Monday, February 20, 2012

Filled Under:

4 Tingkatan Pendidikan Anak Menurut Sunnah


As-Salam.
Di pagi Jumaat ini, saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai cara pendidikan anak oleh Nabi Muhammad s.a.w. 

Dalam pendidikan anak secara Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menekankan bahawa pendidikan itu sudah bermula sebelum kelahiran lagi. Dalam satu hadis, ada dinyatakan bahawa apa pembelajaran dan pembentukkan sahsiah anak atau zuriat sebenarnya telah bermula 100 hari sebelum ia dilahirkan lagi. 

Jadi, perangai dan tingkahlaku anda sekarang, bakal memberikan kesan kepada zuriat anda kelak.

Namun, pendidikan selepas anak dilahirkan adalah yang paling utama supaya anak membesar dengan baik. Rasulullah s.a.w membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkatan,iaitu:

Pertama:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak terbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

Kedua:
Umur 7 – 14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat.

Berdasarkan kajian pakar-pakar jiwa anak, sememangnyalah pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada saat ini pula seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

Ketiga:
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada yang rasional. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Keempat:
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini , orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita sebagai muslim,kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada tahun 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Padahal hakikat solat mampu mencegah seseorang untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Dengan kata lain, dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan oleh pelajar muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh orang tua dari segi hak-hak tertentu.


Sumber Asal: 4 Tingkatan Pendidikan Anak Menurut Sunnah | HASRULHASSAN.COM™

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 INSANI.