Friday, September 21, 2012

Pemikiran Hasan Al-Banna Dan Bangsa Melayu





Hasan Al-Banna merupakan seorang tokoh dakwah yang muncul di Mesir selepas kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Ketika berumur 22 tahun, beliau telah menubuhkan sebuah organisasi dakwah iaitu Ikhwan Muslimin demi mengembalikan khilafah Islam yang telah runtuh itu. Imam Hasan Al-Banna meyakini bahawa hanya Jalan Dakwah sahaja yang mampu mengembalikan zaman kegemilangan umat Islam yang hilang itu setelah mengkaji Al-Quran, Sunnah dan sejarah Islam secara mendalam.

Untuk membina kembali khilafah yang hilang itu, Hasan Al-Banna telah menggariskan tujuh peringkat dakwah yang perlu diikuti oleh setiap pendakwah.

Bermula dengan pembinaan individu muslim, seterusnya adalah membina keluarga muslim, masyarakat muslim, mengubah undang-undang, menegakkan negara Islam, membentuk empayar Islam dan seterusnya menjadi Pemimpin Dunia.

Peringkat yang terpenting adalah peringkat untuk membina individu muslim. Dan Hasan Al-Banna telah meletakkan 10 ciri yang mesti dicapai oleh seseorang muslim iaitu akidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, mampu berdikari, akhlak yang baik, berpengetahuan luas, menepati waktu, tersusun urusan, mampu melawan nafsu, tubuh badan yang sihat dan bermanfaat kepada orang lain.

Untuk mencapai 10 ciri individu muslim ini, tujuh wasilah amal (method) telah dibentuk iaitu usrah, khatibah, rehlah, mukhayyam, daurah, nadwah dan muktamar. 

Dari perspektif organisasi, sesebuah organisasi dakwah perlu melalui empat peringkat iaitu mihwar tanzimi (peringkat membina organisasi), mihwar muassasi (peringkat menggauli masyarakat), mihwar sya’bi (peringkat membina jaringan dalam pelbagai jabatan dan organisasi) dan seterusnya mihwar Daulah (peringkat kenegaraan).

Amat ditekankan di sini, segala peringkat dakwah yang digariskan oleh Hasan Al-Banna ini hanya boleh dilalui oleh pendakwah yang bergerak secara berorganisasi tidak secara individu.

Antara pemikiran terpenting Hasan Al-Banna yang telah dilupakan oleh ramai pendakwah Islam adalah syaukah (kekuatan) bangsa yang dominan di sesuatu negara amat diperlukan untuk memartabatkan ketuanan Islam dan penegakan syariat di negara tersebut. 

Dan Hasan Al-Banna juga memberikan isyarat bahawa jika sekiranya golongan pendakwah Islam ingin melaksanakan syariat Islam dalam negara tersebut, mereka harus mendapat sokongan padu daripada bangsa dominan ini supaya tidak ada pihak musuh yang mampu menggugat keputusan yang telah dibuat untuk memartabatkan Islam. 

Oleh sebab itu, Imam Hasan Al-Banna menegaskan perlunya untuk sejarah kegemilangan sesuatu bangsa tersebut diceritakan kembali untuk memberi keyakinan kepada bangsa itu bahawa mereka sebenarnya layak memegang kepimpinan Islam di negara mereka. 

"Umat yang sedang bangkit memerlukan kepada perasaan bangga dengan kaumnya sebagai satu bangsa yang agung, istimewa dan bersejarah sehingga terbentuk dalam diri generasi muda. Lantas mereka berjuang demi keagungan dan kemuliaan itu dengan darah dan roh mereka. Mereka bekerja demi kebaikan tanah air, kemuliaan dan kebahagiaannya.". (Imam Hasan Al-Banna)

Selain itu, Hasan Al-Banna telah menggariskan tiga langkah utama untuk membina syaukah dalam sesuatu bangsa iaitu syaukah iman, syaukah ukhuwwah dan akhirnya syaukah fizikal seperti ketenteraan, teknologi dan sebagainya.

Jadi dalam konteks Malaysia, jika para pendakwah Islam ingin melaksanakan syariat Islam secara syumul ketika di peringkat daulah, mereka perlu mendapat dokongan yang kuat daripada bangsa Melayu yang merupakan bangsa majoriti di Malaysia.

 

Oleh itu, hak-hak keistimewaan bangsa Melayu ini mesti dipertahankan agar bangsa ini mampu bangun dan menjadi bangsa yang kuat sehingga betul-betul mampu menjadi syaukah Islam di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. Dan sebarang usaha mana-mana pihak untuk menyekat pembangunan dan perpaduan bangsa Melayu ini mesti dihalang. Selain itu, bangsa Melayu ini perlu diperkuatkan jati dirinya agar mereka menjadi bangsa yang berkeyakinan tinggi dan mampu menghidupkan kembali semangat pejuang yang pernah ada dalam darah nenek moyang mereka.

Apalah Melayu itu jika tanpa Islam. Tanpa Islam belum tentu lagi bangsa Melayu ini dikenali dunia. Oleh itu, para pendakwah perlu menyeru; 

"Bangkitlah wahai bangsa Melayu! Berusaha gigihlah untuk mendaulatkan Islam dalam dirimu dan dalam negaramu"

"Melayu Sepakat, Islam Berdaulat"

Ke manakah Halatuju Melayu ?




Bagaimana dengan Melayu?

