Wednesday, October 24, 2012

Filled Under:

Tips Mendapatkan Anak Yang Tenang


As-Salam.
Saya terbaca satu artikel ni, kalau ibu-ibu mengandung .. fikir saya eloklah baca. Dan artikel ni dah publish lama dah .. :) saya dapat dari ruangan forum komuniti VF.

Bakal ibu yang mahukan anak mereka berjaya dalam menjalin hubungan mesra dengan orang lain dan mudah mendapat rakan perlu menghindarkan tekanan ketika hamil, menurut saintis. Pakar mendapati hormon yang dikeluarkan wanita hamil mempunyai kesan secara langsung terhadap kemampuan masa depan anak mereka untuk bergaul, berkomunikasi dan membina skil bahasa.

Bakal ibu yang tertekan mengeluarkan lebih banyak hormon lelaki iaitu testosterone yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kekurangan skil komunikasi. Jadi, rahsia untuk mendapat anak yang lebih mudah mesra dan bergaul ialah tenang ketika hamil, kata penyelidik.

Kesan tekanan ke atas bayi di dalam rahim sejak usianya seawal 13 minggu dikatakan begitu hebat sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat dalam mengembangkan skil bahasa, sukar menjalin hubungan dan lebih cenderung membangunkan tingkah laku keterlaluan.

Lebih menakutkan, ia menunjukkan gejala autisme, masalah saraf yang digambarkan dengan kesukaran dalam membina hubungan dan fanatik dengan rutin seharian. Janin menghasilkan testosterone secara semula jadi tetapi turut terjejas oleh tahap hormon di sekitar cecair amnion yang datang daripada ibu.

Pengarah pusat penyelidikan autisme Universiti Cambridge, Profesor Simon Baron-Cohen, mendedahkan penemuannya kelmarin di satu persidangan di London bertujuan menentukan sama ada wanita dapat menjadi ketua yang lebih baik.

Kajiannya membabitkan 100 kanak-kanak, sejak pada peringkat awal dalam rahim ibu sehingga berusia tujuh tahun, untuk melihat bagaimana tahap testosterone menjejaskan perkembangan mereka.Bakal ibu yang mahukan anak mereka berjaya dalam menjalin hubungan mesra dengan orang lain dan mudah mendapat rakan perlu menghindarkan tekanan ketika hamil, menurut saintis.

Pakar mendapati hormon yang dikeluarkan wanita hamil mempunyai kesan secara langsung terhadap kemampuan masa depan anak mereka untuk bergaul, berkomunikasi dan membina skil bahasa. Bakal ibu yang tertekan mengeluarkan lebih banyak hormon lelaki iaitu testosterone yang dikatakan bertanggungjawab ke atas kekurangan skil komunikasi.

Jadi, rahsia untuk mendapat anak yang lebih mudah mesra dan bergaul ialah tenang ketika hamil, kata penyelidik.

Kesan tekanan ke atas bayi di dalam rahim sejak usianya seawal 13 minggu dikatakan begitu hebat sehingga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat dalam mengembangkan skil bahasa, sukar menjalin hubungan dan lebih cenderung membangunkan tingkah laku keterlaluan.

Lebih menakutkan, ia menunjukkan gejala autisme, masalah saraf yang digambarkan dengan kesukaran dalam membina hubungan dan fanatik dengan rutin seharian. Janin menghasilkan testosterone secara semula jadi tetapi turut terjejas oleh tahap hormon di sekitar cecair amnion yang datang daripada ibu.

Pengarah pusat penyelidikan autisme Universiti Cambridge, Profesor Simon Baron-Cohen, mendedahkan penemuannya kelmarin di satu persidangan di London bertujuan menentukan sama ada wanita dapat menjadi ketua yang lebih baik. Kajiannya membabitkan 100 kanak-kanak, sejak pada peringkat awal dalam rahim ibu sehingga berusia tujuh tahun, untuk melihat bagaimana tahap testosterone menjejaskan perkembangan mereka.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.