< 1 >
Read!
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 2 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 3 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).
< 4 >
Al-Islami
In the Name of ALLAH, Who has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood).

Tuesday, July 14, 2015

Mengantuk adalah anugerah dan karamah bagi Mujahidin

Rasa mengantuk pada dasarnya sesuatu yang bersifat semulajadi yang dialami oleh manusia. Bila berasa mengantuk dalam keadaan berehat atau seseorang menjalani kehidupan normal itu adalah rutin biasa tetapi bagaimana apabila berasa mengantuk itu datang ketika nyawa seseorang dalam keadan terancam? Sebahagian orang akan berfikir mungkin mustahil untuk berasa mengantuk dalam dalam keadaan genting tersebut.


Bagi Allah, tentu tidak ada yang mustahil. Rasa mengantuk yang datang ketika saat genting itu merupakan anugerah atau nikmat bagi hambaNya yang sedang berjihad fi sabilillah.

Allah Ta'ala berfirman dalam surat Ali Imran ayat 154:

ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ

Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa ) mengantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu, sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri, mereka menyangka yang tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan jahiliyah ...

Di sinilah uniknya, dalam situasi perang yang tidak seimbang dimana kekuatan musuh jauh lebih besar, Allah menganugerahkan ketenangan dan keamanan kepada hamba- hambaNya iaitu berupa mengantuk yang menghinggapi mereka ketika mereka masih memegang  senjata pada saat di mana mereka masih bersedih dan berduka. Rasa mengantuk dalam keadaan demikian itu menciptakan rasa aman.

Al -Imam Ibnu Katsir menafsirkan ayat tersebut :

ثم أنزل عليكم من بعد الغم أمنة نعاسا يغشى طائفة منكم

"Kemudian setelah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu keamanan (berupa ) mengantuk yang meliputi segolongan dari pada kamu. "

Yakni orang-orang yang penuh keimanan, keyakinan, keteguhan dan tawakkal yang sungguh-sungguh. Dan mereka benar-benar yakin bahawa Allah akan menolong Rasul-Nya dan mengabulkan permohonannya.

Sedangkan firman Allah:


وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنْفُسُهُمْ

" Sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh diri mereka sendiri."


Iaitu, golongan ini tidak dihinggapi rasa kantuk ( yang melindungi mereka) dari kecemasan, kegelisahan dan ketakutan.

Ayat senada juga Allah firmankan dalam dalam surat Al-Anfal berkenaan dengan kisah perang Badar.

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

(Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu). ( Q.S. Al -Anfal : 11) .


Dalam hadis dikisahkan :

حدثنا إسحاق بن إبراهيم بن عبد الرحمن أبو يعقوب حدثنا حسين بن محمد حدثنا شيبان عن قتادة حدثنا أنس أن أبا طلحة قال غشينا النعاس ونحن في مصافنا يوم أحد قال فجعل سيفي يسقط من يدي وآخذه ويسقط وآخذه


Kami mendapati rasa sangat mengantuk pada waktu kami dalam barisan perang Badar, lalu Abu Thalhah berkata, 'sehingga pedangku terjatuh dari tanganku, lalu aku mengambilnya, lalu jatuh kembali dan kembali aku mengambilnya. ' [HR . Bukhari No.4196 ] .


وقال سفيان الثوري , عن عاصم عن أبي رزين , عن عبد الله بن مسعود , رضي الله عنه , أنه قال : النعاس في القتال أمنة من الله , وفي الصلاة من الشيطان .

وقال قتادة : النعاس في الرأس , والنوم في القلب

Sufyan Ats Tsauri berkata dari 'Ashim dari Abu Razin , dari Abdullah bin Mas'ud, bahawa ia berkata; " Rasa mengantuk dalam peperangan adalah rasa aman yang datangnya dari Allah Ta'ala, sedangkan rasa mengantuk dalam solat datangnya dari syaitan. " Qatadah berkata ; " mengantuk itu ada di kepala, sedangkan tidur ada di hati. "


Al -Imam Ibnu Katsir pun kembali menegaskan dalam menafsirkan surat Al -Anfal ayat 11 di atas:


" mengantuk itu telah menimpa kaum mukminin pada perang Uhud dan hal ini sangatlah terkenal, adapun ayat yang mulia ini tidak lain berbicara dalam konteks kisah perang Badar, ini menunjukkan rasa mengantuk terjadi pada perang Badar dan seakan hal ini terjadi pada orang-orang beriman di saat-saat berkecamuknya peperangan, agar hati mereka menjadi tenang dan tenteram dengan pertolongan Allah dan hal ini adalah anugerah , kasih sayang dan kenikmatan dari Allah kepada mereka, sebagaimana firmanNya:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. ( Q.S. Alam Nasyrah: 5-6). "

Subhanallah, ternyata turunnya rasa mengantuk kepada para mujahidin yang sedang berperang tidak hanya berlaku di masa Rasulullah dan para sahabat, tetapi juga berlaku dalam peperangan masa kini.