Kita sedar bahawa apabila kerajaan mensasarkan tahun 2020 sebagai tarikh untuk melihat tegaknya sebuah Malaysia yang maju, soal kepentingan Melayu turut diambil kira. Kerajaan memang telah mensasarkan di mana dan bagaimana kedudukan Melayu pada waktu itu.
Bagaimanapun kerajaan sendiri mungkin tidak sedar bahawa banyak orang Melayu yang masih tidak tahu ke mana sebenarnya mereka hendak dibawa. Sebahagian yang lain pula tidak tahu di mana sasaran sebenar wawasan tersebut dan bagaimana hendak mencapainya. Keadaannya sama seperti ketika DEB dilancarkan. Sebahagian Melayu tidak tahu apa-apa. Sebahagian yang lain tahu dasar itu digerakkan untuk mereka dengan sasaran menguasai 30 peratus kekayaan negara. Tetapi mereka tidak cukup tahu bagaimana caranya untuk bergerak menuju ke sasaran tersebut. Mereka diberi bekal, tetapi kurang dibimbing dan ditunjukkan jalan. Hasilnya, DEB gagal mencapai matlamat sebenar.
Perkara yang sama mungkin berulang. Tanggapan bahawa Melayu telah cukup kuat, hebat dan pintar sehingga mereka boleh dibiarkan bersendirian menghadapi cabaran-cabaran ke arah mencapai matlamat wawasan itu, boleh meranapkan impian sebenar. Kenyataannya, Melayu belum memiliki ketiga-tiga ciri itu. Kekuatan peribadi Melayu masih boleh dipersoalkan, kekuatan ekonomi mereka pula masih bersifat penguasaan beberapa kelompok bukannya bersifat menyeluruh; kehebatan Melayu masih terikat pada keberanian melawan sesama sendiri bukannya keberanian menghadapi musuh luar; kehebatan Melayu masih berlegar pada kecekapan meniru bukan pada kelicikan melindungi nilai-nilai sendiri.
Mengharapkan Melayu mencari sendiri kekuatan, kehebatan dan kepintaran itu bukanlah langkah wajar. Majoriti Melayu tidak akan berupaya melakukannya. Mereka terlalu sibuk bercakaran sesama sendiri. Mereka lebih seronok mencari siapa kawan malaikat dan siapa pula kawan syaitan. Mereka sibuk dengan idealisme masing-masing sehingga akhirnya menjadi tidak ideal lagi.
Melayu adalah urat dan nadi negara ini. Kesempurnaan kemajuan negara harus bererti kesempurnaan kemajuan Melayu. Tidak ada ertinya jika Malaysia maju, tetapi Melayu terus mundur. Tidak ada maknanya jika yang berjaya cuma kumpulan-kumpulan kecil Melayu sedangkan kelompok majoriti kian jauh tercicir. Lebih tidak bermakna lagi jika di sebalik kemajuan itu, Melayu terus teraba-raba mencari dirinya.
Belum terlambat bagi mana-mana pihak pun untuk mengambil pendekatan-pendekatan serius bagi membimbing Melayu ke arah menjadi bangsa yang sempurna menjelang tahun 2020 nanti. Tetapi ia akan menjadi sangat terlambat jika kita menanti sehingga kedatangan tarikh itu sebelum berbuat apa-apa.
Kita tidak mahu apabila tiba tarikh itu Melayu terngadah sekali lagi. Ketika itu bukan lagi waktu yang sesuai untuk bercakap tentang mencari ketuanan, mempertahankan kedaulatan raja dan membina ikatan sesama ummah. Waktu itu kita tidak harus lagi gusar, atau digusarkan, dengan kisah keruntuhan institusi kekeluargaan Melayu, dengan cerita Melayu tanpa bapa yang lebih banyak daripada Melayu tanpa rumah atau Melayu pembakar sekolah yang sama ramai dengan Melayu penagih dadah. Pada masa yang sama juga, kita tidak patut lagi dibelenggu masalah Tanah Simpanan Melayu, pencapaian ekonomi Melayu yang lemah, kerakusan pentadbir Melayu, kegelojohan usahawan Melayu atau kebobrokan kepemimpinan Melayu. Bangsa yang maju tidak harus dibelenggu oleh masalah begitu. Ya, masalah-masalah tersebut, mesti diselesaikan pada peringkat yang paling asas dan penyelesaian itu mesti dibuat SEKARANG!
Tanggungjawab memimpin Melayu ke arah itu memang amat berat. Agenda menyelamatkan Melayu ini tidak boleh, dijadikan agenda sisipan sahaja. Ia perlu digerakkan seiring dengan agenda sebenar. Komitmen untuk memastikan Melayu tidak tenggelam haruslah sama dengan komitmen untuk memastikan wawasan besar itu tidak gagal. Dalam konteks ringgit ia mungkin memerlukan peruntukan yang sama banyak dengan semua perbelanjaan untuk mentranformasikan Malaysia sebagai sebuah negara pertanian menjadi negara perindustrian. Tetapi jika kita boleh meminjam untuk merealisasikan cita-cita, apa salahnya kita meminjam untuk menyelamatkan bangsa?
Dalam satu konteks, keperluan Melayu terhadap subsidi material memang telah berkurangan. Tetapi Melayu masih memerlukan subsidi moral. Sikap menganggap Melayu tidak boleh dimanjakan perlu dikikis. Tidak ada dosanya memanjakan bangsa sendiri kerana ia adalah lebih baik daripada memanjakan orang lain. Lagipun, bermanja itu adalah percikan daripada budaya kasih sayang yang diperkenalkan pada Melayu oleh agama suci Islam.
Usaha membimbing Melayu ke arah kegemilangan itu juga harus mengambilkira cabaran-cabaran baru yang akan ditemui di pertengahan jalan. Globalisasi misalnya, bukanlah istilah yang popular tatkala Wawasan 2020 dilancarkan dahulu. Ketika itu ia belum menjadi fenomena. Disebabkan itu, ketika wawasan besar tersebut dirangka, kerajaan tidak begitu memberatkan langkah-langkah mengatasi ancaman globalisasi, khususnya ke atas umat Melayu. Tumpuan lebih diberikan pada soal-soal kelemahan sosial yang bersifat konvensyenal.
Dalam tempoh 19 tahun akan datang kita tidak tahu ancaman bentuk mana pula yang akan muncul. Sementara kita tidak tahu apakah usaha untuk membasmi kemiskinan akan terus kekal sebagai utopia, kita juga tidak tahu apakah nanti akan ada dadah menjadi makanan ruji? Kita tidak tahu apakah akan berdepan dengan era kemunculan mutan-mutan (manusia buatan) yang menagih nyawa? Kita tidak tahu apakah ketika itu nyawa boleh didagangkan sebagaimana orang menjual sperma dan buah pinggang?
Pendeknya, kita tidak tahu kejutan apa yang sedang menanti Melayu. Tetapi sebagai bangsa yang mudah terkejut dan senang hanyut dalam kejutan itu, Melayu patut dipersiapkan daripada sekarang. Mereka perlu dibangunkan daripada tidur dan dipersiapkan untuk menghadapi realiti.
Kita perlu mengaku bahawa persiapan yang ada setakat sekarang masih jauh daripada mencukupi. Contoh kecil yang boleh diambil ialah, dalam menghadapi zaman ledakan teknologi maklumat ini nisbah di antara keinginan negara dan kemampuan Melayu begitu terpisah jauh. Sementara kerajaan membelanjakan ribuan juta ringgit bagi mengejar impian untuk menjadikan Malaysia sebuah kuasa dalam teknologi IT, masih terlalu banyak orang Melayu yang tidak mengenal tetikus dan papan kekunci komputer. Masih terlalu ramai Melayu yang terpaksa berfikir seribu kali untuk membeli sebuah komputer kerana ianya bermakna mengorbankan wang belanja dapur selama setahun. Di kawasan-kawasan tertentu pula, masih banyak kampung-kampung tradisional Melayu yang tidak mempunyai bekalan eletrik sehingga menyebabkan sebarang keinginan untuk membeli komputer hanya akan menjadi mimpi yang palsu!
Aspek-aspek beginilah yang tidak harus diabaikan. Ia tidak patut dibiarkan tenggelam dalam agenda-agenda besar dan retorik-retorik yang indah.
Pemimpin boleh mencipta matlamat. Pemimpin boleh memandu Melayu ke arah matlamat itu. Malah pemimpin boleh memacu Melayu sekiranya perlu. Tetapi pemimpin juga perlu memastikan Melayu yang disuruh berlari itu bukan sahaja berkasut, tetapi juga telah bersarapan pagi.
Sebab itulah bagi memimpin Melayu dalam perjuangan mengejar matlamat baru dan mengekalkan kehormatan yang sedia ada, kita memerlukan kumpulan pemimpin yang tinggi dinamismenya. Generasi pelapis yang bakal mengambilalih kepemimpinan yang ada perlu mempunyai sekurang-kurangnya 110 peratus kekuatan berbanding dengan generasi pemimpin yang ada sekarang. Hanya orang Melayu yang tahu apakah di kalangan pelapis mereka wujud jenis pemimpin seumpama itu?
Ada atau tidak, kita perlu melahirkannya. Tidak ada sesiapa pun yang boleh diharapkan untuk menentukan bangsa kita terus timbul selain daripada seseorang atau beberapa orang di kalangan kita sendiri.
Sesiapa pun yang memimpin, dan daripada parti apa pun ia datang, tanggungjawabnya terhadap Melayu tidak boleh berkurang. Dia, sang pemimpin itu, awal-awal lagi harus mempunyai kesedaran bahawa Melayu harus ditunjuk. Melayu harus dipimpin. Melayu harus dikembalikan pada jati dirinya. Mereka patut ‘diperkenalkan’ semula pada bangsa sendiri. Mereka patut diajar mengenali kelebihan-kelebihan mereka. Mereka perlu diasuh supaya menyayangi kelebihan-kelebihan itu.
Di peringkat awal persekolahan lagi, anak-anak Melayu perlu diberi ruang untuk mempelajari susur galur bangsanya. Mereka juga perlu diasuh supaya berpadu. Usaha itu tidak mencukupi dengan hanya menyanyikan lagu-lagu patriotik yang menganjurkan penyatuan dan perpaduan. Mereka perlu dibawa jauh daripada itu. Perlu diajar mengenal hero-hero mereka, bukannya memuja hero orang.
Dan yang diangkat sebagai hero bukan sahaja mereka yang berani mati, tetapi anak-anak Melayu yang berani hidup, yang berjaya dan yang cemerlang. Namun dalam memperkenalkan semula hero-hero itu, langkah yang bersifat pemujaan kepada individu harus dipinggirkan. Penekanan perlu diberi pada sumbangan dan perjuangan secara keseluruhan, bukan pada kekeramatan peribadi. Ini perlu bagi mengelak ketaksuban dan bagi membendung kemunculan manusia yang mahu menjadi ‘super-hero’, yang berkemungkinan akan menggunakan jalan jalan pintas untuk mencapai cita-citanya.
Pemupukan nilai kasih sayang perlu bermula di peringkat awal juga. Ia tidak seharusnya terbatas pada keluarga atau pada kucing Parsi sahaja. Skopnya harus diluaskan. Nilai kecintaan kepada kawan, pada manusia, pada bangsa,pada masyarakat dan pada agama mesti didahulukan. Penerapan nilai itu ke jiwa anak-anak harus dilakukan lebih dahulu daripada penerapan elemen mencintai kemajuan. Ini penting bagi memastikan mereka mampu membina peribadi yang seimbang sebelum mula diganggu oleh impian-impian besar.
Semua langkah ini tidak harus ditafsirkan sebagai sesuatu yang bersifat mengundur. Kembali pada diri dan pada persekitaran yang dekat bukanlah halangan untuk maju. Ia hanya satu pengunduran berhelah untuk meletakkan Melayu kembali di atas landas dan paksinya yang sebenar.
Tidak ada ruginya berbuat begitu. Sama juga dengan tidak ada untungnya menggilai kemajuan sehingga menggadai nilai nilai yang sedia ada. Kemajuan seharusnya menjadi alat untuk hidup selesa bukannya untuk menambah bilangan pesakit jiwa. Kerana itu kegilaan terhadapnya perlu seimbang dengan kegilaan untuk memperbaiki diri.
Inilah kewajipan sebenar pemimpin Melayu. Sebelum mendabik dada mengaku diri sebagai pejuang bangsa, mereka perlu sedar bahawa kejayaan mereka tidak diukur dengan kemampuan melambakkan emas di hadapan orang Melayu, sebaliknya akan dinilai dengan kesungguhan dan kemampuan mereka merawat Melayu daripada penyakit-penyakitnya.
Sesungguhnya, kejayaan tidak akan memberi apa-apa makna pada orang yang sedang sakit. Sebaliknya ia hanya akan menyebabkan mereka menjadi bertambah sakit.
Usaha merawat penyakit-penyakit Melayu tidak akan menjadi sukar jika ilmu diletakkan pada asas yang betul. Dan asas itu tidak akan menjadi betul selagi ilmu dicampur adukkan dengan politik. Tindakan memencilkan tokoh-tokoh Melayu tertentu daripada menjadi bacaan di sekolah misalnya, semata-mata kerana perbezaan fahaman politik, bukanlah amalan yang menguntungkan. Sama juga seperti tindakan memencilkan institusi-institusi ilmu yang mendukung fahaman politik yang berbeza.Ia hanya memberi gambaran tentang kurangnya nilai rasional kita, yang akhirnya akan menyumbang pada pembentukan generasi yang tidak rasional juga.
Perspektif orang Melayu terhadap politik perlu diperbetulkan. Mereka perlu diasuh semula. Mereka harus disedarkan bahawa politik seharusnya dijadikan senjata untuk menghadapi orang lain, bukannya dijadikan racun untuk saling bunuh-membunuh sesama sendiri.
Pemimpin atau bakal pemimpin itu perlu menginsafi, dan menganjurkan keinsafan yang sama kepada semua Melayu akan hakikat bahawa Islam menganjurkan usaha mencari titik temu bukannya mencari titik perbezaan. Amalan-amalan serang—menyerang sesama sendiri perlu dihentikan. Perdebatan untuk mencari siapa yang betul perlu ditamatkan. Ia tidak akan menguntungkan sesiapa, sebaliknya merugikan semua.
