Friday, May 2, 2014

Filled Under:

5 Tips Meluahkan Perasaan Kepada Si Dia


 1. Keyakinan

Yakin dengan perasaan anda terhadap dia adalah satu perasaan yang sangat ikhlas dan bukan kerana kesunyian ataupun tercabar dek ketiadaan pasangan seperti orang lain. Semua orang tahu, dalam apa juga yang kita lakukan haruslah ada keyakinan. Jadi mestilah yakin dengan diri sendiri dengan apa yang sudah anda lakukan agar tiada sesal pada kemudian hari.
2. Keberanian

Keberanian sebenarnya didorong oleh perasaan yakin. Apabila yakin nescaya akan menimbulkan perasaan berani yang luar biasa yang mengalir dalam diri seseorang. Kadang-kadang rasa malu dan ragu-ragu dengan tindakan yang dilakukan.

Oleh sebab itu, ada pepatah mengatakan ‘berani kerana benar, takut kerana salah’. Orang yang sanggup membuat pengakuan berkaitan sesuatu perkara adalah orang yang sangat berani. Jadi anda mestilah berani terima jawapan daripada si dia sama ada negatif atau positif.


3. Jangan memaksa

Jangan sesekali mendesak orang lain atau merayu dengan menangis dan meminta simpati, agar si dia menerima lamaran dan luahan hati anda. Cinta yang dibalas tanpa rasa ikhlas tidak akan kekal lama. Berikan sedikit masa untuk si dia berfikir.


4. Terima hakikat

Mempersiapkan diri untuk menerima sebarang kenyataan yang bakal dilontarkan oleh si dia nanti. Andai cinta anda ditolak oleh si dia yang diminati, janganlah meraung atau menangis meratapi hakikat dan kenyataan itu. Bukan semua benda yang kita inginkan akan kita dapat dalam dunia ini.


5. Masa dan situasi yang sesuai

Cuba pilih situasi dan masa yang sesuai untuk berterus terang bagi membolehkan anda meluahkan perasaan yang selama ini terbuku di hati. Janganlah nanti menyebabkan si dia terperanjat dengan pengakuan dan luahan hati anda itu. Harus diingat, jangan tergopoh-gapah untuk meluahkan perasaan terutama ketika si dia berada dalam situasi yang tidak baik.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.