Thursday, April 3, 2014

Filled Under:

TERKINI ! LOKASI PESAWAT #MH370 - PENEMUAN SATELIT AMERIKA SYARIKAT ?!


Hari ini adalah hari ke-26 kehilangan pesawat MH370. Ianya masih menjadi misteri disebalik penglibatan banyak negara dan peralatan berteknologi tinggi dan canggih.

Skop pencarian pesawat MH370 bertukar beberapa kali mengikut penemuan radar beberapa negara seperti China, Jepun dan Thailand. Kini ianya dikoridor selatan Lautan Hindi berhampiran dengan benua Australia. 

Namun ekspedisi Search and Rescue (SAR) MH370 menerima pelbagai rintangan ekosistem Lautan Hindi yang ganas dan tidak menentu.

Yang terbaru, PM DS Najib Razak berada di Perth bersama Tony Abbot, PM Australia untuk melihat sendiri proses SAR MH370. Begitu juga dengan kehadiran kapal selam Tentera Britain, HM Tireless yang turut serta di dalam SAR MH370.



Sudah tentu ada mulut-mulut sumbang begitu cepat menyamakan fungsi dan spesifikasi HM Tireless dengan kapal selam Scorpone milik Malaysia. Padahal Scorpone tidak sama dengan HM Tireless dari segi operational duty dan spesifikasinya.




Cuma yang menjadi persoalan ialah berapa banyak yang Tentera Amerika Syarikat tahu tentang lokasi sebenar pesawat MH370? 

Persoalan ini timbul kerana pulau Diego Garcia terletak kira-kira 4,720 kilometer daripada perairan Barat negara Australia iaitu kira-kira 3,000 kilometer daripada zon SAR MH370. Diego Garcia adalah penempatan tentera strategik negara Amerika Syarikat:
Naval Support Facility (NSF) Diego Garcia, a large naval ship and submarine support base, military air base, communications and space-tracking facility, and an anchorage for pre-positioned military supplies for regional operations aboard Military Sealift Command ships in the lagoon. more

 Begitu juga dengan sistem AFSCN yang terdapat di Diego Garcia :
The Air Force Satellite Control Network (AFSCN) provides support for the operation, control, and maintenance of a variety of United States Department of Defense and some non-DoD satellites. This involves continual execution of Telemetry, Tracking, and Commanding (TT&C) operations. 
In addition, the AFSCN provides prelaunch checkout and simulation, launch support, and early orbit support while satellites are in initial or transfer orbits and require maneuvering to their final orbit. 
The AFSCN provides tracking data to help maintain the catalog of space objects and distributes various data such as satellite ephemeris, almanacs, and other information.
Negara Jepun, Malaysia, Thailand dan China telah berkongsi penemuan satelit masing-masing. Bagaimana pula dengan satelit negara Amerika Syarikat?

Tetapi, classified atau pun tidak, sama ada wujud bukti atau pun tidak, kita percaya kerajaan Malaysia telah diberi input yang secukupnya oleh pihak Amerika Syarikat.



Anda baca juga artikel ini : 
SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui. 
Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370. 
Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370. 
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong. 
Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi. 
Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan. 
Dakwaan penduduk Maldives kukuh 
Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut. 
Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan. 
Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km. 
Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia - Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut. 
MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi. 
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan. 
Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar. 
Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu. 
Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka. 
Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama 
Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat. 
Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar. 
Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut. 
Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan. 
Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat. 
Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana. 
Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh. 
Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam. 
Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter. 
Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. 
Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi 
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain. 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin. 
Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370. 
Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis. 
Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut. 
"Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan," katanya. 
Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang. 
Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang "bersih" daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi. 
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan. 
Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh. 
“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui. 
“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian. 
Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada. 
Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan. 
Kini, kesemua persoalan berhubung 'di mana MH370' tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.