Kita tidak boleh berkata Islam dan Melayu saling bertaut. Islam tidak memerlukan Melayu untuk hidup, tetapi Melayu amat memerlukan Islam. Keperluan itu sudah tentu bukan setakat untuk dijadikan hiasan dan tempelan. Ia adalah keperluan lahiriah dan batiniah.
Melayu memilih Islam dan kekal di dalam Islam kerana yakin agama Allah itu boleh membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Keyakinan itu tidak pernah susut, tetapi perilaku mereka jelas mencemarkan keyakinan tersebut.
Amalan itu perlu dihentikan. Selepas mereka ‘diperkenalkan’ kepada diri sendiri, Melayu sepatutnya ‘diperkenalkan’ semula kepada agamanya. Mereka harus disedarkan bahawa Islam telah membekalkan mereka dengan kelengkapan yang cukup untuk menangkis apa sahaja ancaman, tidak kira sama ada ianya sebahagian daripada pascamodenisme atau pun tidak.
Penawar paling mujarab yang disediakan oleh Islam ialah kitab suci Al-Quran. Di Malaysia, orang Melayu beruntung besar kerana penawar itu tidak berpeluang digunakan oleh yang bukan beragama Islam. Majoriti bukan-Melayu di Malaysia termasuk kategori ini.
Bagaimanapun, agak malang kerana di kalangan orang Melayu yang beragama Islam sendiri, penawar itu tidak pernah dimanfaatkan sepenuhnya. Al-Quran tidak dihayati dan didalami dalam erti kata sebenar.
Kelazimannya, semenjak dari kecil, anak-anak Melayu yang beragama Islam diajar membaca Al-Quran. Tetapi kelazimannya juga mereka tidak diasuh memahami dan mendalami apa yang dibaca. Mereka terus-menerus berpegang pada kaedah Baghdadi, yang menganjurkan hafalan demi hafalan. Hasilnya, sering berlaku mereka boleh membaca sekalipun tidak mengenal huruf dan maknanya.
Ini juga perlu diperbetulkan.
Pembelajaran Al-Quran tidak patut lagi dianggap tugas sampingan yang tanggungjawabnya terpikul pada guru agama semata-mata. Ia patut dianggap tugas wajib. Ia perlu mampu dilakukan oleh semua orang.
Langkah untuk menjadikan pengajian Al-Quran sebagai salah satu subjek wajib di peringkat awal persekolahan harus diambil. Anak-anak kecil yang masih suci itu mesti diberi suntikan nilai yang bersifat suci juga, sebelum mereka dicemari oleh pengaruh-pengaruh lain yang bersifat batil.
Dalam melaksanakan tugas ini, kaedah pendidikan dan pengajaran yang betul harus dijadikan keutamaan. Bukan lagi satu rahsia bahawa selama ini kebanyakan kanak-kanak, yang beragama Islam, mempelajari Al-Quran lebih kerana tuntutan keluarga, bukannya kerana minat yang datang daripada dalam diri mereka sendiri.
Faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya keadaan seperti ini ialah, kanak-kanak itu tidak memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Sikap kita yang tidak menitik beratkan pembelajaran bahasa Arab menjadikan kebanyakan kita menjadi seperti burung kakak tua, yang hanya tahu menyebut apa yang diajar, tetapi tidak memahami apa yang disebut.
Tanpa kefahaman sudah pasti tidak akan timbul minat. Dan tanpa kebolehan menguasai bahasa Arab, kefahaman terhadap Al-Quran hanya akan menjadi satu lagi impian.
Langkah untuk membetulkan semua kelemahan ini perlu diambil segera. Usaha-usaha bagi menggalakkan pembelajaran dan penggunaan bahasa Arab, bahasa yang telah diangkat oleh Allah Taala untuk menjadi bahasa Al-Quran, harus segera dipertingkatkan. Jika kita boleh menghabiskan wang, masa dan tenaga yang banyak untuk ‘membantu’ mendaulatkan bahasa Inggeris, kenapa tidak boleh melakukan perkara yang sama bagi mengangkat martabat bahasa kitab suci kita sendiri? Kalau kita berasa kecewa dengan kelemahan anak bangsa kita menguasai bahasa Inggeris, kenapa kita tidak berasa malu apabila anak bangsa kita bersikap bena tak bena terhadap bahasa yang menjadi teras kesucian agamanya? Kalau kita takut bangsa kita tercicir sebab gagal berkomunikasi dengan baik dalam bahasa antarabangsa, mengapa kita tidak gementar melihat mereka tidak dapat menguasai bahasa yang menjadi penghubung antara kita dengan alam yang satu lagi?
Kita sedar bahawa, ada ketikanya, wujud prejudis yang luar biasa di sesetengah kalangan terhadap apa sahaja yang menyangkuti urusan keagamaan. Salah sangka ini tidak hanya berlaku di kalangan bukan Islam, tetapi juga membabitkan orang Islam sendiri. Mereka, dalam keadaan tertentu, cenderung untuk menganggap bahawa Islam tidak banyak menyumbang ke arah kecemerlangan kehidupan.
Salah faham seperti ini boleh diminimumkan jika mereka yang tersilap anggap itu, berkesempatan memahami ilmu Al-Quran. Di dalam kitab suci itu, mereka akan menemui jawapan bagi apa sahaja tanda tanya mereka selama ini. Mereka pasti akan sedar bahawa usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendidik orang Melayu, dan umat Islam, di negara ini mendalami inti pati Al-Quran tidak akan mendatangkan apa-apa kerugian kepada sesiapa, sebaliknya ia akan menyelamatkan kita daripada terus tenggelam dalam keraguan dan kekeliruan.
Pelbagai peristiwa yang telah berlaku ke atas kehidupan umat Melayu, dan Islam, di Malaysia semenjak kebelakangan ini sudah cukup untuk dijadikan isyarat bahawa kita tidak boleh berlengah-lengah lagi. Kedudukan Al-Quran sebagai sumber ilmu dan penyuluh kehidupan tidak harus diperlekehkan. Martabatnya harus diangkat dan dimuliakan. Dalam melaksanakan matlamat itu, sebarang kekhuatiran politik dan polemik kosong mengenainya perlu diketepikan. Islam harus diletakkan di atas segala kepentingan lain. Tidak timbul Islam UMNO, Islam PAS, Islam KEADILAN atau Islam apa pun. Islam sebenar berada di atas semuanya. Ia tidak boleh diletakkan seiring atau di bawah keperluan-keperluan politik, kerana selagi kita berbuat begitu bermakna kita telah mencemari kesuciannya.
Ahli-ahli agama memikul tugas penting bagi membetulkan keadaan ini. Mereka perlu menjadi benteng yang berperanan melindungi kesucian Islam daripada dicabuli oleh sebarang isme politik yang merugikan. Mereka wajib berusaha mencari titik temu yang boleh meletakkan semua umat Islam di Malaysia di sebuah meja bulat. Pertentangan-pertentangan pendapat harus diperbetulkan dengan cara yang penuh hikmah. Persaingan untuk membuktikan Islam mana yang lebih baik dan lebih betul perlu dihentikan. Perlumbaan untuk mencari kesalahan sesama sendiri mesti ditamatkan. Kita tidak perlukan itu semua. Yang kita perlu ialah pembentukan sebuah ukhwah yang kuat. Yang kita mahu ialah kewujudan sikap saling membetulkan bukan saling menyalahkan.
Beberapa tahun sebelum merdeka, kesemua Melayu-Islam di Malaysia pernah bergerak sebagai sebuah pasukan. Sebelum Perang Dunia Kedua pula, golongan nasionalis dan agama sama-sama memainkan peranan untuk menggabungkan Melayu. Ketika itu titik yang mempertemukan mereka ialah keinginan untuk membebaskan diri daripada penjajahan.
Titik temu yang sama sebenarnya masih boleh digunakan. Cerita tentang penjajahan bentuk baru bukanlah dongeng ciptaan untuk menakutkan sesiapa. Proses kolonialisme itu memang sedang berlaku dengan pesatnya. Usaha-usaha ke arah pembentukan sebuah empayar baru yang sangat besar sedang berjalan.
Menanamkan kesedaran di kalangan umat Islam tentang wujudnya ancaman penjajahan ini adalah tugas wajib setiap ulama. Dalam konteks Malaysia, langkah itu bermakna turut melindungi Melayu.
Bagi membangkitkan kesedaran itu, ahli-ahli agama tidak perlu menjadi harimau yang menghamun orang lain atas nama kebenaran. Mereka juga tidak perlu menjadi tekukur yang hanya mengiakan cakap orang demi kerana mahu menjaga kedudukan. Mereka perlu bijak untuk menempatkan diri di antara kedua-duanya. Mereka perlu bijak untuk mencipta persepakatan bukannya pintar memecah-belahkan. Mereka mesti berani kerana benar.
Dalam menginsafi hakikat bahawa kerja ini memang payah, kita juga harus mempunyai keyakinan bahawa ianya mampu dilaksanakan. Allah tidak akan mensia-siakan usaha yang baik. Tetapi usaha yang baik sudah pasti akan terjejas keberkesanannya jika dilakukan secara berasingan untuk kepentingan individu dan kumpulan.
Selain daripada pemimpin dan ahli agama, kumpulan elit Melayu mempunyai tanggungjawab moral yang sangat besar bagi melaksanakan misi menyelamatkan bangsa ini. Mereka mempunyai keupayaan, fizikal dan mental, untuk memandu anak bangsa mereka ke hadapan. Mereka harus ingat bahawa mereka tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang kalau bukan kerana mereka Melayu, dan jika bukan kerana berpeluang menggunakan Hak Keistimewaan Melayu. Ertinya, banyak atau sedikit, mereka terhutang pada setiap Melayu. Hutang itulah yang perlu dilunaskan.
Umumnya, Melayu marhain tidak mengharapkan sedekah material daripada kumpulan Melayu elit Itu. Meminta-minta bukan perangai Melayu. Nenek moyang Melayu berupaya meneroka dan memugar belantara tanpa perlu bergantung pada subsidi daripada sesiapa. Yang mereka perlukan cuma peluang dan kesempatan.
Terlalu banyak yang boleh disumbangkan oleh golongan Melayu elit ini. Ilmu dan pengalaman mereka sahaja sudah menjadi aset yang amat berharga, dan akan berkali ganda menjadi lebih berharga, jika bersedia dikongsi dengan anak bangsa sendiri. Inilah yang sering dilakukan oleh golongan elit bukan-Melayu. Mereka mencari kejayaan dan kekayaan, kemudian mengagihkannya dalam pelbagai bentuk, nyata dan tidak nyata, kepada kaum mereka. Sebaliknya, inilah pula yang jarang dilakukan oleh elit Melayu. Mereka bagaikan takut hendak berkongsi dengan bangsa sendiri. Mereka seakan bimbang perkongsian itu akan menyebabkan Melayu lain menjadi lebih besar dan lebih hebat daripada mereka. Sebaliknya, mereka tidak bersikap begitu apabila berkongsi dengan orang lain. Mereka tidak bimbang terhadap kemungkinan orang lain yang menjadi rakan kongsi mereka itu lebih berjaya. Entah siapa yang mengajar mereka sehingga percaya bahawa merelakan kejayaan orang lain itu lebih mulia daripada mendoakan kejayaan bangsa sendiri.
Elit Melayu jenis ini adalah elit yang sakit. Keadaan mereka tidak banyak bezanya dengan bohsia dan bohjan di kaki lima. Mereka tidak menyumbang apa-apa kepada bangsa selain daripada contoh buruk yang berterusan.
Tanpa perlu menamakan mana-mana pihak, kita berharap benar supaya setiap organisasi yang dianggotai oleh kumpulan elit Melayu bergerak seiring dan bersepadu untuk menangani isu besar ini. Mereka tidak perlu memulakannya daripada bawah, tetapi boleh melakukannya dari atas. Sebagai idola bangsa, pada setiap masa mereka sentiasa menjadi contoh dan teladan. Tiap yang mereka lakukan akan menjadi perhatian. Jadi adalah menjadi kewajipan mereka untuk saling mengingatkan sesama sendiri supaya hanya melakukan yang terbaik dan yang baik-baik, bukannya mempamerkan keserekahan dan haloba yang berterusan. Mereka sesama mereka perlu mengikis hasad dan iri hati.
Sumbangan yang berbentuk moral begitu adalah lebih besar manfaatnya daripada sumbangan berunsur material. Memang benar, setiap yang bersifat material itu penting. Tetapi sumbangan material itu tidak akan memberi sebarang erti jika sekadar dijadikan perisai untuk melindungi keruntuhan moral si penyumbang, atau lebih buruk lagi jika dijadikan umpan untuk memancing projek menjual bangsa.
Komitmen pemimpin yang baik, peranan alim ulama yang bertanggungjawab dan sumbangan elit Melayu yang menginsafi nasib bangsanya masih berpotensi untuk menjadi kerja yang sia-sia jika semua manusia Melayu di peringkat akar umbi tidak memberi reaksi balas yang betul.Ini bermakna tanggungjawab kita, Melayu yang bukan pemimpin, bukan ahli agama dan bukan elit, juga sama besarnya dengan kewajipan mereka. Sebagaimana telah ditegaskan berkali-kali, kitalah penentu hala tuju dan masa depan kita. Kitalah yang akan menentukan sama ada Melayu akan terus tegak bersama ketuanannya atau akan perlahan-lahan hilang daripada senarai bangsa-bangsa utama di dunia.
Kita perlu bangkit. Perlu bergerak. Lontarkan jauh-jauh tabiat lama. Keluarkan diri daripada cengkaman kemalasan, dengki khianat, iri dan kesumat. Tinggalkan tabiat suka berhutang dan malas membayar hutang. Lupakan kebiasaan berfoya-foya, mengada-ngada dan meminta-minta. Berusahalah dengan sungguh-sungguh tanpa mengharap payung dan pelindung. Tidak mengapa kalau sedikit tamak, tetapi janganlah sampai menjadi haloba. Jadikan yang sebangsa itu kawan bukannya lawan. MULAKAN DARI SEKARANG!

