Thursday, November 29, 2012

Filled Under:

Inilah Fakta Nyata Mengenai Israel




1 - Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara AUTOMATIK? Sementara warga Palestin yang merupakan penduduk asal di tanahair sendiri terus diusir ke luar dari Palestin merempat di negara jiran? 

2 - Tahukah anda bahawa pelarian Palestin merupakan PELARIAN TERBESAR di dunia? 

3 - Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel MEMBAYAR 6 jabatan MEDIA Amerika untuk menerbitkan IMEJ POSITIF Israel khasnya kepada masyarakat Amerika dan Eropah? 

4 - Tahukah anda bahawa Amerika MENYALURKAN dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahun untuk menyumbang kepada Israel? 

5 - Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1.8 billion US setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika? 

6 - Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Oleh kerana Amerika merupakan NEGARA SEKUTU UTAMA bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya. 

7 - Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang MENOLAK menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya? 

8 - Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear? 

9 - Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera MENGAKU terus terang bahawa tentera Israel MEMBUNUH semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan? 

Daku Amat Menyintai Mu

10 - Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalaulah serangan itu dilakukan oleh organisasi atau negara Islam? CONFIRM serta merta Amerika beraksi keras.

11 - Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak MENGABAIKANresolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan Amerika? 

12 - Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih 1000 orang Palestin terdiri dari anak2, wanita dan org tua? 

13 - Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte duduk berbaris di atas tanah, sebelum dia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu anda lagi bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu TIDAK BERSALAH dan bahkan mendapat penghargaan khusus? 

14 - Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang mana penduduknya bergelar DOKTOR FALSAFAH. Hal ini dapat dilihat berdasarkan dari jumlah purata penduduknya

15 - Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana DIHALANG dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO? 

16 - Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu utk menjaga diri mereka? 

17 - Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak2 dan keselamatan warga awam Palestin? 

18 - Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut dengan tujuan supaya masjid itu runtuh dengan sendirinya bila berlaku gempa bumi? 

19 - Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara Rasisme dan Apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum ia memerintah? 

Daku Amat Menyintai Mu

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.