Thursday, November 1, 2012

Filled Under:

Solat Khusyu' dan Solat Lalai




Hari ini.....
kita sujud kepada ALLAH SWT, tapi hati kita tidak sujud pun kepada ALLAH.


Hari ini.....
Kita sujud kepada ALLAH sampai dahi kita ada kesan hitam, tetapi kesan itu tidak masuk pun dalam hati kita, 


Hari ini..... 
Kita sujud ke bumi menghadap ke arah kiblat, akan tetapi hati kita tidak berkiblat pun kepada ALLAH. 


Hari ini.....
Kita solat dengan yakin yang rosak pada ALLAH. 


Hari ini.....
Kita solat dengan penuh kelalaian, sempat lagi fikir mana kita letak kunci, anak kat rumah dah makan atau tak, pintu rumah dah dikunci atau tak dsb.  


Ironinya... dalam solat kita nak minta benda paling dasyat iaitu syurga ALLAH.. Tapi cuba kita solat hajat 2 rakaat minta 2 keping roti.. dapat atau tak.. kita ragu-ragu adalah.. macam mana kita nak dapat benda yang besar (syurga) kalau benda kecil (roti) pun kita mintak dengan ALLAH pun ALLAH tak makbulkan. 

Perkara pertama yang Rasulullah SAW buat adalah betulkan yakin orang-orang Islam dahulu, baru kewajipan solat turun.. 

Yakin kita akan betul jika percakapan kita betul.. dan percakapan kita akan betul apabila kita cakap benda yang betul.. 

Apa benda yang paling betul?? 

Benda yang paling betul adalah Makhluk tak ada kuasa dan hanyasanya ALLAH yang berkuasa.. jika kita sebut perkara ini berulang kali.. barulah hati kita sarat dengan kebesaran ALLAH, maka solat kita akan jadi solat paling berkualiti di dunia.. InsyaAllah.. 
semoga kita semua dapat amalkan..

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.