ajattu wa bika aamantu wa laka aslamtu sajada wajhiya lilla-dzii khalaqahu wa shawwarahu wa syaqqa sam’ahu wa ba-sharahu tabaarakallaahu ahsanul khaaliqiin.
“Ya Tuhan-ku! Kepada Engkau aku sujud, kepada Engkau aku beriman, kepada Engkau aku menyerahkan diriku.Telah bersujud mukaku-diriku-kepada Tuhan yang menjadikannya yang membentuknya, yang membelah pendengarannya dan penglihatannya, Maha Berbahagialah Allah, Tuhan yang paling baik dari segala yang mentaqdirkan(membuat rancangan pekerjaan)”
[H.R. Muslim dan Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma innii a’uudzu bi ri-dhaaka min sa-kha-thika wa bi mu’aafaatika min ‘uquubatika wa a’uu-dzu bika minka laa uh-shii tsanaa-an ‘alaika anta kamaa ats-naita ‘alaa nafsika.
“Ya Tuhan-ku bahwasanya aku berlindung dengan keridhaan Engkau dari segala kemarahan Engkau dan dengan kesukaan Engkau memberi maaf dari siksa Engkau dan aku berlindung dengan engkau-dari Engkau. Aku tidak dapat menghinggakan puji dan sanjung untuk Engkau, sebagaimana Engkau telah memuji dan menyanjung diri Engkau.”
[H.R. Ahmad dan Muslim dari ali ra dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahummaghfir lii kha-thii-athii wa jahlii wa is-raafii fii amrii wa maa anta a’lamu bihi minnii.
”Ya Allah! Ampunilah aku dari segala kesalahanku, kebodohanku, ketelanjuranku d keterlaluan dalam segala urusan pekerjaanku, segala apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku.”
[H.R. Muslim dan Ashabus Sunan dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]
5. Allaahummaghfir lii jiddii wa hazalii wa kha-tha-ii wa ‘amdii wa kullu dzaalika ‘indii.
“Wahai Tuhan-ku, ampunilah aku terhadap segala pekerjaanku(kesalahanku) yang aku kerjakan sungguh-sungguh, dan segala pekerjaanku(kesalahanku) yang aku kerjakan dengan main-main, dan lagi segala kesalahanku yang aku kerjakan kerana khilaf dan dengan sengaja, semua itu ada padaku.”
[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]
6. Allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa as-rartu wa maa a’lantu anta ilaahii laailaaha illaa anta.
”Ya Allah, ampunilah akan daku tentang segala kesalahanku yang aku telah dahulukan, dan yang aku kemudiankan dan yang aku rahsiakan dan yang aku nyatakan (perlihatkan). Engkaulah Tuhan-ku, tidak ada Tuhan selain dari Engkau.”
[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]
Duduk antara dua sujud dalam solat
Angkat kepala seraya bertakbir tanpa mengangkat tangan. Bentangkan kaki kiri serta duduk di atasnya. Tegakkan telapak kaki kanan dan mengarahkan anak-anak jarinya ke kiblat. Letakkan tangan kanan atas paha kanan dan tangan kiri atas paha kiri, sedang anak-anak jari diletakkan dengan mengadapkan ke kiblat.
Istighfar dalam duduk antara dua sujud
1. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii wah dinii war zuqni
“Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku dan tunjukilah aku-ke jalan yang lurus-dan berilah aku rezeki.”
[H.R. At-Tirmidzi dari Ibnu Abbas ra. dari Nabi s.a.w.]
2. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii war fa’nii war zuqnii wah dinii wa ‘aafinii.
“Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku dan angkatlah akan kedudukanku, cukupkanlah rezekiku d tunjukilah aku ke jalan yang lurus-dan afiatkanlah aku.”
[H.R. Abu Daud dari Ibnu Abbas ra. ]
3. Rabbighfir lii Rabbighfir lii.
“Tuhan-ku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!”
[H.R. An-Nasa’i dan Ibnu Majah dari Hudzaifah ra dari Nabi s.a.w.]
Sujud kedua dalam solat
Setelah duduk sempurna, sujud sekali lagi seperti sujud pertama.
Bangkit ke rakaat kedua dalam solat
Setelah sujud sempurna, bangkit seraya bertakbir dan duduk sejenak(istirahat). Kemudian berdiri dengan bertekan pada lutut (kedua-dua paha) dengan tidak mengangkat tangan.
