Bercouple dengan duda atau janda memang tidak ada salahnya namun sebelum anda menjalin percintaan dengan mereka sebaiknya anda harus memerihatikan beberapa perkara dibawah ini agar dikemudian hari anda tidak menyesal setelah bercouple dan bahkan telah berkahwin dengan mereka. Berikut ini ada beberapa tips jika anda ingin bercouple dengan mereka. Ingin tahu jom teruskan pembacaan anda berkaitan dengan 5 Tips Bercouple Dengan Duda atau Janda.
1.Apakah anda mahu mempunyai zuriat?
Sebelum anda bercouple dengan mereka lihat dulu apakah mereka ini sudah mempunyai anak dan tanyakan kepada beliau jika sudah berkahwin nanti apakah beliau mahu mempunyai anak dari anda, apa tidaknya biasalah mereka yang sudah mempunyai anak dan anak-anak yang lain tetap menjadi tanggungannya. Mana tahu mungkin beliau sudah tidak mahu mempunyai anak. Anda seharus menanyakan perkara ini sebab anak dalam suatu perkahwinan sangat penting. Perlu diperhatikan jangan pernah memaksakan kehendak anda bincangkan ini semua secara baik.
2. Bekas Isterinya atau Suminya
Bekas isteri atau suami merupakan sebahagian dari dairy masa silamnya. Anda perhatikan jika pasangan anda masih bermasalah dengan bekas isteri atau suminya. Masih ada permasalahan yang belum diselesaikan tentang percerainya di mahkamah sebaiknya anda jangan ikut campur dengan urusan ini.Jangan libatkan diri anda turut sama dengan situsi ini. Pasti banyak mengundang masalahnya.
3. Jangan Terburu-buru
Rancanglah segalanya dengan penuh berhemah dan jangan terburu-buru mengambil keputusan untuk berkahwin biasanya lelaki duda atau perempuan janda memerlukan waktu untuk mengisi hatinya dengan orang lain jangan kerana anda terlalu ingin cepat bernikah dengan pasangan anda, anda malah diputuskan daripada mereka yang masih mengharapkan anda.
4. Masalah Kewangan
Perhatikan masalah kewangan jangan perkara ini kelak menambah beban kewangan kepada anda. Sudah tentu sekali akan terjadi masalah kewangan dikemudian hari. Biasanya duda atau janda yang sudah mempunyai anak pasti tidak dapat tidak terpaksa menangung kos sara hidup dan lain-lain perkara yang berkaitan. Bebezalah seandainya mereka itu memang jenis orang yang berada :)
5. Ambil Tahu Tentang Urusan Seharianya.
Apabila pasangan anda selalu disibukkan dengan urusan bersama bekas isteri atau suami dan anak-anaknya, maka itu menandakan bahawa dirinya masih belum bersedia dan serius dengan anda. Sebaiknya anda pastikan terlebih dahulu, sama ada pasangan anda mempunyai cukup masa untuk bersama anda atau tidak. Perkara ini amat berbeza jika pasangan tersebut tersebut telah bercerai mati dengan isteri atau suaminya yang dahulu. Mungkin beberapa masalah lain diatas tidak akan timbul :)
Akhir sekali seandainya anda telah bersedia dengan sebarang kemungkinan diatas teruskan sahaja niat anda itu. Paling penting jangan main redah aje :) Gamaknya kalau kita berminat pada mereka yang berstatus single mungkin masalah di atas tidak perlu difikirkan sangat :)
0 comments:
Post a Comment