Friday, May 16, 2014

Filled Under:
, ,

Rujukan serta tips untuk mendapatkan tender kerajaan

Rujukan serta tips untuk mendapatkan tender kerajaan, atau lebih dikenali sebagai perolehan kerajaan. Ramai kontraktor terutama bumiputera tidak tahu cara bagaimana nak dapatkan tender daripada projek-projek kerajaan. Ada banyak projek kerajaan sedang dibangunkan, dan setiap pembangunan itu ada lubang-lubang peluang untuk para kontraktor untuk peroleh rezeki.

Oppss ... rujukan serta tips untuk mendapatkan tender kerajaan ini bukan terhad kepada kontraktor sahaja, tetapi juga mana-mana usahawan yang mahu memasuki sebutharga projek kerajaan samada yang besar mahupun yang kecil. Ya, usahawan bekal peralatan tulis, photostate, cuci cermin bangunan, tukar langsir, jahit baju korporat, bekalkan baju sekolah 1Malaysia, sediakan taska, catkan bilik dan macam-macam lagi.

Rujukan serta Tips Mendapatkan Tender Kerajaan

Ramai usahawan yang ada tidak tahu cara untuk masuk mendapatkan tender, sebutharga dan perolehan kerajaan. Ada yang kata, mereka perlukan orang dalam untuk dapat semua projek .... ini pemikiran yang tidak seharusnya ada. Jika awal-awal dah ada dalam otak, sampai kesudah apa-apa bisnes yang anda buat akan berada di takuk lama.

Nasib baik, ada insan yang mahu kongsikan ilmu serta pengalaman beliau dalam bab-bab ini. Dan nasib baik jugalah saya promosikan ini kepada anda, supaya anda dapat manfaatnya.

Ok, mengapa saya tidak? Sebab saya bukan usahawan macam anda, saya tak ada syarikat, saya tak ada produk, saya tak ada servis. Yang saya ada hanyalah blog ini, yang kongsikan sesuatu untuk anda dapat manfaatnya. Andailah saya dah ada syarikat yang boleh jual servis dan masuk tender, tentu saya dah lama buat, dan tentu sekali blog ini pun akan kelammm je.

Panduan yang akan saya kongsikan ini boleh dikatakan sebagai tips, teknik, cara dan kaedah lengkap untuk mana-mana usahawan di Malaysia memasuki tender, sebutharga dan perolehan kerajaan. Anda akan tahu bagaimana nak daftar dengan eperolehan dan bagaimana nak semak menerusi ebidding yang pernah saya cerita di sini - Cara Semak Keputusan Ebidding Tender Kerajaan

Bagi yang tak berapa tahu pasal kontrak-kontrak kerajaan atau tender atau sebutharga ni, saya boleh sebutkan sedikitlah untuk anda pada mana-mana yang tak tahu tu.

Jenis Perolehan Kerajaan

Sebut harga bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja adalah tertakluk kepada had nilai seperti berikut: 

Perolehan Bekalan /Perkhidmatan

  1. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000 hingga RM100,000 hendaklah dipelawa di kalangan sekurang-kurangnya lima (5) pembekal/syarikat bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan; dan
  2. Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM100,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa daripada sekurang-kurangnya lima (5) pembekal/syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan terbuka kepada syarikat Bumiputera/Bukan Bumiputera. 

Perolehan Kerja-kerja Kecil

  1. Bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal yang dianggarkan bernilai melebihi RM20,000 hingga RM100,000 perolehan bolehlah dibuat berdasarkan Jadual Kadar Harga Kejuruteraan Awam. Pemilihan kontraktor hendaklah dibuat secara adil seperti undian atau pusingan atau sebut harga di kalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM);
  2. Bagi perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal dan yang tidak mempunyai Jadual Kadar Kejuruteraan Awam yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM500,000 agensi hendaklah mempelawa sebut harga di kalangan kontraktor Kelas F yang berdaftar dengan PKK dalam kelas, kepala dan sub bidang yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM); dan
  3. Bagi kerja-kerja bukan requisition yang bernilai melebihi RM20,000 hingga RM500,000 hendaklah dipelawa secara sebut harga. Agensi adalah dilarang memecah kecilkan perolehan bagi mengelakkan pelawaan sebut harga. 
Ok, ada yang mungkin nak tahu, siapa ... usahawan yang macamana yang boleh masuk tender kerajaan ni? Siapa yang layak dalam urusan ini? Ok, biar saya bagi penerangan ringkas ... jangan tanya lebih-lebih sebab memang saya tak tahu sangat ... nih kongsi apa yang saya tahu je ye ...

Siapakah yang layak menyertai urusan Sebut harga?

Kontraktor/pembekal yang layak menyertai urusan sebut harga adalah seperti berikut: 

Kerja

  • Bagi kerja sehingga RM200,000, kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang bertaraf Bumiputera dengan kelas F di bawah kepala/sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
  • Bagi kerja melebihi RM200,000 hingga RM500,000, kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan kelas E di bawah kepala/sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Bekalan/Perkhidmatan

  • Pembekal/syarikat yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM50,000 hingga RM100,000.
  • Pembekal/syarikat (Bumiputera/Bukan Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM100,000 hingga RM500,000.
Rasanya, dah padat maklumat ringkas saya berikan ini, boleh jadi sebagai rujukan ringkas dan tips untuk mendapatkan tender kerajaan.

Jika mahu dapatkan yang lebih, saya syorkan anda rujuk di sini - http://is.gd/tendergomen

Tak ramai yang ada kepakaran dan ilmu mahu kongsikan bagaimana nak menang tender dan perolehan kerajaan, jika anda mahu berjaya, dapatkan ilmu ini yang diberikan oleh mereka yang dah berjaya.

Ok, satu tips yang telah diberikan kepada saya ...

Kunci utama untuk perolehan secara pembelian terus adalah hubungan yang baik. Mulai sekarang kenali mereka yang menguruskan pembelian terus ini. Lebih kerap anda hubungi mereka, lebih besar peluang anda mendapatkan projek dari mereka - http://is.gd/tendergomen

Selamat bertender ....  

Baca Selengkapnya - Rujukan serta Tips Mendapatkan Tender Kerajaan 

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.