Setelah tegak berdiri, buatlah seperti rakaat pertama dengan membaca al-Fatihah dan surah yang pendek dari rakaat pertama.
Kemudian rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud seperti biasa.
Duduk tasyahud pertama
Selepas sujud kedua duduk seperti duduk antara dua sujud(iftirash). Pandangan mata ditujukan kepada hujung telunjuk (isyarat telunjuk).
Bacaan tasyahud (tahiyat)
1. Attahiyyaatu lillaahi wash shalawaatu wath thayyibaat. Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu alla ilaaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh.
“Segala kehormatan itu kepunyaan Allah, juga segala ibadat dan segala yang baik-baik. Mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan kepada engkau wahai Nabi, demikian pula rahmat Allah dan berkat-Nya. Mudah-mudahan kesejahteraan itu dicurahkan pula atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh-soleh. Aku mengakui bahawa tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku akui bahawa Muhammad itu pesuruh-Nya.”
[H.R. Al Bukhari, Muslim dari Ibnu Mas’ud ra. dari Nabi s.a.w.]
Selawat dalam tasyahud
Alaahumma shalli ‘alaa Muhammadin ‘abdika wa rasuulika, kamaa shallaita ‘alaa Ibrahiim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa aali Muhammad, kamaa baarakta ‘alaa Ibraahiima wa ‘alaa aali Ibraahiim.
“Ya Allah! Sanjungkanlah akan Muhammad, hamba-Mu dan pesuruh-Mu sebagaimana Engkau telah menyanjung Ibrahim. Dan beri berkatlah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim.”
[H.R. Muslim,Ahmad dari Abu Mas’ud Al Badri ra.]
Sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila kamu duduk di tiap-tiap dua rakaat maka bacalah: Attahiyyaatu lillaahi wash shalawaatu wath thayyibaat. Assalamu ‘alaika ayyuhan nabiyyu wa rahmatullaahi wa baarakaatuh. Assalamu ‘alainaa wa ‘alaa ‘iba dillaahish shaalihiin. Asyhadu alla ilaaha illallahu wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh. Kemudian hendaklah ia memilih suatu doa yang paling menarik hatinya, lalu ia berdoa memohon kepada Allah (menyeru Allah) dengan doanya itu.”
[H.R. Ahmad]
Allaahumma innii a’uu-dzu bika rabbi min jahdil balaa-i wa darkisy syaqaa-i wa suu-il qadhaa-i wa syamaa-tatil a’daa-i
“Ya Tuhan-ku!Bahwasanya aku berlindung diri kepada Engkau Tuhan-ku dari tekanan bala yang berat menderita nasib celaka, dari nasib buruk dan dari musuh dapat bersenang hati.”
[H.R. Bukhari dan Muslim dari Abu hurairah ra.]
Bangkit ke rakaat ketiga dan keempat dalam solat
Selesai duduk tasyahud pertama, bangun ke rakaat ketiga sambil bertakbir dan bertekan pada lutut atau paha. Sesudah berdiri tegak angkat tangan hingga bahu atau telinga. Baca Al Fatihah saja. Boleh juga baca surah yang pendek.
Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud lagi. Jika solat Maghrib, bangun dan duduk tasyahud akhir. Jika rakaat keempat, bangun duduk istirahat (sejenak) dan berdiri tanpa mengangkat tangan dan meletakkan tangan di atas dada. Baca Al Fatihah, kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud lagi.
Duduk tasyahud akhir dalam solat
Duduk ini untuk Subuh (dua rakaat), Maghrib (tiga rakaat) dan untuk solat empat rakaat setelah bangun dari sujud kedua. Duduk dengan meletakkan punggung atas tempat solat dan masukan kaki kiri ke bawah kaki kanan yang ditegakkan anak-anak jari ke kiblat. Letakkan tangan seperti tasyahud pertama. Jari telunjuk digerakkan terus menerus dalam solat atau berisyarat tanpa menggerakkannya. Setelah membaca tahiyat seperti tasyahud pertama, baca selawat.
Berdoa sebelum salam
1. Allaahumma innii a’uu-dzu bika min ‘a-dzaabil qabri wamin ‘a-dzaa bin naari wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.
“Ya Allah, bahwasanya aku berlindung kepada Engkau dari azab neraka, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah perosak yang menghabiskan segala kebajikan.”
