Abu Hurairah r.a. berkata Nabi s.a.w bersabda :
"Sekiranya seekor lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang dari kamu, maka celuplah ia. Kemudian buanglah ia kerana salah satu sayapnya mempunyai racun dan disebelah yang lain mempunyai penawar"
[Hadis Sahih Riwayat Bukhari (3320),Abu Daud (3320),Ibnu Majah (3505)]
KAJIAN SAINTIFIK
Sains moden menjadikan lalat buah, khususnya "drosophilia melanogaster" sebagai kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammad dalam hadis ini menyebut berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.
Kajian saintifik telah mendapati bahawa lalat akan mengeluarkan unsur-unsur kecil dari jenis enzim yang dinamakan bacteriphages iaitu suatu organisma kuman yang merosakkan hidupan lain. Ianya merupakan kuman yang sangat kecil, bersaiz panjang. Oleh itu, apabila lalat jatuh ke dalam air,hendaklah lalat tersebut dicelup kerana ia akan mengeluarkan kuman bacteriphages menentang bakteria perosak.
HUKUM MINUM AIR YANG MENGANDUNGI LALAT
Majoriti ulamak berpandangan, Air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila Rasulullah mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman. Ibnu Qayyim mengulas : Ini adalah pendapat majoriti ulamak yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.
0 comments:
Post a Comment