Assalamualaikum..last week saya ke bank atas satu urusan. Semasa tengah berurusan dengan pegawai bank yang agak cun tuh,aku terjeling la kat seorang mamat cina yang tengah tanda tangan beberapa dokumen.
Yang menarik minat saya masa tu dia memulakan tandatangan dari kanan ke kiri. Dah macam tulisan arab la pulak. Apa kata kita tukar tandatangan kita dengan memulakan dari kanan ke kiri? dan kita gunakan abjad jawi sebagai pengantara..
Dalam pada itu,kita juga membangkitkan semula mood menulis dan membaca tulisan jawi yang semakin hilang ditelan arus permodenan. Kalau ada la lagi Pendeta Za'aba,msti dia akan kecewa dgn orang melayu sekarang yang da x 'reti' baca tulisan jawi.
0 comments:
Post a Comment