[H.R. Muslim dari Abu Hurairah ra dari Nabi s.a.w.]
2. Allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa asrartu wa maa a’lantu wa maa as-raftu wa maa anta a’lamu bihii minnii antal muqaddimu wa antal muakhkhiru laa ilaa ha illaa anta.
“Ya Allah! Ampunilah aku terhadap apa yang telah aku dahulukan dan apa yang telah aku akhirkan dan apa yang telah aku rahsiakan dan apa yang aku nyatakan dan apa yang aku boroskan dan apa yang Engkau lebih mengetahui daripadaku,Engkaulah yang mendahulukan, Engkaulah yang menemudiankan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau”
[H.R. Muslim dari Ali ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma innii as-aluka minal khairi kullihi maa ‘alimtu minhu wa maa lam a’alam wa a’uu-dzu bika min syarri kullihi maa ‘alimtu minhu wa maa lama’lam. Allaahumma innii as-aluka minal khairi maa sa-alaka bihi ‘ibaadukash shaalihuun. Wa a’uu-dzu bika min syarri masta’aa-dzaka minhu ‘ibaadukash shaalihuun. Rabbanaa aa-tinaa fid dun-ya hasanataw wa qinaa ‘a-dzaaban naar.
“Ya Tuhan-ku, bahwasanya aku memohon kepada Engkau dari semua kebajikan apa yang telah aku ketahui dan apa yang belum aku ketahui. Ya Allah, bahwasanya aku memohon kepada Engkau dari sebaik-baik apa yang telah dimohonkan oleh hamba-hamba-Mu yang soleh-solah, dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan-kejahatan yang telah diminta perlindungan daripadanya kepada Engkau oleh hamba-hamba Engkau yang soleh-soleh. Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.”
[H.R. Ibnu Abi Syaibah dan Said ibn Manshur dari Umar ibn Said ra. dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahumma innii a’uu-dzu bika minal ma’tsami wal maghrami
“Ya Allah, bahwasanya aku berlindung kepada Engkau dari dosa dan dari yang memberatkan.”
[H.R. Muslim dari kitab Al Adzkar: 170]
5. Allaahumma innii ‘alaa dzik-rika wa syuk-rika wa husni ‘ibaadatika.
“Ya Allah, tolonglah aku untuk menyebut-Mu dan mensyukuri-Mu dan elok peribadatanku kepada-Mu.”
[H.R. Ahmad,Abu Daud dari Mu’adz ibn Jabal ra. dari Nabi s.a.w.]
Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Abu Bakar ra. membaca:
6. Allaahumma innii zhalamtu nafsii zhulman ka-ysiran kabiiran, wa laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta faghfir lii maghfiratan ‘indika war hamnii innaka antal ghafuurur rahiim.
“Wahai Tuhan-ku, bahwasanya aku telah menganiaya diriku, aniaya yang banyak lagi besar.Tidak ada yang sanggup mengampunkan dosa melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu dan rahmatilah(kasihanilah) aku, bahwasanya Engkau-lah Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Doa ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra. dari Abu Bakar ra. dari Nabi s.a.w.:
7. Allaahumma inni as-alukats tsabaa-ta fil amri. Wal ‘azii-mata ‘alar rusydi . Wa as-aluka syukra ni’mataka, wa husna ‘ibaadatika, wa as-aluka qalban saliiman wa lisaanan shaadiqan wa as-aluka min khairi maa ta’lam. Wa a’uu-dzu bika min syarri maa ta’lam. Wa astaghfiruka mimmaa ta’lam.
“Ya Allah, bahwasanya aku memohon kepada Engkau kemantapan dalam segala urusan dan kekuatan hati atas jalan yang benar.Aku memohon kepada-Mu; mensyukuri nikmat-Mu dan kebagusan ibadat kepada-Mu. Aku memohon kepada-Mu jiwa yang sejahtera dan lidah yang benar dan aku memohon kepada-Mu sebaik-baik apa yang Engkau ketahui, dan aku berlindung dengan Engkau dari segala kejahatan yang Engkau ketahui dan aku memohon kepada-Mu, ampunan bagi segala dosa yang Engkau ketahui.”
Bersalam sesudah solat
Palingkan muka ke kanan dan ke kiri dan menyebut lafal salam:
1. Assalaamu’alaikum wa rahmatullaah.
“Mudah-mudahan Allah mencurahkan kesejahteraan atas diriu demikian pula rahmat-Nya.”
[H.R. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i, At-Tirmidzi]
2. Assalaamu’alaikum wa rahmatullaahi wabarakatuh
[H.R. Abu Daud]

