Sunday, October 28, 2012

Filled Under:

Berkahwin Di Usia Muda




Menunda-nunda perkahwinan akan menyebabkan kerugian bagi setiap muslim.

Hati semakin tenang dan sejuk dengan adanya isteri dan anak

Di antara faedah segera berkahwin adalah lebih mudah menghasilkan anak yang dapat menyejukkan jiwa. 
Allah berfirman yang bermaksud:

 Dan orang orang yang berkata: “Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami 
dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang
yang bertakwa.  (QS. Al Furqan: 74)

Isteri dan anak adalah penyejuk hati. Oleh kerana itu, Allah menjanjikan dan mengkhabarkan bahawa
 berkahwin dapat membuat jiwa semakin tenteram. Dengan berkahwin seorang pemuda akan merasakan 
ketenangan, oleh kerana itu pemuda-pemudi digalakkan bersegera untuk berkahwin.
Demikian pula dengan anak. Allah pun mengkhabarkan bahawa anak adalah separuh dari perhiasan dunia
sebagaimana firman-Nya:

 Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi 
soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.  (QS. 
Al Kahfi: 46)

Anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Setiap manusia pasti  menginginkan perhiasan yang menyejukkan 
pandangan. Sebagaimana manusia pun begitu suka mencari harta, ia pun senang jika mendapatkan anak. 
Anak sama halnya dengan harta dunia, iaitu sebagai perhiasan kehidupan dunia. Inilah faedah memiliki anak 
dalam kehidupan dunia.
Sedangkan untuk kehidupan akhirat, anak yang soleh akan terus memberikan manfaat kepada kedua orang 
tuanya, sebagaimana Nabi SAW bersabda:

 Jika manusia itu mati, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara: [1] ilmu yang 
bermanfaat, [2] sedekah jariyah, dan [3] anak soleh yang selalu mendoakannya.”[HR Muslim]

Ini menunjukkan bahwa anak  memberikan faedah yang besar dalam kehidupan dunia dan nanti setelah 
kematian.

Bersegeralah berkahwin untuk meramaikan umat ini

Bersegera ke gerbang perkahwinan juga lebih mudah meramaikan anak, sehingga umat Islam pun akan 
bertambah ramai. Oleh kerana itu, setiap manusia dituntut untuk bekerjasama dalam perkahwinan membentuk 
masyarakat Islami. Nabi SAW bersabda:

 Menikahlah kamu kerana aku begitu bangga dengan ramainya umatku pada hari kiamat.” [HR. 
Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah, dan An Nasai.]


Intinya, bersegera dalam berkahwin memiliki manfaat dan kesan yang luar biasa. Namun ada beberapa 
rintangan 
dan permasalahan yang muncul, antaranya ialah :

Rintangan pertama:

  • Ada yang mengutarakan bahawa kahwin di usia muda akan membuat lalai dari mendapatkan ilmu dan menyulitkan dalam belajar. Ketahuilah, rintangan semacam ini tidak ternyata benar. Yang ada bahkan 
  • sebaliknya. Bersegera menikah memiliki keistimewaan iaitu orang yang segera menikah akan lebih 
  • mudah merasa ketenangan jiwa. Adanya ketenangan seperti ini serta penyejuk jiwa dari anak mahupun 
  • isteri mampu bahkan lebih menolong seseorang untuk mendapatkan ilmu. Jika jiwa dan fikirannya telah 
  • tenang kerana isteri dan anaknya di sampingnya, maka ia akan semakin mudah untuk mendapatkan ilmu.

Adapun seseorang yang belum menikah, maka pada hakikatnya dirinya terus terhalang untuk mendapatkan ilmu. 
Jika fikiran dan jiwa masih terus merasakan was-was, maka ia pun sulit mendapatkan ilmu. Namun jika ia 
bersegera menikah, lalu jiwanya tenang,  maka ini akan lebih akan menolongnya. Inilah yang memudahkan 
seseorang dalam belajar dan tidak seperti yang dinyatakan oleh segelintir orang.


Rintangan kedua:

  • Ada yang mengatakan bahawa kahwin di usia muda dapat membebani seorang pemuda dalam mencari 
  • nafkah untuk anak dan isterinya. Rintangan ini pun tidak selamanya dapat diterima. Perkahwinan akan 
  • sentiasa membawa keberkahan (bertambahnya kebaikan) dan akan membawa pada  kebaikan. Berkahwin 
  • bererti melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Ketaatan seperti ini adalah suatu kebaikan. 
  • Seorang pemuda yang berkahwin bererti telah menjalankan perintah Nabi SAW. Ia pun mencari janji 
  • kebaikan dan membenarkan niatnya, maka inilah yang sebab datangnya kebaikan untuknya. Ingatlah, 
  • semua rezeki itu di tangan Allah sebagaimana firman-Nya:

 “ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya. 
(QS. Hud: 6)
Jika engkau berkahwin, maka Allah akan memudahkan rezeki untuk dirimu dan anak-anakmu. Allah berfirman,

 “Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka. (QS. Al An’am: 151)

Perkahwinan tidaklah membebani seorang pemuda sebagaimana anggapan bahawa berkahwin dapat membebani 
seorang pemuda di luar kemampuannya. Ini tidaklah benar. Dengan berkahwin akan semakin mudah 
mendapatkan kebaikan dan keberkahan. Berkahwin adalah ketetapan Allah untuk manusia yang seharusnya 
mereka jalani. Ia bukan semata-mata khayalan. Berkahwin termasuk salah satu pintu mendatangkan kebaikan 
bagi siapa yang benar niatnya.

Semoga Allah memudahkan para pemuda untuk mewujudkan hal ini dengan tetap mempertimbangkan maslahat 
dan mudharat (bahaya). Jika ingin segera berkahwin dan sudah merasa mampu dalam menafkahkan isteri, maka 
lobilah orang tua dengan cara yang baik. Semoga Allah mudahkan setiap urusan..
Wallahu a'lam..

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.