Awasi Agenda Yahudi !!! Awasi Agenda Yahudi Berselindung Di Sebalik BERSIH


 

 

Prof Madya Dr Sulaiman Noordin mengingatkan umat Islam di Malaysia agar berhati-hati dengan agenda Yahudi yang berselindung di sebalik NGO, BERSIH dalam meniupkan gelombang ‘people power’ (Kuasa Rakyat) untuk menimbulkan suasana ketidakstabilan di negara ini. Menurutnya slogan yang dicetuskan oleh NGO BERSIH berasaskan hak asasi manusia yang berpaksikan pemikiran manusia, ditiru dari Revolusi Perancis yang mengunakan slogan cogan kata “Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan.”
“Kalau kita lihat daripada segi syariat (Islam), ia (slogan hak asasi manusia itu) bukan berasaskan syariat…ayat Al Quran memberi isyarat (yang jelas) bahawa hak asasi yang pertama adalah hak asasi Allah. Selepas itu (baru) datang hak asasi bagi manusia.
“Hak asasi manusia dicipta oleh orang mulhid, (iaitu) orang yang tidak percaya kepada Allah, yakni hak-hak Allah….Di Malaysia, terang-terang yang menjadi ketua hak asasi ini adalah seorang mulhid yang bernama Ambiga Sreenevasan yang kononnya mempertahankan demokrasi dan mempertahankan pilihanraya bersih”.  Katanya ketika diwawancara oleh abuaqif.
Dr Sulaiman yang juga bekas Pengarah Pusat Pengajian Umum UKM berkata gerakan BERSIH di Malaysia bukannya entiti yang berasingan, sebaliknya merupakan satu gerakan yang tersusun di seluruh dunia dan Asia Tenggara yang menggunakan slogan ‘people power’ dan diterjemahkan mengikut kesesuaian sosial-budaya negara tersebut.
“Lihat betul-betul sejarah penubuhan BERSIH ini….BERSIH pun ada di Filipina, di Thailand, dan di Indonesia (meskipun namanya berbeza). Di sana dinamakan ‘people power’ iaitu ‘kekuatan rakyat’.
“Yang lebih bahaya lagi pertubuhan bersih di Filipina atau Thailand dibantu oleh pertubuhan (yang) namanya NED, National Endowment for Democracy. Yang sebenarnya (NED) adalah satu pertubuhan topeng bagi CIA.
“(Selepas itu) NED memberi wang kepada topengnya yang kedua (yang) namanya, NDI (National Democracy Institute), iaitu cawangan daripada NED.
“NDI dikepalai oleh Madeline Al Bright dan kawannya Soros dan ada tokoh-tokoh Yahudi yang lain.
“Rakyat Malaysia sudah tahu, bahawa dua tokoh itu, Madeline Albright dan Soros (adalah) penyokong kuat PKR (sejak dari) tahun 1990-an”, katanya.
Menurutnya, perkara ini bukan lagi menjadi rahsia kerana telah didedahkan oleh seorang bekas pegawai CIA, bernama Phill Agee yang mendedahkan bagaimana operasi CIA menguasai sesebuah negara melalui proses manipulasi dan penyaluran wang kepada NGO untuk mewujudkan suasana tidak stabil atau revolusi dalam negara tersebut. Klik di sini
Dalam melaksanakan operasi itu menurut Phill Agee, CIA menggunakan taktik menaja topeng NGO.
Misalnya penubuhan NAMFREL di Filipina yang akan menyalurkan dana kepada NGO-NGO tempatan lain yang bertopengkan slogan hak asasi manusia.
NAMFREL bernaung di bawah badan naungan untuk kawasan Asia yang dikenali sebagai ANFREL, manakala ANFREL pula bernaung di bawah badan induk yang berpengkalan di Amerika Syarikat yang dikenali sebagai IRI dan NDI yang merupakan sub-komponan kepada NED.
Begitulah modus operasi CIA yang mengunakan kaedah topeng yang berlapis-lapis supaya kegiatannya tidak dapat dikesan.
Dalam konteks Malaysia, CIA melalui topengnya NED menyalurkan kewangan kepada NDI dan IRI. NDI dan IRI ini pula menyalurkan wang kepada ANFREL dan NGO tempatan termasuk MAFREL, NIEI, SUARAM, Merdeka Centre, Malaysiakini, ICJ, SEAPA dan sebagainya.
Menurut Phill Agee, sebelum NED ditubuhkan CIA menyalurkan dana kepada yayasan Kristian Jerman seperti Konrad Adenauer Stiftung (KAS) atau Konrad Adenauer Foundation (KAF), manakala KAS atau KAF pula menyalurkan dana kepada NGO tempatan seperti IKD di Malaysia.
Phil Agee terkenal dengan bukunya, “Inside the Company: CIA Diary” yang diterbitkan pada tahun 1975. Maklumat yang ditulisnya dalam buku itu mendapat inspirasi kepada penulisan majalah, buletin yang berbentuk penyiasatan.
Pendedahan Agee ini menyebabkan Ahli-ahli Kongres Amerika Syarikat telah meluluskan satu undang-undang ‘Intelligence Identities Protection Act of 1982′ yang menghalang mana-mana bekas pegawai risikan CIA mendedahkan rahsia kepada umum.
Berdasarkan pendedahan Phill Agee itu, Dr Sulaiman menyoal dari mana sumber kewangan NGO BERSIH yang sudah pasti memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk menguruskan operasinya di Malaysia.
“Kononnya Bersih ini untuk menjaga kebersihan pilihanraya, tetapi siapa yang membantunya ? Mana datang kekuatannya, kalau tidak dari NED yang menjadi topeng CIA ?
“Sekarang ini NED telah diluluskan oleh parlimen (Kongres Amerika Syarikat) untuk menyalurkan wang secara terang-terangan kononnya untuk membantu hak asasi rakyat. Tetapi Amerika sendiri secara terang-terangan membantu Israel dengan wang dan alat perang mencecah billion setiap tahun untuk menegakkan negara Israel.
“Terang-terangan Israel melanggar hak asasi umat Islam selama 50 tahun tanpa tentangan daripada Amerika dan United Nation. Inilah orang yang menaja NED yang menyalurkan wang kepada NGO memelihara pilihanraya kita,” katanya.

