Wednesday, November 7, 2012

Filled Under:

DOA INI SEBAGAI AMALAN PARA-PARA NELAYAN DAN KAKI PANCING.




Salam,

Doa ini boleh dijadikan amalan buat para-para nelayan atau kaki pancing untuk mendapat hasil tangkapan yang banyak. InsyaAllah, berniatlah dengan  usaha dan doa memohon rezeki yang banyak itu untuk jalan Allah SWT membantu orang yang susah dan banyak-banyaklah bersedeqah.

Oleh demikian apabila dikurniakan rezeki yang banyak maka bersedeqahlah kamu kerana sedekah itu mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: 

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a..

Bacalah doa ini sebelum turun ke laut.Moga-moga mendapat hasil tangkapan yang banyak.

DOWNLOAD DOA MP3 - KLIK SINI


MaksudNya:(Surah AN Nahl: Ayat 14)

Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan lagi supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.