Sunday, October 28, 2012

Filled Under:

NASIHAT RASULULLAH SAW KEPADA AISYAH R.A


Aisyah r.a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku nasihatkan kepada kamu. Hendaklah kamu sentiasa mengingati nasihatku ini. Sesungguhnya kamu akan sentiasa di dalam kebajikan selama kamu mengingati nasihatku ini…”


Isi nasihat Rasulullah s.a.w tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut : "Hai, Aisyah, peliharalah diri kamu. 
Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum kamu (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam 
neraka."

Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah

(b) Tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

(c) Mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah

(d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak berbicara yang tidak bermanfaat.

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) Bahawa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya 
akan digugurkan oleh Allah

(b) Bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan 
lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

(c) Bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah 
akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.

(d) Bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau 
mengkhianati suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, 
ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

(e) Bahawa wanita yang mengerjakan solat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul 
mukanya dengan solatnya.

(f ) Bahawa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-
robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth 
dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.

(g) Bahawa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat, 
tiap-tiap perbuatan zina dengan lapan puluh kali cambuk dari api.

(h) Bahawa isteri yang mengandung (hamil) baginya pahala seperti berpuasa pada siang hari dan mengerjakan 
qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

(i) Bahawa isteri yang bersalin (melahirkan), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala 
memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

(j) Bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titisan 
darah dalam perjuangan fisabilillah.

Semoga ahlia-ahlia (isteri-isteri) kita dapat mengambil nasihat Nabi kepada Aisyah ini dalam kehidupan mereka. 
Namun kita sebagai suami hendaklah selalu mendoakan agar ahli-ahlia (isteri-isteri) kita bersifat seperti isteri-
isteri Nabi saw serta kita hendaklah juga selalu memaafkan kesalahan dan kesilapan mereka. 

Pernah seorang lelaki mendatangi Umar r.a untuk mengambil pandangan berkaitan masalah isterinya yang 
banyak kerenah dan sering berleter. Setelah sampai, didapati isteri Umar r.a pun seperti isterinya iaitu banyak 
kerenah dan sering berleter. Lalu dia pun meninggalkan Umar r.a. Setelah berjalan beberapa langkah Umar r.a 
menyedari kehadirannya lalu memanggil lelaki itu datang semula menghampirinya.

Setelah diterangkan maksud kedatangannya lalu Umar r.a pun berkata,: "Siapa mereka? mereka adalah isteri kita.
Mereka mendidik dan memelihara anak-anak kita. Merekalah yang menjaga harta benda kita. Mereka memasak 
makanan serta membasuh pakaian kita. Dan yang lebih penting mereka memelihara kita dari terjebak dengan zina.
Sedikit kesilapan dan kesalahan mereka maafkanlah". Lalu lelaki itu pun pulang dengan perasaan puas dengan 
nasihat Umar r.a.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.