Doa Ketika Dukacita Dan Sedih


Doa Ketika Dukacita Dan Sedih





 Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

 Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Tip dan Petua Rumahtangga - waktu Berjimak Menurut Pandangan Islam




Sebut sahaja hubungan intim, difikiran sudah membayangkan sebuah kamar tidur yang dibayangi sinaran rembulan. Cukup romantis dan mempesonakan. Kerana itu tidak hairanlah kebanyakan pasangan gemar memilih waktu tersebut untuk berasmara.
 waktu Berjimak Menurut Pandangan Islam
1. Malam Isnin: anak yang dilahirkan berpegang teguh pada kitab Allah dan redha terhadap segala pembahagian-Nya.
2. Malam Selasa: Mulut anak berbau harum sekali gus melembutkan hati orang, bersih lidahnya dari mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Malam Khamis: Anak akan menjadi bijaksana di kalangan orang bijaksana atau alim di kalangan orang alim.   
4. Apabila matahari berada di tengah langit: Anak tidak dihampiri syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih. Allah swt juga rezekikan padanya keselamatan agama dan dunia.
5. Malam Jumaat: Anak akan menjadi seorang pemidato yang petah dan berwibawa.
6. Malam Jumaat selepas waktu isyak yang akhir: Anak akan menjadi seorang yang terkemuka.
7. Hari Jumaat selepas waktu asar: Anak akan menjadi seorang yang terkenal dan alim.
 Sumber: Majalah Mingguan wanita

Doa Penerang Hati Yang Mudah Dihafal Oleh Kanak-Kanak


Doa ini sering didedahkan kepada anak-anak kecil yang belum pandai membaca dan menulis. Biasanya ibu bapa kitalah sebagai insan terawal yang mengajar kita dengan doa ini sebelum mula menunjuk ajar sesuatu perkara baru, mengenal huruf atau belajar mengaji al-Quran. 
Dengan doa ringkas ini, kita memohon agar diberi kelapangan dada dan dipermudahkan segala apa perkara yang boleh menghalang urusan baik kita dalam menimba ilmu pengetahuan dan urusan seharian.

Solat: waktu Haram Sembahyang






Waktu syuruk.
28 minit selepas Subuh.
Pada waktu ini dikatakan tanduk syaitan berada di antara matahari. Solat waktu ini juga disamakan dengan orang- orang yang menyembah matahari..

Waktu zawal / istiwal
5-10 minit sebelum zohor
Di waktu ini matahari berada tegak di atas kepala. Dikatakan pada waktu ini api neraka sedang bergelodak dan syaitan sedang berkeliaran.
 

