Statistik Pendapatan Rakyat Malaysia Kurang Dari RM1000
Statistik Pendapatan Kurang Dari RM1000
Info serius pilihan Blog Santai untuk dikongsikan dengan semua adalah statistik pendapatan rakyat malaysia dibawah RM1000. Statistik ni disediakan oleh pihak EPU pada tahun 2011. Berdasarkan statistik di atas, kaum bumiputera mewakili hampir 80% daripada jumlah penduduk yang berpendapatan kurang daripada RM1000.
Terdapat beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada statistik ini. Antaranya mungkin disebabkan komposisi kaum bumiputera yang lebih besar. Disamping itu, kalau you all masih ingat kita pernah berkongsi tahap pendidikan penduduk Malaysia yang mana ianya berkait rapat dengan pendapatan penduduk secara keseluruhan. 96% daripada mereka yang berpendapatan rendah adalah terdiri daripada mereka yang hanya berpendidikan SPM ke bawah. Walaupun data ini tidak dianalis berdasarkan kaum, tapi kita pasti majoritinya adalah kaum bumiputera.
Profil Pendapatan Berdasarkan Pendidikan
Pendapatan Kurang Dari RM1000 & Penerima BR1M
Biarpun data ini agak "outdated", tapi kita pasti data ini masih relevant. Sebab itu hampir 90% penerima BR1M adalah orang Melayu atau kaum bumiputera. Dan kita pasti data ini pasti akan terus relevant untuk tahun-tahun akan datang sekiranya tiada usaha yang dilakukan secara strategik samaada di pihak yang berkuasa mahupun diri kita sendiri. Sebagai kaum yang jauh ketinggalan, usaha dari setiap individu perlu dipertingkatkan tanpa mengharapkan bantuan sepanjang hayat.
Data ini tidak perlu dilihat sebagai satu sentimen perkauman. Sebaliknya ianya harus dijadikan sumber rujukan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap rakyat di bumi Malaysia mendapat kehidupan yang lebih baik.
- See more at: http://myblogsantai.blogspot.com/2014/05/inilah-statistik-pendapatan-rakyat.html#sthash.PlFft2QI.dpuf
0 comments:
Post a Comment