Thursday, April 3, 2014

Filled Under:

Program MYLesen-Diskaun 50% Untuk Dapatkan Lesen Motosikal

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melancarkan program MyLesen yang memberi potongan harga mencecah 50 peratus bagi setiap permohonan serta ujian mendapatkan lesen motosikal, Mei ini.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Yusoff Ayob, berkata harga ditawarkan kepada pemohon lesen kali pertama itu hanya RM198, berbanding RM350 hingga RM450 dikenakan institut memandu ketika ini.
Katanya, JPJ menyasarkan 3.5 juta rakyat Malaysia yang layak, tapi tidak memilik lesen untuk menyertai program berkenaan.
“Kebayakan mereka adalah belia. Ini adalah antara pendekatan kita untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana penunggang motosikal boleh diajar mengenai kaedah pemanduan selamat serta undang-undang sebelum diberi lesen,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas turun padang meninjau Ops Khas Pengarah di Senawang, di sini, malam tadi.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.