Friday, April 25, 2014

Filled Under:
, , ,

Dua pesawat mendarat serentak

Sepang: Menara Kawalan Trafik Udara KLIA2 yang diiktiraf Guinness World Book of Records sebagai tertinggi di dunia merekodkan pendaratan pertamanya semalam.
Pendaratan itu turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila merekodkan pendaratan serentak dua pesawat di landasan dua dan tiga membabitkan pesawat MH604 Boeing 738 dari Singapura dan MH5403 Boeing 747 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, menara kawalan berkenaan yang dibina dengan kos RM55 juta mencatatkan ketinggian 141.9 meter dari aras laut.

“Jarak yang jauh antara Landasan Tiga dengan Menara Timur yang terletak di terminal KLIA menyukarkan pandangan dan boleh mengakibatkan risiko keselamatan penerbangan,” katanya selepas penyerahan menara berkenaan daripada Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini, semalam.

Menurutnya, menara kawalan setinggi 33 tingkat ini boleh memuatkan lapan pengawal trafik udara pada satu masa bagi tempoh 24 jam.
“Bagi menampung keperluan menara kawalan ini, latihan pengawal trafik udara dimulakan sejak Januari lalu termasuk teori dan simulator.

“Buat masa ini, 120 pengawal trafik udara bersedia memulakan operasi KLIA2 dan keseluruhan KLIA,” katanya.
Menurutnya, selain mempunyai bilik kawalan utama (VCR), menara itu turut menempatkan antena radar pergerakan permukaan (SMR) dan bilik pemerhatian kecemasan.

Operasi Menara Barat secara 24 jam dimulakan pada 4 April lalu bagi membolehkan kakitangan operasi membiasakan diri.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.