Wednesday, December 19, 2012

Filled Under:

Hari Pengisytiharan Dajjal Sebagai Tuhan


The Grand Parade adalah satu perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal The False Messiah untuk mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Allah SWT mencatatkan kisah Ashabul Kahfi yang peristiwanya persis perarakan raksasa yang diaturkan oleh Dajjal. Maklumat ini saya titipkan di dalam satu kitab lama tulisan Almarhum Sheikh Uthman Jalaludin bertajuk Alamat Kiamat terjemahan dari kitab Arab beliau berjudul Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah.{1} Perhimpunan ini disebut oleh Sheikh Jalaluddin di mana pengikut Dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan yang besar. Inilah gambaran sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan teliti oleh Dajjal.

Tindakan Dajjal mengumpulkan seluruh manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak. Dua peritiwa yang berlaku dengan jarak tahun yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata.
Di dalam riwayat kitab kisah anbiya dan Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang yang beriman yang hidup beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa as. Bahawa kisah itu terjadi di negeri Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Ephese). Setelah Islam datang, kota itu berubah nama Tharsus (Tarse) sekarang terletak di dalam wilayah Turki. Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai seorang raja yang baik. Setelah raja itu meniggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang Raja Persia bernama Diqyanus. Diqyanus adalah seorang raja yang kafir dan amat bongkak serta zalim. Dia datang menyerbu negeri itu dengan kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus. Olehnya, kota itu dijadikan, ibu kota kerajaan lalu dibina sebuah istana yang agam.

Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30 tahun tanpa dapat digugat. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana Diqyanus merasakan dirinya sedemikian kuat dan sihat, kesombongannya mula membuak ; kehairanannya sama seperti apa yang dirasa oleh Namrud. Sehingga dia berani mengaku dirinya sebagai 'tuhan' dan dia menafikan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta seluruh langit dan bumi.

Bermula dari saat itu, Diqyanus memanggil seluruh rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dengan diiringi paluan gendang, tarian dan hiburan - ia umpama pesta. Seluruh rakyat diseru keluar menuju ke tempat perayaan tanpa kecuali di dalam satu perarakan raksasa yang maha hebat.

Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai gelaran tuhan dengan rasminya. Dia memaksa seluruh penduduk kota menyembahnya disamping berhala-berhala lain yang diciptanya. Pesta pada hari itu tidak hanya diiringi dengan bunyi-bunyian bahkan dipersembahkan binatang korban untuk berhala-berhala tersebut{2} 
[saya hentikan petikannya di sini...]
Perhatikan hadith di bawah ini. Ia seperti menceritakan mengenai insiden ini. Manusia seolah-olah terpukau dan mahu menyertai perhimpunan yang diaturkan oleh Dajjal ;
"Tempat berhentinya (berkumpulnya) Dajjal di tanah berair. Kaum yang paling banyak menyertainya adalah wanita sehingga seorang lelaki kembali kepada isterinya, ibunya,  anak perempuannya dan ibu saudaranya, lalu mereka mengikat mereka dengan tali kerana takut mereka akan keluar mengikuti Dajjal..."{3}
Inilah percubaan kemuncak Dajjal yang mahu menipu manusia. kemuncak fitnah ini turut menyamai Namrud dan Firaun yang mengisytiharkan diri mereka sebagai Tuhan di hadapan manusia di dalam perhimpunan besar dan perdana.

Hadith dari Ummu Syarik, berkata :
Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda; "Sungguh manusia akan berlari dari dajjal ke gunung-gunung." (Riwayat Imam Muslim dari Ummu Syarik)
Inilah peristiwa yang amat penting untuk disingkapkan menjelang kedatangan Dajjal dan kita temui semua persamaan ini di dalam Surah al-Kahfi ayat 9 ~ 16.

Situasi getir ini akan berlaku apabila Dajjal mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan. Setelah berlaku beberapa fasa penipuan dan setelah semakin ramai manusia mengikutinya, maka Dajjal memanggil satu perhimpunan agung (The Grand Parade). Dipanggilnya semua manusia untuk datang dan diseru kehadiran manusia seolah-olah suara itu datang dari langit. Perhimpunan ini dihadiri oleh dua malaikat (di dalam riwayat lain mengatakan dua orang nabi) di kiri dan kanannya untuk mempersaksikan pengakuan palsunya.

Di dalam perhimpunan inilah Dajjal akan menunjukkan kesaktiannya yang di luar kemampuan batas pemikiran manusia. Dia akan menzahirkan alam neraka dengan api yang menjulang tinggi dan syurga yang penuh dengan kenikmatan. manusia dipaksa membuat pilihan. Ketika ada yang takjub dengan maka dia akan berseru bahawa dialah tuhan manusia. Terjadi dialog yang diubahreka dengan kedua-dua malaikat itu. Malaikat itu seolah-olah mengaku dia adalah tuhan.
"...Dan keluarlah dua lembah bersama Dajjal, salah satunya adalah lembah syurga dan satu yang lain adalah lembah neraka. Kemudian dia berkata kepada manusia: 'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidupkan dan mematikan manusia?' Dia bersama dua orang nabi (di dalam riwayat Tarmizi mengatakan malaikat) di mana aku tahu namanya dan nama bapanya. Jika aku ingin, maka aku akan menyebut nama kedua-duanya. salah satu dari keduanya berada di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian Dajjal bertanya:'Bukankah aku ini tuhan kalian yang dapat menghidup dan mematikan?' Salah seorang dari keduanya berkata: 'Kamu dusta.' tetapi jawapan itu tidak didengari oleh sesiapa selain rakannya yang disebelahnya. Maka lantas dia menjawap: 'Kamu benar.' Dan jawapan itu didengari oleh semua manusia."
Manusia mula mempersoal diri sendiri. Hati manusia yang hadir pada perhimpunan itu mula berbolak-balik. jeritan dan tangisan mula kedengaran. Dalam keadaan cemas itulah Dajjal mengisytiharkan dia adalah tuhan manusia. Maka ketika inilah tersingkap wajahnya yang sebenar; segala pesona penyamaran wajah manusia kacak seperti seorang penyelamat pudar. Yang terjelma adalah wajah hodoh dengan mata kiri yang berselaput (buta sebelah mata), bertubuh besar dan tertulis perkataan 'qaf-fa-ra' di antara kedua keningnya. Ia jelas dapat dilihat oleh orang mukmin yang ramai walaupun yang tidak tahu membaca.{4}

