Saturday, October 26, 2013

Filled Under:

Kemana Halatuju 45,000 Juruteknik Sektor Awam Menjelang 2014?

Bismillah..
Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi,berkat kurniaNya, saya, selaku penjawat awam,juga sahabat seangkatan bakal menerima 1/2 bulan bonus pada awal 2014 kelak seperti yang disampaikan Perdana Menteri semasa membentengkan Bajet 2014 petang semalam walaupun setiap kali menjelang tibanya Pembentangan Bajet yang sering diadakan pada Oktober setiap tahun, Cuepacs sering memohon supaya kerajaan memberi paling kurang 2 bulan bonus kepada kakitangan sektor awam seluruh negara.Sedikit coretan dari saya yang sangat-sangat mengantuk dikala ini.



Khabar angin sebelum Pembentangan Bajet 2014 ada menyatakan nasib 45,000 juruteknik sektor awam bakal berubah berikutan skim gaji dan gred baru akan diperkenalkan,malahan khabar angin ini juga menyatakan perkara ini telahpun dikuatkuasakan pada Julai 2013 yang lalu. Baca disini, http://anakujangbelog.blogspot.com/2013/10/gred-naik-45000-juruteknik-nikmati-skim.html
Walaubagaimanapun, ternyata ia khabar angin setelah Bajet 2014 semalam langsung tidak memetik berkenaan hal ini.
Jadi, bagaimana dengan nasib 45,000 juruteknik yang sering diperolokkan berkenaan cadangan menaiktaraf skim dan gred juruteknik yang telah lama digembar-gemburkan?

Perkara utama yang bakal diketengahkan ini telah pun lama dibincangkan, diperhalusi disetiap peringkat dan sering kali dimomokkan pelbagai media cetak juga elektronik membawa harapan yang menggunung tinggi 45,000 juruteknik sektor awam seluruh Malaysia agar skim dan gred yang sediaada seperti Juruteknik am-nya dinaiktarafkan sebagaimana Kerajaan Malaysia menaiktaraf skim Penolong Pegawai Tanah (S.O) yang dulunya berada sama gred dengan kami. Sila ikuti pautan ini untuk maklumat lanjut : 
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/16/pp162009.pdf 

Perkara ini bukanlah perkara baru,malahan ia telah dibincangkan lebih sedekad yang lalu (seperti yang dikatakan otai2 JT). Mengapa skim penolong pegawai tanah berjaya dinaikkan,tetapi gred J ini contohnya sekadar diperbincangkan tanpa ada peningkatan juga titik tolak dan kata putus? Apakah perbezaan kelayakan  yang begitu ketara bagi mengisi kekosongan jawatan sektor awam antara skim juruteknik berbanding penolong pegawai tanah? Jika ada,mohon nyatakan kepada saya kerana saya bukanlah seorg makhluk serba serbi tahu.

Mengapa setiap tahun hanya alasan AKAN DIPERHALUSI DAN DIBINCANGKAN yang kedengaran ketika mana kami mengharapkan sesuatu khabar baik yang telah lama ditunggu oleh kami? Saya telah berkhidmat di sektor awam ini melebihi 4 tahun dan alasan ini jjuga telah 4 tahun didendangkan kepada saya. Daripada menaruh harapan yang menjulang tinggi kepada pihak kerajaan juga jabatan terlibat khususnya, kini saya mengambil pendekatan iaitu membiarkan berita itu berlalu dibawa angin lalu,daripada mengharapkan sesuatu yang belum tentu kita kecapi. Bagaimana dengan sebahagian 45,000 juruteknik lain pula yang telah lama berkhidmat di sektor awam? Saya rasa tiap kali mereka mendengar berita tentang naiktaraf skim juruteknik ni, mereka dah x ambil endah berikutan sering di'perolokkan' oleh 'perikata'n yang hanya berlakon memberi khabar baik tanpa niat mahu menghulurkan tangan memberi bantuan kepada para juruteknik yang telah sekian lama berjuang bagi merealisasikan perkara ini sebagaimana kejayaan yg dicapai Penolong Pegawai Tanah (S.O) yang suatu ketika dahulu juga pernah melalui jalan yang sama kami lalui kini.
Saya juga acapkali teruja ketika mana media elektronik juga media cetak mengeluarkan berita mengenai rancangan pihak kerajaan bagi penaiktarafan skim juruteknik tetapi terkesima juga kecewa pabila kata putus pihak kerajaan adalah sama dengan jawapan tahun-tahun yang sudah.

Apakah ia hanya sekadar khabar angin penyedap halwa telinga kami? Jika itulah perancangannya, berterus-teranglah kepada kami supaya kami tidak lagi mengharapkan apa-apa berkenaan hal ini. Kami,juruteknik juga punya hati dan perasaan, janganlah dipermainkan sebegini rupa. Bantulah kami menyelesaikan masalah kami ini yang telah sekian lama berlarutan agar kami juruteknik-juruteknik dapat menjalankan kerja dengan lebih efisyen dan cekap lagi demi meningkatkan kualiti kerja jabatan kami juga pihak kerajaan khususnya. Jika perkara ini tiada menampakkan jalan keluar,saya sedia menarik layar angan-angan kami ini dan meneruskan tugas kami sebagaimana sekarang tanpa adanya dendam terhadap mana-mana pihak.

Sekian..

Juruteknik Keliru&Terkesima


0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.