Jadual 2013 Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Kerajaan


Buat semua Kakitangan Awam yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia telah dikeluarkan berkenaan dengan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2013. Pembayaran gaji bulanan Kakitangan Awam Malaysia adalah melalui sistem gaji berkomputer yang tepat pada tarikh yang dinyatakan.

NOTA: Sumber asal anda boleh dapatkan melalui salinan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2012  bertajuk: Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2013.

Thursday, December 20, 2012

Fata At Tamimi – Antara TIMUR Nusantara dan Khurasan ?


Satu lagi kontroversi yang muncul mengenai dari sebelah Timur manakah Fata At Tamimi itu muncul, maka di sini secara ringkas penjelasannya. Namun pada saya meyakini bahwa Timur yang dimaksudkan di dalam hadis adalah Timur jauh yang meliputi Nusantara (kepulauan Melayu).
Untuk menelusuri dimanakah Timur yang dimaksudkan tersebut tersebut, mari kita teliti sekali lagi hadis-hadis yang menyebut tempat kezahiran dan berkuasanya Pemuda Bani Tamim.
1. Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya: Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Akupun bertanya: “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Maka Rasulullah SAW menjawab, “Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah TIMUR dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitamMereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah AL MAHDI” (Sunan Ibn Majah)
2. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah TIMUR, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
3. Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah TIMUR dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)
Ketiga-tiga hadis ini menyebut TIMUR secara umum. Ada yang sebahagian orang berpendapat TIMUR itu adalah Khurasan.
TIMUR YANG DIMAKSUD BUKAN KHURASAN
Terdapat hadis yang membezakan antara TIMUR tempat kezahiran Pemuda Bani Tamim dengan Khurasan (yang juga terletak di Timur ketika Rasulullah mengucapkan hadis tersebut di Makkah/Madinah-Timur Tengah).
Hadis tersebut bermaksud:
1. Hadis yang dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Nuaim, dari Tsauban r.a, dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, Apabila kamu melihat panji-panji hitam telah diterima di wilayah Khurasan, maka datangilah dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji. Kerana sesungguhnya padanya ada khalifah Allah, iaitu Al Mahdi.”
Ertinya bagi umat Islam, apabila telah mendapat tahu bahawa Pemuda Bani Tamim dan pasukannya telah diterima di Khurasan, hendaklah mencari dan mendatangi mereka,sekalipun dalam keadaaan yang amat payah seolah-olah merangkak di atas salji.
2. Di dalam riwayat yang lain yang tersebut di dalam kitab “As’afur Raghibin” bermaksud:
Sesungguhnya ketika zahir Al Mahdi, berserulah malaikat dari atas kepalanya, “Inilah Al Mahdi, khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia.” Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan merasakan kasih sayangnya. Sesungguhnya Al Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adapun yang berbaiah kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama sejumlah pasukan Badar (Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian wali Abdal dari Syam mendatanginya (al Mahdi), dikuti oleh wali Nujabak dari Mesir dan golongan asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutus tentera dari Khurasan dengan panji-panji hitam kepadanya dan menuju ke Syam. Dan Allah mengirimkan kepadanya 3,000 malaikat dan Ashabul Kahfi adalah di antara pembantu-pembantunya.”
Melalui isyarat dari hadis di atas, jelas bahawa Pemuda Bani Tamim itulah yang akan merintis jalan sebelum Al Mahdi zahir. Di antaranya membawa Islam dari TIMUR menuju Khurasan. Pemuda Bani Tamim jugalah yang membuka kembali Islam di Khurasan di akhir zaman ini. Dan mereka (Khurasan) menerima kepemimpinan Pemuda Bani Tamim.
Walaupun Khurasan telah dihapuskan dari peta dunia, namun “jadual Allah” yang tertulis di luh mahfuz pasti tidak dapat dipadamkan. Allah pasti menepati janjinya bahawa di bumi Khurasan ini akan muncul Asoib, iaitu orang-orang soleh yang sangat menjunjung tinggi Sunnah Rasulullah SAW. Di sini juga akan muncul al Haris Harras, yang berbaiah kepada Al Mansur (pemuda Bani Tamim).
Perkara ini dikuatkan lagi oleh sebuah hadis, tersebut di dalam kitab “Aqdud durar fi akhbaril muntazar”.Dari Ali r.a dia berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda: Akan keluar seorang lelaki dari negara belakang sungai (Maa waraa Un Nahar- Khurasan) yang dikenal denganAl Haris Harras yang di hadapannya seorang lelaki yang bergelar Al Mansur (yang dibantu), dia yang memudahkan urusan atau membela keluarga Rasulullah SAW sebagaimana Quraisy yang telah membela Rasulullah SAW. Wajib setiap orang mukmin menolongnya, atau beliau bersabda: “Wajib orang mukmin menerimanya.”(Riwayat Imam Abu Daud, Al Hafiz Abu Abdul Rahman An Nasai, Al Hafiz Abu Bakar Al Baihaqi dan As syeikh Muhammad Al Hussein)
TIMUR dan KHURASAN jelas berbeza. Dan mengapa TIMUR Nusantara menjadi pilihan?