Malangnya ketika itu manusia tidak memikirkan keburukan bentuk rupa Dajjal. Manusia hanya memikirkan nasib mereka, apakah mahu masuk ke dalam syurga Dajjal (sebenarnya Neraka) atau jurang nerakanya (sebenarnya Syurga) dengan nyalaan apinya yang menjulang tinggi. Pada masa itu, keadaan menjadi hura-hara. Bapa menarik anak dan suami menarik isteri. Masing-masing mahu lari menyelamatkan diri antara fitnah Dajjal atau neraka ciptaannya.

Nabi Muhammad SAW berpesan :
"Sesungguhnya aku lebih tahu tentang apa yang dibawa oleh Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir. Salah satu daripadanya mata akan melihat sebagai air putih dan yang lainnya akan melihatnya sebagai api yang menyala-nyala. Jika kamu menemuinya, hendaklah mendatangi sungai yang dilihat sebagai api dan hendaklah memejamkan mata kemudian menundukkan kepala serta minum daripadanya kerana ia adalah air yang segar." (Riwayat Ahmad di dalam Al-Musnad dari Huzaifah)
Ada yang tidak tahan melihat jurang api yang dalam lantas melutut di hadapan Dajjal mohon diselamatkan dari azab yang mengerikan itu. Maka mereka yang kukuh imamnya dan yang sudah 'ihsan' hatinya dengan Allah SWT lari menjauhi perhimpunan itu seperti tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang meninggalkan perhimpunan Raja Diqyanus.
"Dan tatkala kalian meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhan kalian akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepada kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna bagi kalian dalam urusan kalian." (Surah al-Kahfi; 16)
Persoalan samada Dajjal akan muncul sebagai penyelamat palsu - Imam Ke-12 Syiah yang kini semakin mendapat sokongan majoriti umat Islam sedunia ada juga kebenarannya. Dajjal yang menyamar sebagai penyelamat kepada umat Islam (kini Iran dianggap wira negara Islam) berjaya mengajak pengikutnya berkumpul di The Grand Parade untuk mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan manusia kerana pada ketika itu mereka telah terpedaya dengan penyamaran Dajjal.

Muhammad Nurani Maarif, dalam bukunya bertajuk Membongkar Misteri Dajjal, secara terperinci menghuraikan bagaimana munculnya seorang individu misteri dalam setiap tamadun purba yang telah membuatkan dirinya dianggap sebagai Tuhan/Dewa dan kemudian menghilangkan diri selain berjanji akan kembali di akhir zaman sebagai penyelamat.{5} Hal ini hampir sama dengan kisah Imam Ke-12 Syiah yang dikatakan telah hilang dalam sebuah gua - dan dipercayai akan kembali semula di akhir zaman.
Perarakan yang berlaku di Bahrain misalnya didakwa oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi tidak lebih hanya satu revolusi mazhab. 
"Tidak ada revolusi rakyat di Bahrain, melainkan (revolusi) mazhab," kata al-Qaradawi, sebagaimana dipetik Al-Arabiya (19/3). Menurut Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu, wujudnya campur tangan asing di sebahagian puak yang ada, sehingga tuntutannya tidak lagi murni dari rakyat Bahrain. Puak yang ingin menggulingkan puak lain hanya mengutamakan kepentingannya sendiri. 

"Revolusi di negara Arab lain ada kesamaan di mana yang tertindas melawan pihak penindas. Sedangkan di Bahrain berunsur kemazhaban, di mana Syiah melawan Sunni". Menurutnya lagi, revolusi Mesir melibatkan rakyat dengan latar belakang berbeza seperti Muslim, Kristian, tua, muda, sekular, agama, seperti halnya di Tunisia, Yaman dan Libya. Tetapi tidak di Bahrain yang hanya melibatkan puak Syiah. 

Demonstrasi yang dilakukan kumpulan Syiah Bahrain juga bukan secara 'damai' tetapi bersenjata. "Kumpulan Syiah menyerang kumpulan Sunni dan mengambil alih masjid-masjid mereka dengan menggunakan senjata seperti halnya golongan baltajiyyah (samseng) yang kita saksikan di Yaman dan Mesir," jelas Sheikh Yusuf al-Qaradawi. 
Jika huraian saya diatas diambil kira bersama keadaan semasa, maka hampir pasti bahawa Dajjal itu akan muncul sebagai penyelamat palsu umat Islam sebagai Mahdi Syiah {6}, memandangkan mazhab itu semakin mendapat sokongan sebahagian umat Islam yang buta berkenaan hadith-hadith riwayat akhir zaman.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.