Suami adalah pemimpin dalam keluarga.Suami mempunyai
hak yang cukup besar untuk mentadbir rumahtangganya sendiri.Baik
buruknya rumahtangga itu adalah datang dari keupayaan suami
memerintahnya.Sebagai ketua keluarga di dalam rumahtangga,segala prosuder dan perundangan terletak pada suami.
Bagi yang beragama Islam,seharusnya lah si suami memerintah keluarganya mengikut undang -undang Islam.Undang -undang yang telah termaktub sejak zaman Rasulullah lagi.Si suami hendaklah menetapkan perkara dasar kepada ahli keluarganya seperti memerintah isteri
dan anak-anak perempuannya menutup aurat,mengajar solat kepada semua
ahli keluarganya dan memberi makan yang secukupnya.Sekiranya si suami
gagal untuk memerintah isteri dan anak-anaknya menutup aurat,maka
kredibiliti si suami sebagai ketua keluarga cukup tergugat dan lemah.
Jadi sekiranya hal itu pun gagal dilaksana oleh suami maka kehidupan
sehariannya di luar gagal,Bagaimana mungkin si suami boleh menjadi
pemimpin di luar sekiranya di dalam rumah tangga sendiri itu dia gagal.
0 comments:
Post a Comment