Thursday, May 30, 2013

Filled Under:

Etika Pemancing

Assalamualaikum..kali ni aku nak kongsi etika pemancing yg perlu disematkan dalam diri sanubari semua kaki pancing samada yang baru nak berjinak mahupun yang dah dikategori sebagai 'otai'..entry ni dicedok daripada beberapa majalah pancing yang sentiasa mengingatkan para pembaca berkenaan etika pemancing..

1. Membawa balik ikan yang diperlukan sahaja. Ini sangat-sangat sukar untuk dilaksanakan oleh para pemancing terutama bila itu lah satu-satunya ikan yang berjaya didaratkan. "Anak ikan je bang ooiiiii..lepaskan la,bagi besar sikit" Lepaskan la ikan yang tak diperlukan atau kecil bagi kepuasan anda pada masa depan.

2. Jangan membuang sampah merata-rata semasa memancing bagi mengekalkan kebersihan sungai dan alam sekitar.

3. Tingkatkan ilmu memancing dan pengendalian bot. Ilmu memancing ni sangat luas dan pelbagai. Bagi tidak membuatkan pemancing termenung lama selepas pancing direntap ikan dan terlepas(salah satu contoh),belajarlah cara ikatan yang betul. Cara pengendalian bot juga perlu dipelajari supaya pemancing yang jarang mengendali bot tidak 'gabra' jika diminta supaya mengendali bot terutama semasa 'emergency case'.

4. Hormati hak pemancing lain. Hal ini perlu bagi menjamin keselesaan dan keharmonian kepada kita juga pemancing lain. Tiada siapa yang mahu diganggu semasa memancing,kan. Jadi sentiasalah saling hormat menghormati.

5. Hormati peraturan padang pancing persendirian. Setiap kolam pancing persendirian mempunyai peraturan mereka. Jadi patuhilah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini contohnya dihalau keluar oleh 'tauke' kolam.

6. Sebarkan pengetahuan. Sentiasa memberi tunjuk ajar dan jangan kedekut ilmu kepada rakan-rakan seperjuangan dan lain-lain jika diminta tunjuk ajar atau mempunyai pengetahuan baru berkenaan arena pancing ini. Tidak rugi jika berkongsi.

7. Menyokong pemulihan alam sekitar. Dewasa ini,kebanyakan sungai di negara kita mengalir lesu tanpa kocakan ikan disebabkan penangkapan ikan secara berlebihan dan yang lebih teruk menggunakan kaedah yang diharamkan. Jadi,bagi menyokong pemulihan alam sekitar,adalah perlu setiap pemancing memancing ikan menggunakan kaedah yang betul dan yang paling penting,kikis sifat tamak dalam diri semasa memancing bagi mengekalkan ekosistem sungai yang kian terancam.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.