Mari Bongkar Penipuan YAHUDI




Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.
Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...



Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. 

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal  mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen wanita.  soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. 

Rahsia Serangan Tangan Dajjal (hidden hand) Bencana Serangan Liberalis, Mampukah Malaysia Bertahan?




Tangan Dajjal (hidden hand)

Apa tanggung jawab anda dalam menghalang "FITNAH" ini dari menghancurkan ummah? Ia tak ubah sebagai salah satu FITNAH DAJJAL yang sedang menular dengan rakusnya sehingga para ulama pun kehilangan cara untuk menahannya.
Kita perhatikan, apabila ia dikatakan sebagai "Fitnah Dajjal" maka ada diantara kita akan segera menafikannya. Sebab apa mereka nafikannya? Sebab ia tidak menguntungkan mereka barangkali. Atau mereka sudah pun terhasut dan sedang berada dibawah naungannya. 
Malapetaka ini tidak mempamirkan bahangnya sebagaimana gunung berapi. Ia tersembunyi secara rahsia di sebalik agenda lain. Wayang dipertontonkan bagi menghalang agar kewujudannya tidak terzahir secara nyata kepada masyarakat. Malangnya ada ulama yang berpengaruh telah tahu mengenainya tetapi sengaja mendiamkan diri demi cita-cita tersembunyi. Sesuatu yang amat mengecewakan. Di sinilah terselindungnya ujian maha dahsyat ini. Memaut dan mengheret banyak jiwa yang tidak berdosa untuk ikut bersubahat.
"Dajjal memiliki gunung roti ketika manusia sedang kelaparan". Mungkin ada yang dapat memahami makna tersirat ini. Akibat gagal dalam ujian ini, akan tenggelamlah mereka dalam kekufuran. Mungkin kita masih dapat bertahan, bagaimana dengan anak dan cucu kita nanti?
Suatu hari nanti mungkin dalam masa terdekat, agenda mereka akan dihalalkan. Ia bakal diangkat sebagai "kebebasan sejagat" apabila pendokongnya mempunyai kuasa. Pada waktu itu, penularannya sudah pasti tidak dapat dibendung lagi. Nasi sudah bercampur najis, jika ia setakat menjadi bubur masih lagi dapat kita jamah walaupun tak sesedap nasi.

 

LIBERAL, LIBERALIS, ISLAM LIBERAL dan LIBERALISMA DI MALAYSIA

Golongan ini semakin menonjolkan diri semenjak peristiwa 11 September 2001, ketika umat Islam dilanda krisis dan fitnah yang dilemparkan oleh Barat dan pendokong-pendokong mereka. Ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh, cuba menjadi wira dengan memperkenalkan “moderate muslim”, kononnya bagi menunjukkan ajaran Islam itu ramah (Islam baru yang lebih ramah), walhal agama Islam sudah sememangnya ramah dan sememangnya bersifat wasatiyah. Mereka bukanlah meramahkan Islam sebaliknya meremehkan hukum dan ketetapan Islam itu sendiri. Semestinya golongan ini mendapat pengiktirafan dan sumbangan dari Barat sama ada dari segi peruntukan dan sebagainya.

Siapakah mereka?

Mereka ialah pendokong dan penganut Islam Liberal yang menjadikan ideologi liberalisme sebagai pegangan mereka.

Umat ini memang ditimpa pelbagai masalah dan musibah, tetapi penyelesaiannya bukanlah dengan mengimport ideologi-ideologi kufur yang bertuhankan selain Allah ataupun menempelkan ideologi-ideologi ini pada Islam. Bahkan mereka menjadikan Islam semata-mata sebagai “cosmetic make-up” bagi mengaburi mata umat, sedangkan di sebaliknya mereka membawa satu agenda Kristianisasi yang sangat halus. Kristianisasi ini bukanlah semata-mata mengkristiankan orang Islam, tetapi sudah cukup dengan mengeluarkan orang Islam daripada pegangan mereka yang asal.

Saya tidak ingin merungkai panjang sejarah asal liberalisme, tetapi kita perlu mengetahui bahawa liberalisme adalah kesinambungan sekularisme iaitu pengasingan agama daripada pengurusan pemerintahan dan kehidupan. Liberalisme ialah ideologi yang lebih “advance” iaitu manusia mempunyai kebebasan mutlak dalam tingkah laku mereka tanpa terikat kepada undang-undang atau penetapan dan meletakkan neraca akal dan logik melebihi segala-galanya termasuk neraca wahyu. Kebanyakan penganut Islam Liberal menggelarkan diri mereka sebagai reformis dan golongan ‘renaissance’ yang kononnya membawa perubahan pada masyarakat, padahal mereka hanya meruntuhkan sesuatu yang sudah kukuh tanpa membina sesuatu yang baru. Secara ringkasnya mereka hanya ada kemahiran meruntuhkan tanpa kemahiran membina.

Jika kita menyingkap kembali isu-isu yang berlaku di sekitar tahun 2012 di Malaysia, daripada isu murtad dan kristianisasi hinggalah isu kemasukan tokoh liberal ke negara ini, dapat kita lihat corak dan strategi mereka yang akan menangguk di air yang keruh, berusaha mempamerkan diri mereka sebagai penyelamat dan penyelesai masalah bahkan menggambarkan pihak berautoriti agama sebagai pihak yang bersalah. Antaranya dalam isu LGBT, Erykah Badu, Hamzah Kashgari, Irshad Manji dan isu terbaru berkenaan gerakan Syiah di Malaysia.

Jika diteliti kenyataan-kenyataan mereka khususnya Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap isu-isu berkenaan, mereka sering memetik dan menterjemahkan ayat 256 daripada Surah al-Baqarah yang bermaksud, “Tiada paksaan dalam urusan agama,” dan menggunakan ayat ini bagi menyokong slogan “freedom of speech” iaitu kebebasan suara. Sedangkan ayat ini sebenarnya bermaksud, “Tiada paksaan dalam menganut agama Islam”, dan ayat ini ditujukan kepada golongan bukan Islam yang mana mereka tidak boleh dipaksa untuk menganut agama Islam. 
Bagi penganut Islam pula, setelah menganut agama Islam, mereka perlulah mengikuti dan mentaati perintah arahan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan terikat kepada peraturan dan undang-undang Islam. Kebebasan bersuara melebihi sempadan syara’ bukanlah suatu yang bersifat moderat bahkan ekstrim dalam bersuara, sehingga ke tahap menafsirkan Al-Qur’an sesuka hati mengikut nafsu mereka. 
Neraca mereka bukanlah Al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ Ulamak dan Qiyas lagi, tetapi ‘sunnah’ Human Right Watch dan Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Antarabangsa (Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948). Bahkan sewenang-wenangnya berijtihad menggunakan dalil-dalil syaral dengan menggunakan logik akal tanpa berpandukan kaedah-kaedah syarak yang betul dan syarat-syarat yang telah ditentukan.


Siapa di sebalik mereka?

Jika dilakukan sedikit kajian, di sebalik golongan Islam Liberal ini terdapat pemikir-pemikir barat seperti Cheryl Benard, Benard Lewis, Richard Nixon dan beberapa orang lagi yang sebahagian besarnya terlibat dalam penafsiran Islam Liberal. 
Usaha pembiayaan golongan liberal ini juga berjalan secara terancang bagi mengangkat golongan ini di mata dunia. Setelah Barat memecahkan umat Islam kepada kelompok ‘fundamentalist’ dan ‘moderate’ mengikut tafsiran mereka sebelum ini, mereka cuba mencipta pecahan kelompok Islam yang baru iaitu Islam Liberal dengan menggunakan nama Moderate Islam, yang mana diangkat sebagai Islam yang dikatakan sederhana dan melabelkan golongan fundamentalist sebagai golongan yang ekstrim dan radikal.
Mengikut laporan tahunan 2010 oleh National Endowment of Democracy (NED) yang diterbitkan pada Ogos 2011, terdapat beberapa organisasi di Malaysia yang menerima dana yang dibiayai mereka bagi mempromosi usaha-usaha demokrasi yang selari dengan objektif NED (Amerika Syarikat), antaranya media online seperti Malaysiakini, dan badan NGO hak asasi manusia seperti SUARAM. 
Pembentukan golongan moderat ini bagi membentuk persekitaran politik dan undang-undang di negara Islam seperti yang dicita-citakan oleh Barat, mengikut acuan mereka.

Umat Islam perlu melihat permasalahan ini dari sudut pandangan yang lebih luas dan dalam, tanpa terperangkap dalam kotak pemikiran yang sempit termasuk melalui perspektif politik kepartian. Kita perlu sedari bahawa peperangan sekarang ialah peperangan arus globalisasi, antara Arus Globalisasi Barat dan Arus Globalisasi (‘Alamiyah) Islam. Arus mereka berpadu dan bersepakat dalam mengikis jati diri umat Islam termasuklah umat Islam Melayu di Malaysia. 
Penting bagi pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat untuk menilai apakah aulawiyat (keutamaan) semasa, dalam menjaga kepentingan orang Melayu selaku majoriti umat Islam di negara ini. Kesepakatan tanpa kompromi amatlah perlu dalam membendung ideologi-ideologi ini. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia atas usaha beliau meletakkan Agenda Islam Dalam Transformasi Negara dan juga jaminan yang diberikan bahawa LGBT, liberalisme dan pluralisme tidak akan mendapat tempat di negara ini. Begitu juga cadangan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS agar penetapan Islam sebagai cara hidup diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia.

Komitmen semua pihak, tidak kira pihak kerajaan, pembangkang, kerajaan-kerajaan negeri, pentadbiran pusat dan negeri, agensi-agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, tokoh-tokoh masyarakat serta seluruh rakyat dan warganegara tanah air tercinta ini untuk memelihara serta mengukuhkan lagi kedudukan agenda Islam di dalam negara menjadi satu jaminan dan imunisasi awal ke arah melihat kedudukan Islam akan terus terpelihara buat generasi akan datang.

