Monday, October 7, 2013

Filled Under:

Penciptaan Telefon Bimbit Telah Diramal 100 Tahun Dahulu Dalam Daily Mail!

Salam.
Suka nak berkongsi berita ini yang saya fikir sangat menarik. Inilah dinamakan satu kejaiban pemikiran manusia dalam merancang dan meramal apa yang bakal berlaku. Segalanya dari satu impian yang dulunya mungkin dianggap tidak logik namun ramalan tersebut nampaknya ada yang direalisasikan.


Akhbar Daily Mail dalam keluaran terakhir dalam abad ke 19, diterbitkan dengan cetakan emas, pada 31 Disember 1900 telah meramalkan beberapa perkara; dan antara yang nampaknya menjadi kenyataan adalah:

  • Penciptaan telefon bimbit
  • Perkembangan pelancongan melalui udara (penerbangan komersil)
  • Pembukaan Terowong Channel (klik sini)



Akhbar keluaran khas ini telah ditemui semula oleh pasangan John and Joyce Jenkins dari Plymouth, Devon. Mereka menemuinya semasa sedang mengemas majalah-majalah dan akhbar lama mereka dalam garaj. 

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.