Friday, April 4, 2014

Filled Under:

Terbaru-Penyiasat Percaya Seseorang di Dalam MH370 Bertanggungjawab Alih Haluan


LONDON - Pihak berkuasa Malaysia menegaskan bahawa seseorang yang berada di dalam pesawat bertanggungjawab terhadap kehilangan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) pada 8 Mac lalu, lapor akhbar Daily Telegraph kelmarin.

Lapor akhbar itu, para penyiasat masih percaya sistem komunikasi ditutup dan pesawat itu membelok ke arah barat ketika di Teluk Siam yang dilakukan dengan sengaja.

Dua sumber rasmi yang rapat dengan siasatan itu berkata, terdapat tiga sebab utama para penyiasat percaya gerakan pesawat tersebut sebelum ia dilaporkan hilang daripada radar adalah disengajakan.

Pertama, komunikasi pesawat atau transponder yang dimatikan ketika proses penyerahan pesawat itu dari pusat kawalan trafik udara Malaysia kepada pusat kawalan trafik udara Vietnam.

Para penyiasat berkata, pada waktu itu kehilangan pesawat daripada radar adalah paling kurang disedari oleh pusat kawalan trafik kedua-dua negara.

"Ini adalah waktu paling berharga untuk menghilangkan sebuah pesawat dan waktu itu telah dieksploitasikan," kata sumber.

Petunjuk kedua adalah laluan pesawat tersebut selepas ia hilang daripada radar menunjukkan ia telah diprogramkan untuk beralih arah secara sengaja. -kosmo.com.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.