Terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan ramai. Kisah seorang
lelaki pemarah. Lelaki itu tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun
dalam situasi kecil sahaja. Marahnya sukar dibendung.
Satu ketika, bapanya menghadiahkan seguni paku. Lantas dengan
hairan lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Apa gunanya paku-paku ini
ayah?"
Ayahnya dengan tenang menjelaskan, "Setiap kali kamu marah,
paku tembok batu dihadapan rumah kita dengan paku itu bagi melepaskan
kemarahan kamu."
Pemuda itu mengikut pesanan ayahnya. Hari pertama sahaja pemuda
itu sudah memaku sebanyak 37 batang paku di tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan rasa marah. Jumlah paku
yang digunakan semakin hari semakin berkurang. Akhirnya, dia mendapati,
lebih mudah mengawal marah daripada memukul paku yang menembusi tembok
batu tersebut.
Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun
sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya.
Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku
itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut
semua paku di tembok tersebut.
Selesai tugasannya, dia memaklumkan hal itu kepada ayahnya
dengan rasa bangga. Bapanya lantas memimpin tangan lelaki itu menuju ke
tembok tersebut dan berkata, "Kau melakukannya dengan baik anakku, namun
lihatlah kesan lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan
kelihatan sama lagi seperti sebelum ini.
Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika
marah, pasti akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di
tembok ini. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Namun luka itu masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka
fizikal. Insan di sekeliling kita adalah permata yang sukar ditemui.
Mereka membuatkan kita ketawa dan mendorong kejayaan kita.
Sahabat juga mampu menjadi seorang pendengar, berkongsi suka dan duka
dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
Sabda Nabi dalam hadis yang lain: "Jauhilah kemarahan kerana
marah adalah bara api yang menyala dalam hati anak adam". Lihatlah
bagaimana jika seseorang berada dalam keadaan marah. Pasti mukanya
tegang. Rasulullah menerangkan: "Kemarahan itu daripada syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya
dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah dengan seseorang maka
ambillah wuduk".
Bismillahirahmanirahim-Ya Allah, kau padamkanlah api kemarahan didalam hati hambamu ini Ya Allah..Senja kelmarin aku telah lakukan suatu perkara yang sgt tidak baik akibat daripada kemarahanku..Ampunilah daku Ya Allah..Ampunkanlah daku dan rawatilah fizikal dan hati mereka yang terlibat semalam Ya Allah..Hambamu ini menyesal atas segala perbuatanku semalam..-
pokok epal aku dh berbuah
-
pokok ni aku tanam dr biji sbb takda ilmu lg masa tu..berbuah setelah 4
tahun..mcm2 aku buat..sunatkan dia..cantas bg jarang.bubuh baja..dgn tambah
ta...
0 comments:
Post a Comment