Hal ini sebagaimana diterangkan oleh Asy Syahid (insya Allah) Sheikh Abdullah Azzam dalam kitabnya yang masyhur, Ayaturrahman fi jihadil Afghan. Beliau menganggap bahawa turunnya rasa mengantuk itu merupakan sebahagian daripada karamah .

"Adapun dengan rasa mengantuk yang muncul, itu adalah untuk memberikan waktu rehat bagi jiwa dan menumbuhkan rasa tenang di dalam hati mereka serta mengukuhkan kaki-kaki mereka. Allah SWT berfirman ,

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ

(Ingatlah ), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penentramanan daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan- gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki (mu). (QS. Al Anfal : 11)

Berapa ramai mujahidin Afghanistan yang bercerita kepada saya bahawa dia tertidur di bawah peluru-peluru yang menyerbu dari senjata-senjata berat dan juga bom yang dilemparkan dari pesawat-pesawat pejuang. Kemudian setelah itu dia bangun dengan semangat baru dan cita- cita yang tinggi serta seketika itu rasa sedih dan takut hilang, padahal sebelumnya menyelimuti hati mereka!

Allah SWT menguatkan hati mereka dengan karamah-karamah yang turun . Cubalah perhatikan ayat di dalam firman Allah SWT, pada kalimat :


وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ


... Dan untuk menguatkan hatimu ...


Hati ini seakan-akan sedang memikul beban berat tanpa ada pengikat dan penukuh beban tersebut yang semestinya dibawa oleh seekor unta atau haiwan tunggangan. Kemudian karamah-karamah itu datang menguatkan dan meneguhkan hati kami sehingga hilang rasa takut dan gelisah. " Demikian kata-kata Sheikh Abdullah Azzam, sang perintis jihad abad 20.


Tak diragukan lagi, rasa mengantuk yang kadang-kadang dianggap sebagai fenomena biasa , naluri bahkan dianggap remeh itu merupakan rahmat dari Allah kepada para mujahidin dan tentu tidak setiap orang Allah kurniakan rasa mengantuk tersebut kecuali mereka yang dikehendakiNya. Semoga ulasan singkat ini boleh diambil hikmahnya. Wallahu a'lam .

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com

Inilah makanan istimewa Ramadan di Mekah dan Madinah

Mekah


Beriklim panas kering, adat masyarakat di mekah telah menyekat pelbagai jenis makanan. Namun, secara beransur-ansur mulai berubah ketika ramai jemaah yang datang dari pelbagai negara di seluruh dunia. Masing-masing mempunyai hidangan tradisional mereka tersendiri dan secara tidak langsung  memperkenalkan pelbagai masakan kepada masyarakat Makkah.

Ketika ini banyak negara terutama dari Afrika dan Asia tinggal dan bekerja di Mekah. Banyak restoran dan warung makanan telah tumbuh di seluruh bandar dengan selera yang pelbagai. Sebahagian besar hidangan mengandungi daging, beras, gandum, sayur-sayuran dan rempah ratus dengan resipi dan rasa khas.

Sambousek (jenis-jenis kuih yang bergoreng), al-Mandi (kambing panggang), Shawarma dan Soubiya (minuman gandum dicampur dengan gula, susu, dan kayu manis) adalah beberapa makanan kegemaran masyarakat Mekah pada masa bulan Ramadhan.

Ada Tradisi khusus masyarakat Mekah pada malam Ramadhan iaitu minum Kopi Arab. Kopi Arab sering dihidangkan oleh semua kedai yang menjual daging panggang. Biasanya penyediaan kopi ini bermula dengan menyejukkan dan menggiling biji kopi. Selepas itu air mendidih dituangkan dan kemudiannya disajikan dengan kurma segar. Perlu disebutkan di sini bahawa lelaki dan wanita duduk berasingan semasa mereka duduk menikmati kopi bersama dengan rakan-rakan atau keluarga.
dates
Madinah

Berkat kebun Kurma dan sayur-sayuran yang banyak, Madinah mempunyai bekalan makanan melimpah sejak dari zaman kuno.

Hal ini menjadikan Madinah sebuah kota yang unik dan berbeza dengan wilayah Al-Hijaz di mana ramai penduduknya menderita akibat kemarau. Kurma menjadi komoditi perdagangan bagi penduduk Madinah pada waktu itu.

Mereka menjual Kurma untuk kafilah yang melalui sepanjang laluan komersial dari bahagian selatan Semenanjung Arab.

Pada masa sekarang ini kira-kira 120 jenis kurma telah ditanam di Madinah. `Ajwa adalah salah satu jenis kurma yang paling popular. Kurma adalah bahan utama dalam kebanyakan makanan pencuci mulut.

Salah satu makanan penutup seperti yang terkenal di Madinah adalah kuih panggang yang disebut "Souiyka" yang dibuat dari Kurma Ajwa dan tepung gandum.

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Copyright @ 2013 INSANI.