Bagaimana ilmu sains boleh wujud di dunia ini? Siapakah pelopor kewujudan ilmu ini? Hari ini admin akan menceritakan sedikit fakta mengenai Nabi-nabi yang memiliki ilmu sains hasil petunjuk yang di turunkan oleh Allah S.W.T. Teruskan membaca di bawah.
Sains Nabi Adam
- Bapa pelopor dan perintis ilmu sains.
- Menurut Ibnu Kathir, Allah S.W.T mengajar Nabi Adam melalui malaikat Jibril kaedah menanam pokok dan membuat besi.
- Nabi Adam mempunyai ilmu yang lengkap merangkumi pengiraan, kemahiran, keimanan, dan keduniaan.
- Nabi Adam mahir dalam pelbagai bahasa yang kemudiannya tersebar ke seluruh dunia.
- Sains Nabi Syith
- Baginda merupakan anak kepada Nabi Adam. Oleh itu ilmu sains Nabi Adam telah diwarisi oleh nabi Syith.
- Baginda pakar dalam bidang perubatan.
Sains Nabi Idris
- Baginda pakar dalam bidang astronomi, perubatan, matematik, dan teknologi bangunan.
- Beliau juga merupakan manusia pertama yang menulis menggunakan pen untuk menulis.
- Nabi Idris terkenal sebagai Nabi yang pandai membaca dan menulis, menggunting dan menjahit pakaian dari kulit binatang.
- Menurut Ibnu Kathir, Nabi Idris adalah orang pertama memakai baju yang berjahit dan menggunakan kulit binatang sebagai pakaian.
Sains Nabi Nuh
- Nabi Nuh memiliki ilmu fizik dan matematik yang tinggi.
- Nabi Nuh memiliki ilmu pelayaran dan merupakan nakhoda yang cekap.
- Beliau juga memiliki kemahiran dan teknologi membuat kapal.
- Baginda memiliki ilmu sains bahan iaitu sains kayu dan logam besi.
- Nabi Nuh memiliki ilmu tumbuh-tumbuhan dan pertanian.
- Nabi Nuh memiliki ilmu teknologi pemprosesan kayu dan logam.
- Segala ilmu yang dimiliki oleh baginda adalah daripda wahyu Allah S.W.T
Sains Nabi Hud dan Salleh
- Nabi Hud dan Salleh pakar dalam teknologi bangunan.
Sains Nabi Ibrahim
- Nabi Ibrahim pakar dalam bidang astronomi.
Sains Nabi Sulaiman
- Baginda mahir dalam bahasa haiwan dan binatang.
- Nabi Sulaiman dikurniakan ilmu mengenai tembaga.
Sains Nabi Isa
- Nabi Isa pakar dalam ilmu perubatan.
Sains Nabi Muhammad S.A.W
- Baginda memiliki semua ilmu sains. Hal ini kerana Nabi Muhammad S.A.W dianugerahkan sebuah kitab Al-Quran yang terkandung sumber segala ilmu pengetahuan.
- Terdapat 6666 petunjuk di dalam Al-Quran dan daripada jumlah tersebut lebih daripada 1000 petunjuk berkaitan dengan ilmu sains.
- Nabi Muhammad S.A.W juga pakar dalam bidang geologi dan perubatan.
Admin harap semoga fakta yang admin tulis ini mendapat manfaat yang berguna untuk anda semua
0 comments:
Post a Comment