Rasulullah SAW bersabda : "Sejahat-jahat manusia pada Hari Kiamat
nanti ialah orang yang bermuka dua.Barangsiapa bermuka dua didunia maka
di hari kiamat kelak akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka
jahanam.''
Sabda Rasulullah SAW lagi :"Tidak masuk syurga orang yang suka
membesar-besarkan cerita."Pabila di tanya apa hikmahnya.Baginda SAW
menjawab ;''Sesungguhnya Allah SWT telah mencipkan semua makhluk itu mempunyai lidah,sama ada yang boleh berkata-kata ataupun tidak boleh berkata-kata.''
Salah seorang sahabat pun bertanya,"kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda Rasulullah SAW :" Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka
diperintahkan sekelian Malaikat agar tunduk sujud kepadanya.Semua
Malaikat patuh kecuali Iblis laknat.Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya dari syurga dan di hapuskan rupanya yang elok itu lalu di hantar kebumi.
Apabila diturunkan kebumi ,iblis terus menuju kelaut dan pertama yang
di jumpainya ialah ikan.Iblis pun menceritakan keburukkan dan
kekurangan Adam a.s kepada ikan katanya " sesungguhnya Adam itu amat
suka memburu dan membunuh binatang -binatang yang ada dilautan dan didaratan."
Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera
menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam
a.s.Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu
dihilangkan lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang
tidak sebenarnya."
p/s marilah kita 'jaga' lidah kita supaya hanya berkata yang baik kerana kata-kata yang baik merupaknan satu sedekah.
0 comments:
Post a Comment