Monday, October 15, 2012

Filled Under:

Aduhai Kamera AES!!! Had Laju Juga Patut Dikaji Semula





Assalamualaikum para blogger juga pembaca budiman. 
Had laju kini da tak relevan bg saya,ditambah lagi dgn pemasangan kamera AES di jalanraya Malaysia. Bagi pendapat saya, had laju 110km/j di sesetengah laluan (lebuhraya sahaja) sepatutnya dinaikkn kpd 130km/j dan juga saman patut dikenakan pada kenderaan yg memandu perlahan dibawah 40-60km/j di kawasan had laju max mengikut peraturan di Malaysia kerana sikap pemandu yg memandu terlalu perlahan akan menyebabkn kesesakan lalulintas di sesetengah tempat dan keadaan (juga boleh akibatkan kemalangan jalanraya). Untuk ber'transformasi' kearah negara maju 2020, kita perlu bergerak laju dlm semua aspek termasuk di jalanraya (mcm Autobahn Highway di Jerman) memandu pd kelajuan 110km/j ke bawah pula akan mmbuatkn segelintir pemandu mnjadi mengantuk (leka) dan berkemungkinan m'akibatkn kemalangan jalanraya kerana telah terbiasa dgn pemanduan 120-130km/j utk perjalanan yg jauh (mcm saya).

Pendapat saya, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) perlu mengkaji semula perkara ini. Sebagai contoh, naiktaraf satu lebuhraya yang terbaik dari segala aspek termasuk kos paling minima,laluan yg paling selamat dan tak ber ONGBAK 2..hehehe (mane la nak cari laluan mcm ni kat Malaysia Tanahair ku ni) bagi tujuan pengujian dan kajian utk menaikkan had laju maksimum (110km/j) dan had laju minimum (baru) di Malaysia. Jika kadar kemalangan jalanraya di kawasan ujian tersebut melebihi kadar yg ditetapkan sebelumnya, ubahlah semula kepada had laju asal. 

Sebagai kesimpulannya, jika ujian tersebut memberi impak yg positif, pelbagai perkara turut mendapat manfaat dan faedah. Negara juga mgkn lbh cepat menuju negara maju sebelum 2020.

***tulisan diatas adalah sekadar pendapat eSe, makhluk Allah yg sgt2 hina dan serba kekurangan. Harap maklum..

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.