Thursday, May 30, 2013

Etika Pemancing

Assalamualaikum..kali ni aku nak kongsi etika pemancing yg perlu disematkan dalam diri sanubari semua kaki pancing samada yang baru nak berjinak mahupun yang dah dikategori sebagai 'otai'..entry ni dicedok daripada beberapa majalah pancing yang sentiasa mengingatkan para pembaca berkenaan etika pemancing..

1. Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja. Ini sangat-sangat sukar untuk dilaksanakan oleh para pemancing terutama bila itu lah satu-satunya ikan yang berjaya didaratkan. "Anak ikan je bang ooiiiii..lepaskan la,bagi besar sikit" Lepaskan la ikan yang tak diperlukan atau kecil bagi kepuasan anda pada masa depan.

2. Jangan membuang sampah merata-rata semasa memancing bagi mengekalkan kebersihan sungai dan alam sekitar.

3. Tingkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot. Ilmu memancing ni sangat luas dan pelbagai. Bagi tidak membuatkan pemancing termenung lama selepas pancing direntap ikan dan terlepas(salah satu contoh),belajarlah cara ikatan yang betul. Cara pengendalian bot juga perlu dipelajari supaya pemancing yang jarang mengendali bot tidak 'gabra' jika diminta supaya mengendali bot terutama semasa 'emergency case'.

4. Hormati hak pemancing lain. Hal ini perlu bagi menjamin keselesaan dan keharmonian kepada kita juga pemancing lain. Tiada siapa yang mahu diganggu semasa memancing,kan. Jadi sentiasalah saling hormat menghormati.

5. Hormati peraturan padang pancing persendirian. Setiap kolam pancing persendirian mempunyai peraturan mereka. Jadi patuhilah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini contohnya dihalau keluar oleh 'tauke' kolam.

6. Sebarkan pengetahuan. Sentiasa memberi tunjuk ajar dan jangan kedekut ilmu kepada rakan-rakan seperjuangan dan lain-lain jika diminta tunjuk ajar atau mempunyai pengetahuan baru berkenaan arena pancing ini. Tidak rugi jika berkongsi.

7. Menyokong pemulihan alam sekitar. Dewasa ini,kebanyakan sungai di negara kita mengalir lesu tanpa kocakan ikan disebabkan penangkapan ikan secara berlebihan dan yang lebih teruk menggunakan kaedah yang diharamkan. Jadi,bagi menyokong pemulihan alam sekitar,adalah perlu setiap pemancing memancing ikan menggunakan kaedah yang betul dan yang paling penting,kikis sifat tamak dalam diri semasa memancing bagi mengekalkan ekosistem sungai yang kian terancam.

Monday, May 13, 2013

JADILAH SEPERTI TAPAK SULAIMAN




 Di sebuah kampung, tinggallah seorang budak bersama bapanya yang telah menginjak ke usia tua. Mereka berteduh daripada terik mentari dan kesejukan malam di sebuah pondok usang yang letaknya berhampiran dengan pantai. Dek kemiskinannya budak itu tidak mempunyai teman sepermainan dan hanya pantailah pengubat kesedihannya.


    Suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Ini menyebabkan air pasang dan paras air di pantai meningkat. Setelah pantai kembali tenang, si budak itu turunlah ke pantai dan mendapati begitu banyak tapak-tapak sulaiman yang terdampar dihanyut dek ombak ke tepian. Lantas, tanpa berfikir panjang budak itu mengutip tapak-tapak sulaiman tersebut dan mencampaknya kembali ke laut.
Si ayah yang sedang mencarinya terlihat perbuatannya itu dan berkata,
          “Wahai anakku, apa yang kamu lakukan terhadap tapak-tapak sulaiman yang telah mati itu? Adakah kamu fikir yang mereka akan hidup kembali walaupun kamu telah mencampakkannya kembali ke laut?”
Si anak dengan tenang menjawab,
          “Ayahku,walaupun aku tahu si tapak sulaiman yang terdampar ini kelihatan semuanya telah mati, namun aku pasti ada antara mereka yang masih bernyawa. Aku ingin kembalikan kehidupan kepada mereka supaya mereka dapat kembali dan berbakti kepada laut serta alam yang memerlukan mereka. Dan aku tidak akan berhenti mencampakkan bangkai-bangkai ini ke laut sehinggalah sampai ke tapak sulaiman yang terakhir.”

     Si ayah berasa begitu sebak dengan kata-kata anaknya dan terus membantu si anak mengutip tapak sulaiman untuk dikembalikan ke laut dengan harapan jikalau tidak sepuluh yang masih hidup, sekurang-kurangnya lima yang bernyawa. Kalau tidak lima,sekurang-kurangnya satu tapak sulaiman yang hidup untuk  terus menyumbang dan berbakti kepada laut serta alam ini.
    Kita adalah antara ribuan tapak sulaiman yang terdampar. Ramai antara kita akan mati dalam travelog sebuah kehidupan tanpa dapat menyumbang apa-apa. Jadilah seperti tapak sulaiman yang masih hidup itu, agar dengan kehadiran kita dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan yang paling penting kepada agama kita. Janganlah kita mati selain di jalan jihad untuk agama dan hiduplah kita dengan azam untuk terus membantu Islam yang kita yang kita cintai.

Copyright @ 2013 INSANI.