Adakah mereka ini Tentera Panji-Panji Hitam?


Adakah Imam Al-Mahdi akan muncul tidak lama lagi??? Adakah tentera ini Tentera Pembawa Panji-Panji Hitam yang akan menjadi Tentera Imam Al-Mahdi??? Wallahu a’lam….
Saksikan…

Dalam sebuah hadis Nabi saw mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan memerangi penguasa yang zalim dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya, dan akan menegakkan kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj dan sistem Islam.
Mafhum Hadis:
“Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku, namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435).
Hadis lain:
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa bumi. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
Info mengenai Tentera Panji-Panji Hitam:
Tentera Panji Hitam dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak dikalahkan kerana mendapat perlindungan Allah.
Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini
akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah.
Hadis-hadis tentang Panji-panji Hitam Dari Timur
Sabda Nabi SAW:
1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah)
2. “Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi”
3. “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis”.
4. “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.
5. “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
6. “Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya”. (HR Nuaim bin Hammad)
7. “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.”(HR At-Tarmizi)

Kesihatan: Kelebihan Tai Chi


Banyak orang beranggapan bahawa senaman Tai Chi ni cuma untuk orang-orang yang berumur atau warga emas kerana gerakannya yang perlahan. Sebenarnya anggapan tersebut adalah salah kerana selain untuk senaman bagi kesihatan badan, tai chi juga boleh digunakan sebagai salah satu daripada gerakan pertahanan diri, sama seperti tek wan do, karate, dan lain-lain. Walaupun gerakannya perlahan tetapi jika dibuat dengan betul boleh menghasilkan tenaga “chi’ yang sangat kuat. Senaman tai chi ini semuanya mengambil gerakaan-gerakan yang terdapat dalam alam semulajadi, seperti gerakan beberapa jenis binatang, dsb.