Rujukan :
Demokrasi liberal: Strategi penjajahan baru Barat di dunia Islam (Siri 2),http://www.ismaweb.net/v4/2012/06/demokrasi-liberal-strategi-penjajahan-baru-barat-di-dunia-islam-siri-2/
Khalif Muammar, Atas Nama Kebenaran, Tanggapan Kritis Terhadap Wacana Islam Liberal, Edisi Kedua.(2009). Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia:Bangi.


Oleh: Muslim Bin Abdullah Zaik

Perkara ini juga pernah dibincangkan oleh akhbar PAS, Harakah. Semoga semua umat Islam sekata menghalang perkembangan tidak sihat ini dari menghancurkan dunia Islam. PAS tahu PKR menjadi penaja pergerakan berkaitan Islam Liberal dan Liberalisma, namun terpaksa memendam rasa demi kepentingan politik dan mengelak kontroversi.

Masih belum jelas apa pandangan rasmi pemimpin PAS mengenai isu ini. Belum ada sanggahan hebat dari mereka terhadap penglibatan PKR secara langsung dalam menjayakan program LGBT, Pluralisma dan Islam Liberalini. Semoga pemimpin akan lebih terbuka dalam usaha menghalang berleluasanya pengaruh Islam Liberal di Malaysia.

Kita harus sedar semuanya akibat kealpaan kita melihat perkara ini dengan serius. Sebahagian besar dari umat Islam Malaysia berada dalam bahaya. Bermula dari terpengaruh dengan Wahhabi dan kini mula menyeberangi sempadan menyokong Islam Liberal pula.

Kerajaan perlu lebih bersungguh-sungguh menjaga agama Islam dari dicemari oleh anak buah Zionis ini. Apa yang kita harapkan mereka yang terlibat menjahanamkan agama mulia ini disiasat dan dihukum. Oleh itu sangat penting bagi kita semua menyeru agar UMNO, PAS dan JATI bersatu dalam menangani ancaman mereka. Keikhlasan mereka akan dinilai oleh Allah swt.

:



Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

Thursday, September 20, 2012

Polis tahan gadis pakai seluar ketat




SEORANG anggota polis pencegah maksiat (kanan) memberi nasihat kepada beberapa wanita (dua dari kiri) kerana memakai pakaian ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

BANDA ACEH - Seorang gadis yang hanya dikenali sebagai Yuli berjanji akan memakai pakaian bercirikan keislaman selepas dia ditahan oleh polis pencegah maksiat di sini baru-baru ini."Saya berjanji akan membeli pakaian yang lebih bercirikan keislaman," katanya yang ditahan ketika sedang menunggang motosikal.
Dia menunjukkan reaksi kesal semasa ditahan oleh seorang anggota polis lelaki.
Semasa ditahan, dia memakai seluar jean ketat dan blaus yang dianggap tidak mencerminkan pakaian Muslim.

SEORANG wanita yang menunggang motosikal ditahan kerana memakai seluar ketat di Banda Aceh pada Disember lalu.

Pasukan polis itu mempunyai 1,500 anggota termasuk 60 wanita.Dalam operasi yang dilakukan polis itu, sebanyak 18 wanita ditahan kerana memakai pakaian terlalu ketat dan baju yang menunjukkan bentuk tubuh badan mereka.
Seramai tiga lelaki ditahan kerana memakai seluar pendek.
"Kita perlu menghormati undang-undang syariah yang telah diguna pakai oleh pemerintah wilayah dengan menetapkan wanita cuma boleh menunjukkan wajah dan tangan mereka," kata ketua polis maksiat itu, Hali Marzuki
Kata Aku: Syabas Aceh..Teruskan perjuangan anda..Insyaallah, kami juga bakal menyusul menegakkan hukum Allah S.W.T..

Innocence of Muslims - Apa Kesudahannya?



Beberapa hari lalu, sebuah filem yang menghina Islam diterbitkan. Nilai filem sampah tersebut adalah sebanyak 5 juta USD dan dikatakan ditaja oleh 100 orang Yahudi. Filem tersebut telah menimbulkan kemarahan umat Islam sedunia dan kekecohan telahpun berlaku.

Filem tersebut bukan saja menghina batang tubuh Nabi Muhammad SAW, bahkan filem tersebut juga menghina agama Islam dan para sahabat. Antaranya adalah tuduhan dan fitnah adalah:
1. Nabi Muhammad SAW sebagai pedophile
2. Nabi Muhammad SAW dan Saidina Umar r.a. sebagai gay
3. Islam menghalalkan pembunuhan sesuka hati
4. melakonkan adengan persetubuhan Nabi yang sangat mengjengkelkan
5. melakukan rompakan
6. melanggar perjanjian, dan banyak lagi fitnah dan tuduhan tanpa bukti.

FIlem fitnah ini sama sekali telah mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia. Ada yang melakukan protes mengikut emosi, dan ada juga yag melakukan protes dengan lebih intelektual dengan mengedarkan buku untuk menangkis semula tuduhan dan fitnah yang telah dilemparkan.


Nak dijadikan cerita, konsulat Amerika di Libya telah mati dibunuh oleh penunjuk perasaan. Secara tak langsung, umat Islam sendiri telah 'membenarkan' isikandungan yang terkandung dalam video tu. Dalam filem tu, mereka menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai pembunuh, dan 'telah digambarkan' secara real oleh umat Islam di alam realiti. Ternyata mereka telah membunuh orang yang salah dan memberi impak negatif terhadap Islam. Ada yang menyatakan, "filem tidak membunuh, tetapi umat Islam membunuh orang".

Jadi, apa sebenarnya yang kita dapat hasil daripada filem ni sebenarnya?

1. umat Islam terus dilabel pengganas dengan insiden-insiden mengikut emosi
2. isu perang di Syria dilupakan dan Bashar al-Asad terus membunuh
3. menunjukkan media Yahudi berjaya membuat umat Islam mengikut rentak emosi

Sebenarnya, isu penghinaan terhadap Islam telah lama berlaku. Yang bertindak hanyalah rakyat yang begitu cintakan Rasulullah SAW. Para pemerintah hanya sekadar bertindak mengikut haluan defensif, bukan ofensif. Mereka hanya sekadar mengutuk, mengecam, dan menyekat video tersebut di laman YouTube. Jadi, adakah masalah ini selesai hingga ke akar umbi?

Dengan kekuatan tentera yang ada, para pemimpin umat Islam hari ini hanya berdiam diri dan tidak melancarkan jihad sebagai jawapan. Sedangkan, hanya jihad (perang) adalah satu-satunya jawapan untuk menjawab penghinaan terhadap Islam. Segala kelengkapan perang hanya disimpan dan untuk dipamerkan semasa ada pertunjukan sahaja. Alahai jumudnya pemikiran ni! Buat satu analogi, Real Madrid membeli Cristiano Ronaldo dari Manchester United, tapi hanya meletakkan beliau di bangku simpanan. Bukankah itu satu tindakan bodoh yang langsung tidak berfungsi untuk merobek-robek gawang pihak lawan? Macam tu lah situasi yang berlaku hari ini. Apabila Islam dihina, para pemerintah hanya berdiam diri dan hanya tahu untuk mengutuk saja.

Lembaran sejara telahpun menukilkan, Sultan Abdul Hamid dengan tegasnya akan menjawab penghinaan terhadap Nabi SAW hanya dengan jihad:

Suatu ketika dahulu, Perancis pernah merancang untuk mengadakan pementasan drama yang diambil dari hasil karya Voltaire. Dramanya bertemakan “Muhammad atau Kefanatikan”. Di samping mencaci Rasulullah, drama tersebut turut menghina Zaid dan juga Zainab. Ketika Khalifah Abdul Hamid mendapat tahu tentang hal tersebut, melalui dutanya di Perancis, beliau segera memberikan amaran kepada pemerintah Perancis supaya menghentikan pementasan drama tersebut serta-merta. Beliau mengingatkan bahawa Perancis bakal berhadapan dengan tindakan politik jika tetap meneruskan pementasan tersebut. Pemerintah Perancis akhirnya tunduk dan membatalkan pementasan tersebut.

Tidak berhenti di situ, perkumpulan teater tersebut kemudiannya berangkat ke Britain. Mereka merencanakan untuk mengadakan pementasan yang sama di Britain. Sekali lagi, Khalifah Abdul Hamid yang mendapat tahu akan hal itu, terus memberi amaran kepada Britain. Britain dengan angkuhnya tidak melayan amaran tersebut. Alasannya, tiket sudah habis terjual dan jika dibatalkan drama tersebut, ini bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) yang dianutinya. Wakil Khilafah Uthmaniyyah di sana kemudian menegaskan kepada pemerintah Britain bahawa Perancis telah pun membatalkan acara tersebut sekalipun sama-sama mendukung kebebasan sebagaimana Britain. Pihak Britain justeru menjawab bahawa kebebasan yang dinikmati rakyatnya jauh lebih baik daripada apa yang ada di Perancis. Setelah mendengar sikap Britain yang demikian, sang Khalifah terus memberi amaran, “Aku akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengatakan bahawa Britain sedang menyerang dan menghina Rasul kita. Aku akan mengobarkan jihad al-akbar!”. Melihat keseriusan Khalifah dalam menjaga kehormatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tersebut, pemerintah Britain terus terdiam dari ‘cakap besar’nya tentang kebebasan, dan pementasan drama itu pun dibatalkan [Lihat: Majalah al-Wa‘ie, No. 31, 2003].

