Wednesday, September 12, 2012

Filled Under:

RIWAYAT HIDUP IMAM MALIK


 


Imam malik atau nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutaul bin Amr Amr bin Haris al-Asbani . Beliau lahir di Madinah pada tahun 95H/712 M dan wafat tahun 179 H/ 796 M ketika berumur 84 tahun dan dikebumikan di perkuburan Baqik .Beliau mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak , 3 lelaki dan seorang perempuan. Anak perempuannya bernama Fatimah . Manakala anak-anak lelakinya bernama Muhamad,Hammad, dan Yahya .



Keluarga atau keturunannya berasal dari Yaman. Moyangnya berpindah ke Madinah dan menganut Islam pada zaman Rasullulah . Imam Malik adalah pengasas Mazhab Maliki .

Imam Malik dikurnia umur yang panjang . Beliau hidup pada zaman 9 orang khalifah bani Umaiyah dan 5 orang khalifah bani Abbasiyah . Bermula dari Khalifah al-Walid bin Abdul Malik ( 95 hijrah ) sampai ke zaman khalifah Harun al-Rasyid ( 179 hijrah ) .

Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179 hijrah ketika berusia 84 tahun . Imam Malik seorang yang pakar dalam bidang ilmu hadis . Beliau berhati-hati dalam menyelidik sanad dan perawi hadis bagi memastikan kesahihnya . Kerana kemasyurannya Imam Malik menghabiskan umurnya selama 40 tahun bagi menghimpunkan dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-garunya . Beliau menghafaz sebanyak 100 ribu hadis . Walau bagaimanapun tidak semua hadis-hadis itu diterima bagi dijadikan sumber hukum . Selepas di tapis hanya 10 ribu buah hadis yang diakui sah . Daripada 10 ribu buah hadis yang disiasat dan dipadankan dengan al-Quran , akhirnya hanya 5 ribu buah hadis yang benar-benar diterima sebagai hadis Rasullulah saw yang sah . Hadis-hadis itu disusun dalam sebuah kitab yang diberi nama al-Muwattak .

Imam Malik juga berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu fatwa . Sebelum setiap hukum dikeluarkan , terlebih dahulu beliau merujuk kepada al-Quran dan hadis . Sekiranya tidak terdapat di dalam kedua-dua sumber itu , barulah beliau merujuk kepada ijmak ulama dan qias .

Peninggalan Imam Malik yang terbesar adalah kitab al-Muwattak yang menjadi bahan rujukan kepada seluruh umat islam sehingga sekarang . Mazhab Maliki berkembang di Morocco,Algeria,Libya, dan Palestin .

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.