Dari segi kesihatan, tai chi telah terbukti memberi kebaikan kepada pesakit jantung, memperbaiki mood harian, mengurangkan kemurungan, mengurangkan keletihan dan menjadikan badan lebih segar, di samping kesihatan badan secara menyeluruh.
Artikel berikut memberi perincian tentang kelebihan tai chi dari segi kesihatan…
Tai Chi Benefits Heart Patients
Tai Chi Exercise Improves Mood and Health of Heart Failure Patients, Study Finds
By Bill Hendrick
Reviewed by Elizabeth Klodas, MD, FA
April 25, 2011 — Tai chi, often called “meditation in motion,” appears to improve the quality of life in people with heart failure, say researchers at Harvard Medical School.
The ancient Chinese exercise of tai chi features physical movements that are slow and gentle and require concentration.
“Historically, patients with chronic systolic heart failure were considered too frail to exercise and, through the late 1980s, avoidance of physical activity was a standard recommendation,” the researchers write. And, until now, the effects of meditative exercise have not been rigorously studied in a large group of heart failure patients.
Scientists at Harvard and Beth Israel Deaconess Medical Center followed 100 outpatients who had reduced heart-pumping function (“systolic heart failure”) and put them into two random groups of 50. One group took part in a 12-week tai chi-based exercise program, and the other group received time-matched education sessions. Both groups attended their sessions twice per week and were similar in terms of baseline demographics, severity of heart disease, and rates of other medical conditions.
Tai Chi Lifts Mood, Helps Heart Failure Patients
By the end of the study, people practicing tai chi had greater improvements in quality of life, including increased confidence to perform various forms of exercise, increased daily activity levels, and greater feelings of well-being, as compared to people in the education-only cohort.
The exercise encourages gentle, flowing circular movements, balance and weight shifting, and practicing of breathing techniques. According to the researchers, tai chi for heart failure patients is “safe and has good rates of adherence.”
This form of exercise may also be beneficial for people with hypertension, balance problems, and an impaired exercise capacity, the researchers write. The exercise appears to decrease anxiety, enhance vigor, and improve mood and is a safe alternative to moderate-intensity conventional exercise training.
The study is published in the April 25 issues of the Archives of Internal Medicine.

5 Khasiat utama kismis


Umum mengetahui kelebihan makan kismis, dan kismis juga dikatakan boleh membantu menguatkan ingatan untuk menghafal.

Namun begitu, saya ingin berkongsi 5 kelebihan dan khasiat utama kismis mengikut kajian yang dijalankan di barat, seperti berikut:
1. Anti-penuaan
Kismis merupakan sumber antioksidan yang penting bagi melawan radikal bebas, dan bermanfaat bagi melambatkan proses penuaan badan.
2. Anti-hiperglicemia
Kismis membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
3. Melancarkan proses penghadaman
Kismis merupakan sumber fiber yang baik dan ini berguna bagi melancarkan proses penghadaman.
4. Kesihatan tulang
Kismis mengandungi pelbagai mineral yang berperanan menjaga kesihatan tulang.
5. Kesihatan gigi dan melawan kanser
Kismis mengandungi asid oleanolik yang berguna bagi menjaga kesihatan gigi di samping melawan sel kanser.
raisins

Kerongkong Gatal,Batuk


Assalamualaikum..
Sejak beberapa hari ni, batuk aku makin teruk lak..Macam2 petua dan ubat batuk aku dah try..tp mcm xde kesan..duk lam air cond mmg makin kuat la batuk aku..ade sesape yg leh bg PeHHHtuA!! yang terbaik x? Aku ni kuat isap rokok ..tu pun salah satu ubat batuk aku gak,tp x gak ok..heheheheeee...

Memperkasakan Tulisan Jawi


Assalamualaikum..last week saya ke bank atas satu urusan. Semasa tengah berurusan dengan pegawai bank yang agak cun tuh,aku terjeling la kat seorang mamat cina yang tengah tanda tangan beberapa dokumen.
Yang menarik minat saya masa tu dia memulakan tandatangan dari kanan ke kiri. Dah macam tulisan arab la pulak. Apa kata kita tukar tandatangan kita dengan memulakan dari kanan ke kiri? dan kita gunakan abjad jawi sebagai pengantara..
Dalam pada itu,kita juga membangkitkan semula mood menulis dan membaca tulisan jawi yang semakin hilang ditelan arus permodenan. Kalau ada la lagi Pendeta Za'aba,msti dia akan kecewa dgn orang melayu sekarang yang da x 'reti' baca tulisan jawi.

Wednesday, December 19, 2012

Sejarah Ayat Kursi

Ayat Kursi
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab ”Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

“Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”

Sabda baginda lagi;

“Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Amalkan membaca ayat kursi sebelum dan semasa perjalanan
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Copyright @ 2013 INSANI.