Jika penguasa yang ada sekarang masih beriman kepada Allah dan RasulNya, maka mereka juga mesti mengambil sikap sebagaimana Khalifah Abdul Hamid ini. Sesungguhnya telah jelas bagi umat Islam bahawa tidak ada hukuman lain bagi penghina Rasulullah kecuali mati. Imam asy-Syaukani menukil pendapat para fukaha, antara lain pendapat Imam Malik, yang mengatakan bahawa orang kafir zimmi seperti Yahudi, Nasrani dan sebagainya yang menghina Rasulullah, maka wajib dijatuhi hukuman mati, kecuali jika mereka bertaubat dan masuk Islam. [Sumber dan cerita penuh]

Wednesday, September 19, 2012

Persoalan Solat Jamak Qasar



Ramai di kalangan kita masih was2 berkenaan solat jamak dan qasar termasuklah saya sendiri.. jadi saya sertakan petikan blogkeranacinta berkenaan dengan persoalan solat jamak dan juga qasar untuk rujukan bersama. harap kita sama2 mendapat manfaat dari petikan ini. =)


Bolehkah Solat Jamak Qasar di Kampung Ibubapa?

Ummu Abbas: Wa’alaikum salam warahmatullah Sakinah. Terima kasih atas doanya. Semoga Sakinah dan keluarga juga diberi kesihatan yang baik, iman yang tetap dan bahagia selalu.
Saya ada beberapa soalan kak..
1. Saya dan suami tinggal rumah di Johor. Suami kerja sini. Maksudnya inilah rumah kami menetap kan? Rumah (kampung) asal suami di Penang. Kalau kami balik Penang, di rumah saya boleh buat solat jamak. Suami saya boleh ke?
Jawapan: Tempat bermukim bergantung kepada niat kita. Jika kita memang tinggal dan bekerja di Johor, maka itulah tempat kita bermukim. Selain tempat bermukim, kita diharuskan menunaikan solat Jamak dan Qasar apabila melebihi 2 marhalah (kira-kira 96 kilometer). Oleh sebab itu, Sakinah dan suami boleh menunaikan solat Jamak Qasar di Pulau Pinang walaupun ia rumah asal suami. Tempat yang sudah ditinggalkan dan menetap di tempat lain tidak lagi dianggap tempat bermukim.
2. Kalau saya balik rumah ibubapa di Sabah, boleh ke saya solat jamak di rumah?
Jawapan: Berdasarkan keterangan yang sudah dinyatakan di atas, boleh solat Jamak Qasar di rumah ibubapa di Sabah.
Namun perlu diingat, syarat sah Jamak Qasar di mana-mana tempat kita bermusafir ialah jika berniat tinggal kurang dari 3 hari.  Jika kita berniat menetap lebih dari 3 hari, maka tidak harus solat Jamak Qasar apabila sampai ke tempat tersebut.
Jika kita tidak tahu berapa hari kita akan tinggal di sesuatu tempat, maka kita dibolehkan solat Jamak Qasar sepanjang masa kita berada di sana.
 3. Misalnya saya pergi ke KL tinggal di bilik sewa selama 30 hari. Saya dah nak balik ke Johor lah, bas saya bertolak pukul 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim maghrib dan isyak di bilik sewa itu atau perlu buat di tempat pada jarak tertentu?
Jawapan:  Boleh solat Jamak Qasar di bilik sewa itu semasa hari berangkat untuk pulang ke tempat bermukim kerana ia hanya tempat menginap sementara dalam musafir.  Ia bukan tempat bermukim atau tempat mastautin.
Apa pun, bagi 1,2 dan 3 di atas terdapat khilaf pendapat.  Ada yang mengatakan tidak boleh solat jamak qasar di kampung asal.  Boleh rujuk http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/2008/12/solat-jamak-qasar-di-kampung-sendiri.html.
4. Kalau saya belajar dan tinggal di asrama USM 3 tahun. Malam itu saya nak ke KL, bas bertolak 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim di dalam bilik saya?
Jawapan: Asrama tempat belajar dikira tempat mastautin. Jadi perlu keluar dari kawasan untuk menunaikan solat Jamak Qasar. Ia berbeza dengan bilik sewa di atas kerana bilik itu disewa untuk jangka masa pendek sahaja.
5. Niat jamak orang ajar “sahaja aku solat isyak fardu jamak takdim ke dalam waktu maghrib qasar 2 rakaat kerana Allah ta’ala”. Panjang sangat.. daripada kawan2 yang mengambil peluang untuk memberi ilmu kepada saya masa mula2 masuk Islam, saya pasti ramai yang buat niat begitu.. Bukan ke susah..
Bukan ke hanya cukup terlintas dalam hati ketika takbir “isyak fardu jamak takdim qasar” ? Jumlah rakaat dan kerana Allah ta’ala bukanlah yang wajib ada dalam niat tapi buat pun boleh. Dari bacaan buku formula solat sempurna ustaz zaharuddin begitulah saya faham dan juga kelas dan bengkel solat yang pernah saya ikut. Boleh kak jelaskan?
Jawapan: Benar apa yang difahami oleh Sakinah. Niat ialah lintasan dalam hati untuk menunaikan sesuatu. Ia tidak perlu disusun ayat yang panjang-panjang hingga susah mengingatinya, apatah lagi menyebutnya. Islam adalah agama yang mudah dan mempermudahkan ummatnya.

Ù…َا ÙŠُرِÙŠْدُ اللّٰÙ‡ُ Ù„ِÙŠَجْعَÙ„َ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù…ِّÙ†ْ Ø­َرَجٍ ÙˆَّÙ„ٰـكِÙ†ْ ÙŠُّرِÙŠْدُ Ù„ِÙŠُØ·َÙ‡ِّرَÙƒُÙ…ْ Ùˆَ Ù„ِÙŠُتِÙ…َّ Ù†ِعْÙ…َتَÙ‡ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَØ´ْÙƒُرُÙˆْÙ†َ‏

Maksudnya;
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia mahu membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. –Al-Maidah; Ayat 6-
Muhammad Nasiruddin al-Albani berpendapat melafazkan ‘sahaja aku solat’ merupakan bid’ah yang bukan bersumber daripada Rasulullah s.a.w. Cuma ulama berselisih pendapat adakah ia bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) atau bid’ah sayyi’ah (bid’ah yang buruk). Pendapat ini didasarkan kepada dua hadis berikut.
Adapun menetapkan niat dengan menyebut ‘lillah’ atau kerana Allah adalah perlu bagi membezakan kita melakukan ibadah semata-mata keranaNya. Jika tidak melafazkannya, dibimbangi niat kita terpesong untuk perkara lain.
Boleh juga niat seperti ini yakni niat pertama, “Solat jamak taqdim maghrib dan isyak”. Semasa mahu mengangkat Takbiratul Ihram solat Maghrib, niatkan secara khusus untuk solat tersebut, “Solat maghrib 3 rakaat kerana Allah”. Selepas salam solat Maghrib, bangun untuk Takbiratul Ihram solat Isyak dan berniat, “Solat Isyak qasar kerana Allah”

Ilmu Tekhnologi Islam Yang Terbuang Sia-Sia



Salah satu keagungan ni’mat yg dikaruniakan Allah bagi umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam ialah ni’mat ilmu pengetahuan dan teknologi. Kemajuan sains dan teknologi telah memberikan kemudahan-kemudahan dan kesejahteraan bagi kehidupan manusia sekaligus merupakan sarana bagi kesempurnaan manusia sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya krn Allah telah mengaruniakan anugerah keni’matan kepada manusia yg bersifat saling melengkapi yaitu anugerah agama dan keni’matan sains teknologi. Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua sosok yg tidak dapat dipisahkan satu sama lain. Ilmu adl sumber teknologi yg mampu memberikan kemungkinan munculnya berbagai penemuan rekayasa dan ide-ide. Adapun teknoogi adl terapan atau aplikasi dari ilmu yg dapat ditunjukkan dalam hasil nyata yg lbh canggih dan dapat mendorong manusia utk berkembang lbh maju lagi.

Salah satu contoh pengembangan teknologi dalam Islam adalah ditemukannya penerapan teori-teori fisika dalam menentukan arah waktu dengan membuat jam melalui mekanisme gerak (escapement) air raksa, yang dibuat oleh al-Muradi pada abad ke 11 M. Termasuk Ridwan dan al-Jazary juga membuat jam dari gerakan air yang disambungkan dalam gir-gir bersegmen dan episiklus. Kincir air untuk mengambil air dari saluran yang lebih rendah untuk dinaikkan ke lokasi yang lebih atas, juga telah biasa digunakan di Murcia Spanyol, dan contohnya masih berfungsi sampai abad ke 13 M.
Tetapi sangat disayangkan bahwa kemajuan-kemajuan itu tidak sempat ditindaklanjuti dgn sebaik-baiknya sehingga tanpa sadar umat Islam akhirnya melepaskan kepeloporannya. Lalu bangsa Barat dgn mudah mengambil dan menransfer ilmu dan teknologi yg dimiliki dunia Islam dan dgn mudah pula mereka membuat licik yaitu membelenggu para pemikir Islam sehinggu sampai saat ini bangsa Baratlah yg menjadi pelopor dan pengendali ilmu pengetahuan dan teknologi. Para ilmuwan Barat dari abad ke abad kian mendewa-dewakan rasionalitas bahkan telah menuhankan ilmu dan teknologi sebagai kekuatan hidupnya. Mereka menyangka bahwa dgn iptek mereka pasti bisa mencapai apa saja yg ada di bumi ini dan merasa dirinya kuasa pula menundukkan langit bahkan mengira akan dapat menundukkan segala yg ada di bumi dn langit. Sehingga tokoh-tokoh mereka merasa mempunyai hak utk memaksakan ilmu pengetahuan dan teknologinya itu kepada semua yg ada di bumi agar mereka bisa mendikte dan memberi keutusan terhadap segala permasalahan di dunia.
Kendatipun demikian masih ada ahli pikir yang cemas melihat perkembangan masyarakat dan cara pikir seperti itu, terlalu tunduk pada otoritas sains belaka. Keagamaan, ketuhanan, susila dan nilai-nilai etis lainnya ditanggalkan. tanya, “Kalau dunia jadi demikian, adakah juga gunanya orang berumur
panjang?”
Seorang sastrawan modern besar, T. S. Elliot, menuangkan
kekhawatirannya:
“Semua ilmu pengetahuan kita membawa kita makin dekat kepada
kebodohan
semua kebodohan kita membawa kita makin dekat pada kematian
tapi… makin dekat pada kematian
bukan makin dekat pada tuhan…
mana lagi hayat kita yang telah hilang dalam kehidupan
mana lagi kebijaksanaan kita yang telah hilang dalam ilmu pengetahuan
mana lagi pengetahuan kita yang telah hilang dalam penerangan
perputaran semesta alam dalam dua puluh abad membawa kita
terjauh dari Tuhan… dan kian dekat pada kehancuran…”

Namun terlepas dari problema dan kekhawatiran-kekhawatiran sebagaimana diuraikan di atas kita sebagai umat Islam harus selalu optimis dan tetap bersyukur kepada Allah SWT. Karena sungguhpun perubahan sosial dan tata nilai kehidupan yg dibawa oleh arus modernisasi westernisasi dan sekularisasi terus-menerus menimpa dan menyerang masyarakat Islam tetapi kesadaran umat Islam utk membendung dampak-dampak negatif dari budaya Barat itu ternyata masih cukup tinggi meskipun hanya segolongan kecil umat yaitu mereka yg tetap teguh utk menegakkan nilai-nilai Islam.

