Saturday, October 19, 2013

BETUL KE BRO?-Bohong Isteri Tidak Salah Mengikut Hukum?



Kepada suami-suami, jangan rasa bersalah jika bohongi isteri.  Kata seorang ustaz, bohong isteri tidak salah mengikut hukum.

Tetapi bukan semua bohong dibenarkan! Tidak bolehlah jika keluar dating, balik rumah tengah malam, kata kepada isteri “Lama pulak tok guru tu baca kitab Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi malam ni, sampai tersengguk-sengguk abang…”

“Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi? Tak pernah dengar pun nama kitab tu bang?”

“Awak mana tahu, ke masjid pun setahun sekali. Itu kitab untuk orang yang maqam tinggi macam abang ni, kitab tasawuf!”



Itu bohong yang haram namanya.!  

Walaupun Tarbiyatul Ulum Fiddunniyawi itu maknanya ‘mempelajari ilmu-ilmu dunia’ dan dari satu segi, anda seolah-olah sudah bercakap benar kepada isteri, hakikatnya anda tetap bohong.





Bukan itu pembohongan yang dibenarkan dalam Islam. Anda semata-mata mahu mengaburi mata isteri dengan jubah dan kopiah yang ditukar di jalanan.

Bohong seperti itu tak boleh!

Dalam satu kuliah baru-baru ini, Ustaz Kazim Elias berkata, bohong yang dibenarkan adalah yang tidak memudaratkan sebaliknya boleh menggembirakan hati isteri sekali gus merapatkan keintiman, meningkatkan kebahagiaan dan memantapkan lagi kasih sayang.

Contohnya, suami sedang tengok rancangan Nona, datang isteri terus henyak punggung di sebelah sampai terlambung si suami (ayat ini adalah untuk menggambarkan saiz dan bentuk isteri).

Si isteri kemudian berkata: “Cantik Neelofa tu kan bang…”

Lalu dijawab oleh suami: “Tidaklah secantik mana pun, cantik awak lagi sebab itu saya pilih awak, tak pilih dia …”

Walaupun si isteri tentunya sedar bahawa suaminya berbohong namun jauh di lubuk hatinya, dia tetap gembira. Bohong seperti inilah yang dibenarkan dalam Islam. 

Menurut Ustaz Mohamad Surol pula, bohong seperti ini disebut ‘kazbul beidh’.  Orang putih sebut white lie. Orang Melayu  sebut bohong sunat walaupun bohong sunat tidak ada dalam hukum.

Nabi SAW tidak pernah bohong. Salah satu sifat Nabi adalah ‘siddiq’ atau benar. Nabi SAW pernah dihadap kejadian seorang lelaki Islam dikejar seorang lelaki Yahudi yang mahu membunuhnya. Lelaki
Islam itu kemudian bersembunyi.

Datang lelaki Yahudi itu bertanya kepada Rasulullah, “apakah kamu nampak ada seseorang lari di sini, aku mahu membunuhnya!”

Nabi beralih selangkah, kemudian berkata: “Ketika aku berdiri di sini, aku tidak nampak sesiapa selain kamu!”
Nabi tidak berbohong sekadar berhelah kerana tidak mungkin baginda mahu membiarkan seseorang dibunuh oleh orang yang dalam keadaan begitu marah. Dan Rasulullah juga bukan seorang yang lurus bendul tetapi dibekalkan dengan sifat amanah dan ‘fathonah’. Amanah untuk melindungi seseorang yang berharap kepadanya untuk tidak membocorkan rahsia dan ‘fathonah’ adalah kebijaksanaan untuk berhelah.

Rasulullah sememangnya bercakap benar bahawa ketika berdiri di situ (setelah beralih selangkah), baginda tidak melihat sesiapa selain lelaki Yahudi itu!

Berbalik kepada cerita bohong isteri, seseorang suami tidak bolehlah terlalu jujur untuk berkata: “Ya, memang betul sangat Neelofa tu cantik. Nak banding dengan awak, huhuhu! Awak tahu tak, awak duduk di sebelah saya ni saya rasa macam apa? Macam duduk menyandar pada peti surat di pejabat pos tu awak tahu!”

Kalau jujur sangat macam itu pun tak boleh, bang! Kasihan isteri tu!

Jadi, walaupun dibenarkan, tidak ada bohong sunat. Hukumnya sekadar harus. Tetapi mengikut hukum Islam, bercakap benar itu lebih baik.

Apa pun, saya tidaklah bermaksud untuk menggalakkan anda terlalu lurus. Jangan pula dibuat bergurau ketika bersama isteri di dapur, jeling-jeling tong gas kemudian kata: “Saya tengok tong gas ni ada iras-iras awaklah!”

Ataupun kalau isteri terlajak kurus, dipegangnya tangan isteri selari dengan sudip atau senduk. Lebih teruk, bangun dari tidur terus diberitahu, “tadi saya mimpi almari baju kita tu berjalan!”

Walhal sah-sah dia tahu si isteri baru sahaja keluar dari bilik air.

Daripada berbohong jual nama tok guru itu, tok guru ini, kalau nak sangat tambah isteri, bercakap benarlah! Itu pun kalau ada ‘berann’! Saya pinjam pantun Ustaz Mohamad Surol:

Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Cakap bohong,
Tahu tahu sudah kahwin lagi

Siakap senohong
Gelama ikan ketutu
Bercakap bohong
Tahu-tahu sudah ada lagi satu

Friday, October 11, 2013

Tips Bakal Pengantin Baru: 12 Tips Malam Pertama dalam Islam


Salam..
Malam pengantin bagi pasangan suami isteri hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta serta menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.

Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :


Kebenaran niat

Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)


Berhias dan mempercantik diri.

Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt : 
“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya

Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”

Mendoakan isterinya.

Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat

Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”

Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri

Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya. 

Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama

Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”

(read more :http://khalifahalhidayah.blogspot.com)

Mandi berduaan

Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.


Bersenda gurau dengan isteri

Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.

Dibolehkan ‘Azal

Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya


Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..

Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.”

*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan....


sumber utama: 12 Tips Malam Pertama dalam Islam / KHALIFAH http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2013/05/12-tips-malam-pertama-dalam-islam.html#ixzz2hOt3XJzE
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: khalifahalhidayah on Facebook

Copyright @ 2013 INSANI.