-SEKADAR ILUSTRASI PENULIS-
Dalam buku Imata'us Sami'in bi Aushafil Huuril Iin yang membincangkan sifat - sifat bidadari , Abu Muhammad Jamal Ismail membuat satu bab yang berjudul " Kekuatan Lelaki dalam Menggauli Isterinya di Syurga . " Seperti apa ? Berikut ini hadis - hadis yang menerangkannya :
عن زيد بن أرقم قال أتى النبي صلى الله عليه وسلم رجل من اليهود فقال يا أبا القاسم ألست تزعم أن أهل الجنة يأكلون فيها ويشربون وقال لأصحابه إن أقر لي بهذه خصمته قال فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم بلى والذي نفسي بيده إن أحدهم ليعطى قوة مائة رجل في المطعم والمشرب والشهوة والجماع قال فقال له اليهودي فإن الذي يأكل ويشرب تكون له الحاجة قال فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم حاجة أحدهم عرق يفيض من جلودهم مثل ريح المسك فإذا البطن قد ضمر
Dari Zaid bin Arqam ia berkata ; Seorang Yahudi mendatangi Nabi shallallahu ' alaihi wasallam dan bertanya , " Wahai Abu Qasim , bukankah anda telah berdalih bahawa penghuni syurga makan dan minum di dalamnya ? " Kemudian laki - laki itu berkata kepada temannya , " Jika ia menetapkan hal ini , maka saya akan membantahnya . " Maka Nabi shallallahu ' alaihi wasallam menjawab : " Ya , demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan - Nya , salah seorang dari mereka benar - benar akan diberi kekuatan seratus laki - laki , yakni dalam makanan , minuman , syahwat dan jima ' . " Orang Yahudi itu bertanya , " Maka yang makan dan minum , mestinya akan mempunyai hajat ( buang air ) . " maka Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam bersabda : " Hajat salah seorang dari mereka adalah keringat yang keluar dari kulit - kulit mereka yang wanginya seharum Misk , dan perut pun mengecil kembali . " ( HR. Ahmad )
عن أبي أمامة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما من أحد يدخله الله الجنة إلا زوجه الله عز وجل ثنتين وسبعين زوجة ثنتين من الحور العين وسبعين من ميراثه من أهل النار ما منهن واحدة إلا ولها قبل شهي وله ذكر لا ينثني
قال هشام بن خالد من ميراثه من أهل النار يعني رجالا دخلوا النار فورث أهل الجنة نساءهم كما ورثت امرأة فرعون
Dari Abu Umamah dia berkata ; Rasulullah shallallahu ' alaihi wasallam bersabda : " Tidaklah seorang hamba yang dimasukkan ke dalam syurga melainkan Allah ' azza wajalla akan menikahkan dengan tujuh puluh dua isteri , dua isteri dari bidadari dan yang tujuh puluh dari warisannya penduduk neraka ( isterinya penghuni neraka yang masuk syurga ) . mereka semua mempunyai kemaluan yang rapat dan lelaki syurga itu mempunyai kemaluan yang tidak loyo . " Khalid bin Hisyam berkata ; Maksud dari warisannya penduduk neraka adalah laki - laki yang masuk neraka kemudian mereka mewarisi isterinya untuk penghuni syurga sebagaimana Firaun mewarisi isterinya . " ( HR. Ibnu Majah )
Subhanallah ... [ IK / bersamadakwah ]
0 comments:
Post a Comment