Wednesday, September 12, 2012

Doa Seorang Sang Suami


DOA SEORANG SANG SUAMI


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cubaan-Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

 

Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya isteri ku ini adalah isteri yang akan membimbing tanganku d ititian-Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untukku di Jannah-Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya isteri ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya isteri ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu
Sekiranya isteri ku tergoda dengan keindahan dunia-Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya isteriku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya isteri ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat-Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa Rahmat-Mu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu
Jadikanlah aku suami yang disenangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi suami yang Solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi suami yang dirahmati
Suami yang dikasihi
Suami yang soleh
Suami yang sentiasa di hati isteri
Amin, amin Ya Rabbal Allamin

Wednesday, March 28, 2012

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?

Lama menyepi setelah sibuk dengan beberapa kerja yang  xpenah sudah..hari ni aku terjumpa 1 artikel yg baik untuk menyelusup masuk ke minda tuan-tuan dan puan-puan..

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur?


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci dan tidak suka kerana menyakitinya. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adamakan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapiHawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.
  Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugasHawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW,


“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”


Maksudnya adalah dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
 

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sukar untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Fikir-fikirkanlah....

Copyright @ 2013 INSANI.