ISLAM, TEKNOLOGI DAN TAMADDUN BARAT



 
Teknologi adalah perkataan yang berasal dari barat dan membawa maksud aplikasi Sains secara praktikal atau mekanikal terhadap industri atau kehidupan. Walaubagaimanapun teknologi atau ciptaan alat-alat teknologi telah sekaligus dikaitkan dengan tamaddun barat sehinggakan umat Islam telah terterap di dalam pemikiran mereka bahawa teknologi dan permodenan bererti penerapan nilai-nilai barat berserta cara hidupnya.

Ini dapat kita memperhatikan sendiri bagaimana negara-negara Muslim berlumba-lumba untuk meningkatkan taraf pencapaian teknologi masing-masing seperti teknologi nuklear di Pakistan dan cyberjaya di Malaysia dan sebagainya tanpa benar-benar memahami apakan tujuan teknologi tersebut. Perbahasan tentang teknologi dan permodenan sering kali di kaitkan dengan idea-idea seperti demokrasi, kebebasan hidup (freedom) dan free-market ekonomi hinggakan kita sering mendengar ucapan-ucapan seperti “untuk menjadi sebuah negara maju dan berteknologi, kita perlu berdemokrasi.”

Maka, teknologi dan tamaddun terutama sekali tamaddun barat sering disatukan dan seakan-akan tidak boleh dipisahkan lagi. Ini menimbulkan suatu kekeliruan di dalam pemikiran umat Islam tentang soal teknologi dan Islam. Jika teknologi bererti tamaddun dan nilai-nilai barat ataupun tamaddun barat berserta nilai-nilainyalah yang menghasilkan teknologi maka, bolehkah umat Islam menerima dan mengambil teknologi? Ini mengakibatkan umat Islam berpecah kepada dua kumpulan iaitu, kumpulan pertama yang berpendapat bahawa umat Islam perlu maju dan mengikut arus perubahan maka, kita perlu berteknologi dan sekaligus memeluk cara hidup barat berserta idea-ideanya dan idea-idea barat tidak bertentangan dengan Islam. Kumpulan yang kedua pula berpendapat bahawa idea-idea barat memang bertentangan dengan Islam, oleh kerana itu segala apa yang datangnya daripada barat adalah salah dan bid’ah termasuk teknologinya.

Jika kita mendalami persoalan ini, kita akan melihat bahawa kedua-dua pendapat ini adalah bertentangan dengan realiti yang sebenarnya. Ini ialah kerana teknologi dan tamaddun/ nilai-nilai barat bukanlah dua perkara dalam satu yang tidak boleh diasingkan lagi malah, kedua-duanya merupakan perkara yang berasingan. Teknologi merupakan ciptaan barang-barang material dan fizikal yang tidak boleh dikaitkan dengan sesuatu tamaddun, dalam kata lain ianya adalah madaniyyah (bahan material civilization) yang bersifat universal contohnya alat-alat dapur seperti gas cooker, microwave ataupun alat-alat komputer, televisyen, mesin jenerator dan alat-alat perang seperti kereta kebal, roket dan sebagainya. Semua alat-alat tersebut adalah ciptaan fizikal yang tidak terikat kepada mana-mana tamaddun. Ini jelas sekali kerana tiada sesiapapun yang boleh mengaku bahawa sebuah microwave adalah terikat kepada tamaddun barat atau menjadi lambang cara hidup barat. Ini berbeza dengan alat-alat materi seperti lambang salib yang sememangnya terikat kepada idea Kristianiti ataupun patung-patung yang terikat kepada kebebasan menunjuk aurat seperti patung-patung ukiran zaman renaissance.

Umat Islam perlu membezakan di antara teknologi (madaniyyah) yang dicipta oleh ahli sains dan teknologi barat dengan tamaddun barat itu sendiri. Ini ialah kerana tamaddun barat bukan sekadar pencapaian teknologi dan ciptaan alat-alat materi tetapi tamaddun (hadarah) barat bererti nilai-nilai atau idea-idea yang datangnya dari pemikiran, cara hidup dan ideologi barat, kapitalisme. Maka, idea-idea seperti demokrasi (iaitu manusialah yang berhak mencipta hukuman), women’s liberation dan freedomsemuanya berasal dari tamaddun/ hadarah barat yang bertentangan dengan Islam dan nilai-nilai Islam. Jika perbezaan ini tidak difahami oleh umat Islam, maka ianya akan membawa kesan buruk terhadap kehidupan umat Islam malah, seluruh manusia yang menganuti hadarah barat sebagaimana yang kita perhatikan di negara-negara barat itu sendiri.

Teknologi perlu difahami sebagai bahan-bahan material yang bersifat universal dan boleh dicipta dan digunakan oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau kafir tetapi apa yang penting ialah tujuan kegunaannya dan tujuan penciptaannya yang ditentukan oleh idea-idea yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Sebagai contoh, komputer merupakan alat teknologi yang tidak ada baik atau buruknya dan tidak terikat kepada mana-mana tamaddun tetapi ianya boleh digunakan untuk perkara-perkara sumbang seperti ponorgraphy akibat daripada idea barat seperti ‘freedom’ dan keghairahan nafsu sebaliknya komputer boleh pula digunakan untuk jalan berda’wah dan menyampaikan risalah Islam. Contoh lainnya seperti kegunaan teknologi dalam perang, alat-alat perang boleh digunakan untuk membunuh rakyat sesebuah negara mengikut idea-idea koloniasasi atau nasionalisme hinggakan kita lihat bagaimana umat Islam berperang sesama sendiri ataupun ianya boleh digunakan dalam berjihad iaitu berperang untuk menegakkan Islam sebagaimana yang disarankan di dalam Al Qur’an di dalam surah 8:60

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” (An Anfal:60)

Di dalam Islam, memang tidak ada kekeliruan tentang kedudukan teknologi atau ciptaan barang-barang material. Ini dapat kita saksikan sendiri di zaman Rasullullah s.a.w dan khilafah Islam setelah zaman baginda. Rasullullah s.a.w pernah mengambil teknologi perang Persia semasa Perang Khandak di mana beliau berserta sahabah menggali parit mengelilingi kota Medina sebagai benteng pertahanan. Kita juga melihat ciptaan meriam pertama di zaman Khalifah Muhammad Al Fatih sewaktu penaklukan kota Constantinople. Malah Sains dan Teknologi merupakan bidang yang amat maju di zaman Khilafah Islam. AlQur’an banyak menyarankan supaya umat Islam bergiat menggunakan segala ciptaan Allah s.w.t untuk kegunaan mereka di dalam kehidupan seharian. Allah s.w.t berfirman

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? " Luqman:20

"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Ia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)". Ibrahim: 32

Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. Al- A'raaf:32

Ini sekaligus membantah pendapat sesetengah orang yang menyangkakan bahawa Islam itu ‘kuno’ dan tamaddun Islam serta cara hidup Islam bererti tamaddun unta. Walaubagaimanapun ianya amat penting bagi umat Islam supaya memahami bahawa kegunaan alat-alat teknologi tersebut adalah tertakluk kepada Syariah dan hukum Islam. Tujuan ciptaan dan kegunaan alat-alat material mestilah berasal dan mengikut hadarah (idea-idea) Islam dan objektif Islam. Ini ialah kerana Islam mempunyai idea-idea tersendiri yang bertentangan dengan hadarah barat. Ini juga memberi erti bahawa  ukuran sesebuah negara maju bukanlah tertakluk kepada pencapaian teknologinya. Sebagai contoh, kita boleh katakan bahawa Iraq merupakan sebuah negara berteknologi hinggakan mampu mencipta ‘biological weapon’ tetapi ianya bukan sebuah negara maju sama dengan negara-negara Muslim yang lain seperti Pakistan, Malaysia dan Saudi Arabia. Kita juga tidak boleh membuat kesimpulan bahawa disebabkan teknologi berasal daripada negara-negara barat, maka kita perlu meniru cara hidup barat dan ideologinya untuk menjadi sebuah negara yang berteknologi. Kita perlu mengingati sejarah bahawa negara Khilafah Islam merupakan negara yang termaju malah merupakan sebuah ‘superpower’ semenjak zaman Rasullullah s.a.w hinggakan zaman Khilafah Uthmaniyyah di Turki. Oleh itu, umat Islam tidak boleh lagi memegang kepada prinsip bahawa teknologi serta tamaddun barat adalah merupakan suatu pakatan hinggakan umat Islam perlu meniru tamaddun barat untuk mencapai kemajuan. Tamaddun apa sekalipun sama ada barat ataupun timur yang bertentangan dengan hadarah Islam perlu dihapuskan dari pemikiran dan hati umat Islam. Sebaliknya kita perlu kembali kepada hadarah Islam di dalam pemikiran, perbuatan, perasaan serta struktur masyarakat kita.

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.Al- Imran:85

Copyright @ 2013 INSANI.