Thursday, December 12, 2013

Filled Under:

Tragedi NATRAH - Maria Bertha Hertogh 1950

Tragedi Natrah di Singapura 1950
Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Pada tahun 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh oleh pasangan Belanda bernama Adeline Hunter dan Adrianus Petrus Hertogh, Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.

Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


Pada 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.





Pada tahun 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh telah dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

Pada September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai dan pada tanggal 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

Tanggal 12 April 1950 Che Aminah telah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh, Sarjan Hertogh telah membuat tututan di Mahkama Singapura tentang hak penjagan dan menuntut kembali Natrah dipulangkan pada keluarga mereka. Hasil dari perbicaraan tersebut pada tarikh 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di Singapura dan pada 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura.

Keputusan perbicaraan ini tidak dapat diterima oleh ibu Natrah iaitu Che Aminah dan pada 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

Diatas keperihatinan masyarakat Melayu pada ketika itu maka pada 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura dan pada 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill Singapura.



Telah di jangkakan oleh orang ramai bahawa Natrah tidak akan selamat, sudah semestinya pasangan Hertogh sebagai ibu-bapa kandung akan berusaha untuk mendapatkan kembali Natrah, pada 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

Peristiwa perkahwinan ini telah menyebabkan kemarahan kepada keluarga kandung Natrah lalu sekali lagi mereka menuntut di Makamah Singapura supaya membatalkan perkahwinan tersebut dan pada 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. 

Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapanya keluarga Hertogh adalah penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.


Keputusan telah dibuat, dalam kes Natrah ini, Mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

Pada 12 Disember tahun 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.



Akibat dari keputusan Mahkamah dan penghantaran pulang Natrah - anak gadis kulit putih yang dibesarkan oleh Orang Melayu, Budaya Melayu dan Agama Islam satu rusuhan besar telah berlaku di Singapura sehingga melibatkan banyak kematian dan ratusan cedera semasa pertempuran Masyarakat Melayu dan Polis serta Pihak Berkuasa Singapura....... dan pada tarikh 13 Disember tahun 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Amsterdam, Belanda.

Diberitakan oleh kerana CINTA KASIH orang Melayu kepada Natrah telah menyebab kan seluruh Nusantara Melayu bersedih ketika itu....

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.