Sunday, December 23, 2012

Filled Under:

LIMA SEBAB UTAMA TERJADI SAKIT KEPALA !


Sakit kepala adalah perkara biasa dan boleh menyerang sesiapa saja pada bila-bila masa dimana jua. Sementara penyebabnya boleh berlaku bukan hanya kerana penyakit kepala itu sahaja.

Kebiasaan untuk mengatasi atau meredakannya kesakitan anda selalu bergantung ubat penahan sakit kepala. Ada cara yang lebih baik, iaitu mengelakkan penyebabnya. Dibawah ini lima penyebab utama terjadinya sakit kepala, seperti dilaporkan daripada Health.com.

1. Kekeringan atau Penyahhidratan
Ini adalah penyebab yang paling umum. Tubuh terdiri dari 60 peratus air dan semasa kekurangan cecair tentu saja secara langsungnya bertindak balas. Salah satu reaksinya adalah sakit kepala. Jadi, semasa anda mulai terasa sakit kepala, minumlah beberapa banyak air putih yang termanpu. Biasanya di musim panas perkara seumpama ini lebih kerap terjadi kerana kekurangan air atau cecair didalam badan.

2. Perokok Pasif
Asap dari rokok dengan mudah mencetuskan migrain dan sakit kepala. Semampu mungkin, elakkan berada di sekitar perokok. Jika terpaksa berada di lingkungan perokok, hirup aroma lain seperti peppermint untuk mengurangkan sakit kepala.

3. Kafein
Walaupun kafein boleh membantu meredakan sakit kepala, tapi terlalu banyak justeru boleh memberi kesan sebaliknya. Malah boleh menimbulkan rasa sakit di kepala. Begitu juga apabila anda mulai terbiasa minum kopi dan tidak minum sama sekali, maka akan sakit kepala sampai tubuh melakukan penyesuaian.

4. Stress
Tekanan emosi merupakan faktor psikologi yang menyebabkan sakit kepala Salah satu penyebab umumnya adalah lama di depan komputer tanpa rehat. Bergelut dengan pekerjaan dan tak sempat rehat akan membuat anda dengan mudah mengalami tekanan.

5. Sinus
Sinus kering atau padat juga menyebabkan sakit kepala. Sakit akan datang dengan rasa yang dalam dan berterusan didahi, tulang pipi atau dibahagian batang hidung. Rasa sakit biasanya makin parah intensif jika menggerakkan kepala tiba-tiba.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.